Pusat Cemerlang Silat

Anuar Abdul Wahab – Pahlawan Ulung Bangsa Malaysia.

Saya bersemangat untuk ke universiti. Tambahan pula perlu pergi awal untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Profesor POD untuk menyiapkan laporan akhir presentation pada 6-7 April di Lincoln University. Ini adalah rumusan kajian silat yang telah kami perolehi. Lagi pun Liverpool vs Real Madrid (perlawanan idaman saya sejak 10 tahun yang lepas) berentap hari ini. Saya bercadang untuk balik awal.

Sedang saya bersiap sedia untuk ke universiti, tiba-tiba kelihatan YM di skrin komputer riba saya yang hebat ini :). Daripada Roselyn – Terdetik di hati saya kerana sudah lama Roselyn tidak YM saya. kenapa ya?

…Cikgu Anuar meninggal dunia petang tadi…

‘Daripada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali’….. What?

Segera saya memberitahu isteri saya. Telefon rumah Cikgu Anuar dan Kak Lah mengesahkannya. Segera saya menghubungi Cikgu Shahiid dan berbincang beberapa perkara. Antaranya Guru Aminuddin perlu ada sebelum jenazah ditanam esok. Mesti ADA!

Tanpa saya sedari air mata turun…. sudah lama saya tak menangis. Namun tangisan ini bukannya untuk bersedih tetapi untuk mengatakan yang saya perlu berada di sana. Lagipun sudah lama saya tidak berbual panjang dengan Cikgu Anuar. Kali terakhir ketika balik seketika membuat kajian di Terengganu. Itupun hanyalah 3-5 jam.

Inilah dia kehidupan. Mati itu tak lewat dan tak lambat sesaat. Allah menyayangi beliau.

Segala pengalaman bersama-sama beliau semenjak 12 tahun yang lepas akan saya gunakan untuk generasi masa hadapan. Semangat Pendekar beliau tidak akan hilang sehingga ke akhir hayat.

Inilah Pahlawan Ulung Bangsa Malaysia yang berjaya menaikkan Silat Tradisi – Silat Melayu sehingga diiktiraf sebagai Silat Malaysia oleh Kerajaan Malaysia. Walau ditentang berundur tidak sekali.

Saya boleh menceritakan segala kejayaan dan sumbangan beliau terhadap dunia silat namun anda boleh mendapatkan segala kisah beliau dalam karya agung terakhir beliau di http://SilatMalaysia.com. Tidak cukup tangan untuk saya menghuraikannya di sini. Jadi biar saya katakan bahawa sepanjang saya mengenali beliau tidak pernah beliau berkira mengenai ilmu atau wang sehingga segan saya dibuatnya. Kerana itu ke mana sahaja beliau pergi sering dialu-alukan. Semua orang tahu motif dan niat beliau.

Impian beliau adalah menaikkan Silat Pulut menjadi Silat Malaysia. Dan ini telah menjadi realiti pada 2002. Karya terakhir beliau telah pun diterbitkan berjudul Silat. Laman web di atas adalah adalah laman web pertama yang mempromosikannya secara besar-besaran. Sayangnya semasa pelancarannya nanti Allahyarham telah tiada. Tetapi segala ilmu yang telah saya pungut akan saya semai sehingga menjadi pokok yang akan mengeluarkan baka yang lebih baik pada masa hadapan .Insya-Allah.

Beliau adalah satu-satunya Pahlawan di Malaysia yang diberikan gelaran SESEPUH daripada PERSILAT di atas kehebatan beliau di dalam dan di luar gelanggang persilatan. Menaikkan Silat Melayu, Silat Olahraga, Silat Seni, Pereka Jurus Wajib dan Menaik taraf Silat Pulut sehingga menjadi Silat Malaysia di bawah Akta Warisan Negara.

Jasa beliau akan saya kenang sehingga akhir hayat saya. Akan saya kongsikan kepada mereka yang berminat dan bersedia mewarisinya seperti para pesilat di UK ini.

Saya bersyukur kerana mendapat peluang mendapat didikan secara langsung daripada beliau. Tidak kedekut ilmu. Tidak kedekut harta dan hebat. Lantang bersuara mempertahankan Silat Melayu. Menyahut cabaran menumbangkan sesepuh antarabangsa di Indonesia. Membimbing saya dalam dunia persilatan dan kehidupan.

Ini adalah permulaan…

Segala ilmu yang diwarisi akan saya semai – ini janji saya.

Terima kasih Cikgu.

Ikhlas,

Cikgu Nizam

10 March 2009. Still recovering.

– Walaupun Liverpool menang 4-0  denganReal Madrid (perlawanan impian saya). Tiada sorakan kedengaran di dalam rumah ini hari ini. Sedekahkan alfatihah dan bacaan doa untuk Guru Tn. Hj. Anuar Abdul Wahab AMN.

Lyrics:

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hatiku
Menambah derita
Namun kau jua
Tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama
Selama-lama

————————————–
English Translation:

I want to cry
But I have no tears
I want to smile
But there is no one to accompany
If my fate
Has been determined
To be this bad
What can I do

Where can I find another
Like you
I can’t bear this parting
And heartbreak
Living in agony

My heart aches so much
Since you’ve been gone
Leaving me all alone
With no one
In loneliness

The bright world becomes dark
Its beautiful lights become useless
The weeping of my heart
Adds to my sorrow
But you still
Never appear

Where can I find another
Perhaps in heaven
To grief with me
To cry with me
Forever and ever

Source: P. Ramlee’s Songs and Lyrics – A Tribute by MOKUI



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=fbc7bb38c5d452ca5d26218ea04875a77a3a98bc06ca4e7103e11cefbb0947def32867358531c4c166142b50e4452da6db67581b45cba4adbf8befeb596322be3cdbd1b29733ddd032b7424b3bbfb7521a5e324ac658811388fe8fcbc662f1335063e616d2e9c040678c3d225d2003aa919a7d040c45f2e29020c1fb01f7cdfac66a96d038344dbd29a83f15ea8b61a9790013da0e79e48bd4ed3213e03fb2503ff6703f9d9392995e8358ba0c3683038b93f08a4f6f495716ea359a07e82ebbeb2e0dbc92e4867aaca57fffc9d4d5fd1f8bdddcb45803519b059af40d4cfade12d90de8ef5eb456e83a5ee6d438d845e44ef73df95ca34e97d706052f9289531e08ad11e05487f442539c673510dde0ae134151c178bd6ac49d2302e1c76db4b618bc7cddd18a3fbccbd1305c865c3e07dd7ff266abebddd0f9ca391ba1abcb21984f8ddab1014f84a1bd315b4886fb2708067616b383a5301795990a567b0fe243b20a4b093e62e0c68db3d89aef5acd991a58b9c317ea7da2fa3a7d363ee8c0503b34b87287553c506a8b02175f219d7d19a0507ad11214e9628f627fdd05c83065c2e8d50509c4500a17d163bc70df7f41285b03bb9d9db004aa95c123fac5e0b84c8e1611c172aa65459ff18c88f93fbd79b0929affe1fa4b202f3342d7dcbb0ce318b40cd07537a3c2dfc5fe27dfc5ffd7[[T_F]]

Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *