Pusat Cemerlang Silat

7 Kelebihan Seni Gayung Fatani Malaysia

Para delegasi Malaysia bergambar selepas membuat persembahan silat. Para delegasi Malaysia bergambar selepas membuat persembahan silat.

Setiap bangsa mempunyai ilmu seni mempertahankan diri. Silat merupakan seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Orang Melayu ialah penduduk yang mendiami daerah  tenggara tanah besar benua Asia meliputi lautan teduh dari Pulau Ester di sebelah timur dan Pulau Madagaskar di sebelah barat (Anuar, 2005).

Silat telah berkembang ke seluruh pelosok alam Melayu.

Setiap rumpun Melayu  menamakan silat diikuti nama daerah seperti silat Minangkabau, silat Jawa, silat Bugis dan lain-lain. Pada umumnya apabila disebut Silat Melayu bermakna silat.

Silat yang mana satu?

Silat yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.

Sejak zaman dahulu, orang Melayu telah mencipta dan mengamalkan silat untuk mempertahankan hidup menghadapi alam, melawan binatang buas atau sesama manusia. Waktu itu orang kuat dan pandai berkelahi dapat kedudukan baik dalam masyarakat, hingga menjadi kepala suku atau panglima raja.

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah berjaya mengembangkan silat ke seluruh negara dan beberapa negara di peringkat antarabangsa. Bagi mengukuhkan ilmu, kefahaman dan amalan silat, maka diterjemahkan isi kandungan pelajaran silat Melayu kepada satu kurikulum silat yang telus dan setara yang dapat digunakan secara bersama.

Mempelajari silat adalah merupakan usaha murni kepada seseorang manusia berbangsa Melayu. Terdapat banyak kelebihan kepada para pengamal yang memilih mempelajari silat yang terbukti berkesan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah tujuh kelebihan mempelajari Seni Gayung Fatani Malaysia:

PSGFM antara aliran silat Malaysia yang berjaya membangunkan silat Melayu dan menjadi ahli bertaraf anggota badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Maka menjadi tanggungjawab kepada perguruan ini berusaha membangunkan silat Melayu sebagai usaha memartabatkan silat sebagai seni bela diri rasmi Malaysia. Bagi tujuan tersebut, ilmu persilatan perguruan ini berupaya mengekalkan keaslian silat Melayu, yakni kandungan pelajaran silat yang bebas dari paduan, campuran atau gabungan daripada mana-mana aliran pencak silat, seni bela diri atau seni mempertahankan diri bukan silat.PSGFM  menjadi ikutan dan diyakini oleh pengamal silat di peringkat antarabangsa kerana perguruan ini pernah menjadi juara keseluruhan dalam Kejuaraan Silat Kebangsaan Malaysia anjuran PESAKA Malaysia secara berterusan 1991, 1992, 1994, 1995 dalam acara Silat Seni dan Silat Olahraga. Menjadi Juara Silat Seni sebanyak 4 kali berturut-turut. Menjadi Juara Silat Seni di peringkat Kejuaraan Pencak Silat Sedunia di Jakarta. Melahirkan ramai juara silat seni dan olahraga di peringkat Kejuaraan Pencak Silat di peringkat Sukan SEA dan antarabangsa. Memiliki sejarah dan sistem pendidikan silat yang telus dan setara. Antaranya adalah Guru Utama Kedua PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar adalah Juara Silat Seni Malaysia yang merangkul banyak kejuaraan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

seni_gayung_fatani (17)

PSGFM mendapat penghargaan persembahan kumpulan terbaik di Gala Seni Mempertahankan Diri 3 di Rzeszow, Poland pada 15 hingga 17 Oktober 2014 dalam persembahan seni mempertahankan diri dunia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Mempertahanan Diri dan Sukan Kombat Antarabangsa. Persembahan ini disertai oleh pelbagai seni mempertahankan diri yang lain iaitu Iaido, Kendo, Judo, Aikido, Kung Fu, Karate, Jujitsu, Samurai, Hopak (Ukraine), Nunchaku, Taekwondo, Shaolin Kung Fu, Seni Pedang Lama (Poland) dan PSGFM mewakili silat Malaysia mendapat penghormatan dan hadiah Persembahan Kumpulan Terbaik yang disertai oleh lebih 30 buah negara. Semua pemimpin jenis seni mempertahankan diri yang menyertai festival di atas mengakui bahawa silat Malaysia merupakan seni mempertahankan diri dunia yang sempurna. PSGFM dijemput melakukan persembahan di peringkat antarabangsa di Singapura, Indonesia, Jepun, Thailand, Perancis, German dan lain-lain.Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland. Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.PSGFM melahirkan ilmuan seni mempertahankan diri kepada bidang bidang akademik negara. Antaranya adalah Guru Utama Pertama, Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN yang menjadi pakar rujuk dalam bidang silat sehingga diberi gelaran Sesepuh (Pendekar Paling Tinggi Ilmunya) oleh Persekutuan Silat Antarabangsa kerana jasa-jasa beliau dalam membangunkan dan mengembangkan silat di peringkat antarabangsa. Beliau juga diberi gelaran Adiguru  Persilatan (Tokoh Tinggi Ilmunya dalam bidang Silat) oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Malaysia kerana usaha-usaha akademik beliau dalam bidang silat di peringkat universiti. PSGFM juga aktif membentangkan kertas kerja di peringkat akademik dunia apabila, kajian-kajian silat secara ilmiah oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah dibentangkan di  World Congress of Performance Analysis of Sport 8, Magdeburg, Jerman; 3rd International Workshop of the International Society of Performance Analysis of Sport, Lincoln London; 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts, Rzeszow, Poland; 5th ISN International Sports Medicine and Sports Science Conference 2011, Kuala Lumpur; Asia-Pacific Conference on Performance Analysis of Sports 2014, Langkawi Island. Beliau juga telah dijemput untuk mengendalikan bengkel silat akademik dan praktikal di Rzeszow, Poland pada 16 Oktober 2014. Beliau juga adalah sarjana pertama yang berjaya menghasilkan kajian sukan silat di peringkat PhD di United Kingdom.

seni_gayung_fatani (210)

PSGFM membangunkan Silat iaitu Silat Melayu yakni silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah Melayu dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut. Tujuannya untuk memperlihatkan Malaysia mempunyai silat asli versi Malaysia bagi mengukuhkan pengiktrafan bahawa SILAT SEBAGAI BELA DIRI RASMI MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM AKTA WARISAN NEGARA. Ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara silat di dunia.

persembahan silat vip

PSGFM menghasilkan Kurikulum Seni Silat Malaysia untuk diguna-pakai untuk semua silat di Malaysia. Usaha ini terhasil apabila  pada 28hb.Mac 2002 mesyuarat antara Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama PESAKA Malaysia bersetuju menghasilkan kurikulum silat moden yang dinamakan sebagai kurikulum Seni Silat Malaysia bagi membantu jurulatih silat melaksanakan program pembangunan silat di sekolah. Tugas mengasas dan menyusun kurikulum silat itu dipertanggungjawabkan kepada Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN. Beliau telah berjaya menghasilkan kurikulum silat berdasarkan silat Melayu agar dapat memartabatkan silat sebagai seni bela diri Malaysia. Tujuannya ialah bagi mengelakkan masalah ke belakangan, kuasa dan hak cipta. Kurikulum silat ini telah diperturunkan kepada lebih daripada 200 orang guru silat dari pelbagai perguruan silat di Malaysia melalui Kursus Jurulatih Seni Silat Malaysia (2002-2004).

kongres warisan melayu sedunia 6

PSGFM mempelopori bidang keusahawanan silat. Kerjasama yang erat di antara Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN dan Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias menyebabkan tercetusnya gelanggang silat yang ramai melahirkan individu yang mahir bersilat dan melatih silat untuk dipasarkan di kelab-kelab rekreasi, sekolah-sekolah, universiti-universiti dan peringkat antarabangsa. Gelanggang ini dinamakan sebagai Pusat Cemerlang Silat (PCS) Malaysia. Di samping itu juga PCS menjadi tumpuan utama para jurulatih silat dan beladiri dunia untuk mengasah ilmu kejurulatihan silat untuk dilatih diperingkat antarabangsa. Hasil daripada program-program PCS maka lahirlah ramai jurulatih silat yang mahir memasarkan produk silat mereka.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=ddaf990eed4b3155b013a9349a7acfdd5c626eb8d2cbc3fd4d6de62b79b0c3365932c9aca98e261873fe5e1b6201f12382313703ff38fabe2b2a431b39f21bf6e1eb12b509e9a08e03dd087b6b47bdf2135a9ffa05c67bb14a7a2e8f4dd048d4b270b69746055fd3ed7b36d1d10b55b74e50d2f5556945d9edb791ac613c07458246226e222ad849fe8fa02c91485552b45b8fd9f6d10968bbc435e8d424a8548702b132d45abaaa00b98cb939b04dda71788d23be526528c62ca8d276ab0452becd1b9f7dc6652bfdde89d102a6a088f8668e46becbe33fa03afbe2b465e5c6a8ce170a81e0b2abb8c2ec19c426f90e452410549b7ccc3c0993fe95a577ff746e92dce3396e261707f08f3e377c288d0762e91816929027474dd56466dafc6b60270e6a0a653ba6968b663771b8c3d1e9e0f46dec06bdd1ed1844b332a6a95b50d50b79941db2b8b53b0d4a3f53930c09da739fb2bb9fd0792899d91283ad7d2096168fa744137ac1d1246de9ca01ce008ba41a93fa614d6e3150947858746387b125dfcf71ddc7e913f7256c1ddf6a8cbd86b013ac5d78e350cc3feeda8ecd3c33ff7a8278fd99279ee9515b118e9835464648ba3dc381992f60aa7fc2f250c068301e3f7fa5fbb6b2c5040743fb686037856249c1717cede6813019228e36d0413083995fb0dfc75fb0de2e[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *