Pusat Cemerlang Silat

Programs

Kami menyediakan pelbagai program dan seminar untuk anda. Berikut adalah program-program yang kami jalankan:

  • Pakej Silat
  • Kursus dan Bengkel
  • Seminar

Khas untuk seminar dan bengkel

Silat Melayu adalah “Super Brand” dan Produk Malaysia yang telah diiktiraf di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa. Dengan kepesatan perniagaan internet sebagai satu cabang e-dagang yang pesat membangun di Malaysia maka kami mengorak langkah yang aktif dalam memperkenalkan Silat Melayu sebagai satu jenama produk melalui kelas elit silat, bengkel dan seminar.

Pusat Cemerlang Silat menjalankan bengkel dan seminar untuk semua golongan umum yang berminat mengenai Silat Melayu dan atlet-atlet sukan prestasi tinggi dalam seni mempertahankan diri Silat. Seminar kami dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (waktu berbeza terpulang kepada permintaan penganjur).

silat-course-6

Kepakaran kami adalah dalam seni mempertahankan diri & beladiri iaitu SILAT MELAYU, sukan prestasi tinggi seperti SILAT OLAHRAGA dan SILAT SENI, kejurulatihan sukan (sains sukan) dan yang terkini perniagaan dalam Silat Melayu.

Jadi, sekiranya anda ingin mencari penceramah dan pensyarah mengenai bagaimana mempelajari Silat Melayu sebenar, bagaimana mengaplikasi teknik Silat Melayu berkesan, bagaimana mengaplikasi pelajaran Silat Melayu kepada sukan dan kejurulatihan yang berprestasi tinggi, bagaimana menambah pendapatan melalui kerjaya SILAT MELAYU dan bagaimana mempelajari silat dengan mudah dan berkesan, maka ANDA telah menemuinya di sini, KAWAN!

silat-training-3

Hubungi kami dan kami berbesar hati untuk berbincang tentang bagaimana untuk mencapai sasaran dan impian anda dalam seni mempertahankan diri yang terbaik di dunia ini.

BENAR, kami telah memulakan industri ini semenjak 1974 – lebih kurang 33 tahun. Kami telah bergiat cergas dalam seminar dan bengkel dalam industri persilatan & beladiri dan semakin berkembang dari tahun ke tahun. Ramai peserta dari pelbagai negara seperti Austria, United Kingdom, Perancis, Thailand, Germany  turut hadir  untuk mengikuti bengkel Silat Melayu dan ramai lagi akan mengikuti seminar dan bengkel ini.

silat-france

Dan, kini rebutlah peluang untuk hadir bersama-sama para peserta lain yang terdiri orang awam, para pelajar, professional, dan pakar-pakar beladiri lain untuk mengikuti seminar dan bengkel Team Pakar Silat Melayu Sebenar yang diakui sah oleh Anuar Abdul Wahab AMN yang mempunyai pengalaman luas dalam mengembangkan Silat Melayu di pasaran antarabangsa.

Sebenarnya, kami  mengalu-alukan kedatangan ANDA sebagai pelanggan kehormat kami di masa terdekat ini! Saksikan kebenaran, kehebatan dan keunikan Silat Melayu yang pasti akan memberikan pengalaman dan merubah pandangan hidup anda!

Semoga kita bertemu tidak lama lagi!



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=c0f9c51cfc98bea101871ed346032fcb2300f2aa9b15635d9a838a63451251f63d0beb90278d651749266c423b3c75683b4b915b37c688b61dc12edc7b880f70d8beef08b5e9169529c73b2c3b20c66b72145f40d1e228e14cfbf9ed20a5934ffb76296b5ff7550fa8c6fcb77073485cfaf0f1b62fa7981a390e1dc86da270a97043ac62f142fdb9649864c41bf121af893798d8a191770e2ea3156aa4bc9b3d7c9edcb3aa94b5c231aa080fd2d0edfffebbff197a8d4d3744ac8b1486cd6f01533d9f6d2fc2c4ad9aaf61fb1a17835f112755937689443dd5857d302948ce7092156cf3e64ad4f2cb1299696ed48f131898448057602f97f1098efc98734ac56637b6d5dbadbd4eee5b1c4eef74b79d4f9215aa0abd7e3d7cf1fc144898d910f3e127f08323b1d0049d458b7dbe060c2d60a98003f869798200d84260c87f02010d62d799fc0e1793f354fbfa30dab3e06cd76298ab7afd07a9c7c1d2f630577205e39eb8e086b5eb67f95ce60a3668b7a9b5fb340fa2ff190092c291e3b06ba655774eab381c3e91ce93411ae36a090d413dd81ac7cbf9b56a9cbefd2b0e1f6523f7a6fe6ea44a468ccbcca52c685ca0d24ce02ffec4efe66ce405a51a6cedfe70dcc9329e26d06d44aa54800a2b3d800a2aed[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *