Pusat Cemerlang Silat

Artikel 1 : Langkah Sembah Peringkat Satu

harga: RM 7.00 RM 1.70

oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab AMN

Selama satu abad di Semenanjung Tanah Melayu, aliran perguruan seni silat yang kini terkenal dengan nama pendaftarannya iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia telah memberi sembangan yang tidak ternilai dalam membentuk masyarakat berilmu dan kemahiran bersilat. Aliran perguruan ini diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tahir, beliau melahirkan ramai pendekar yang sentiasa bergiat mengembangkan Seni Silat. Tuan Haji Anuar Hj Abdul Wahab merupakan tokoh yang berjaya mengasaskan aliran perguruan ini menjadi satu pertubuhan yang disegani. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam perkembangan ilmu persilatan tanah air, beliau berjaya menyatupadukan golongan pendekar lama dan baru. Dengan kekuatan dan sokongan setiap pihak beliau berjaya meningkatkan taraf perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia menjadi Anggota Badan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA).

Kehadiran perguruan ini di tengah-tengah arus perkembangan baru seni silat Melayu, mencerminkan pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Inilah di antara sebab perguruan ini mempunyai ramai penuntut di Malaysia dan beberapa buah negara lain di seluruh dunia. Setakat ini sumbangan perguruan ini untuk membangunkan dan mengembangkan seni Melayu yang sudah diyakini.

Sejak kewujudan aktiviti berupa pertandingan oleh PESAKA, perguruan ini telah merangkul kejayaan dan menhasilkan juara-juara emas sama ada di kejuaraan silat peringkat kebangsaan, Sukan SEA atau di kejuaraan peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan umpamanya, perguruan ini berjaya mempertahankan Piala Juara Silat Seni Keseluruhan. Maknanya Seni Gayung Fatani (SGF) merupakan perguruan yang mempunyai mutu dan pengalaman yang luas dalam bidang seni, beladiri dan olahraga. Sebagai satu contoh, pesilat Eropah dari perguruan ini juga berjaya merangkul juara Sedunia di Austria (1992). Perguruan ini juga melahirkan Wasit Juri, Pengadil Silat Seni, Jurulatih Silat Olahraga, Pegawai Teknik Kejuaraan dan Pakar Silat. Semua kejayaan tersebut ada hubungannya dengan pengamalan ilmu persilatan perguruan ini. Iaitu ilmu persilatan dari perguruan yang mempunyai akar tunjang yang kukuh sebagai satu ilmu. Namun begitu, peserta mereka mempunyai pendirian yang boleh dibanggakan dan dihormati iaitu menerima kemenangan dengan rendah diri dan menerima kekalahan dengan jiwa yang besar, demi mengeratkan tali persaudaraan dan semangat kesatriaan.

Sebagai sebuah aliran perguruan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu persilatan Melayu, eloklah kejayaan ini sama-sama dapat dirasai atau diamalkan khususnya pada masyarakat pewaris seni silat Melayu, ‘sikit sama dicubit, banyak sama dilapah’. Kehadiran perguruan SGFM membuka gelanggang penurunan ilmu persilatan ini dalam program ‘Bersama Seni Gayung Fatani’ semata-mata berhasrat untuk mengkayakan ilmu budaya persilatan. Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana kesilapan keterlaluan terlebih dahulu dihulurkan jari sepuluh. Tiadalah sebarang niat untuk kepentingan memperbandingkan atau seumpamanya, segala huraian tersebut nanti adalah bertujuan kefahaman dan penjelasan ilmu.

Selama satu abad di Semenanjung Tanah Melayu, aliran perguruan seni silat yang kini terkenal dengan nama pendaftarannya iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia telah memberi sembangan yang tidak ternilai dalam membentuk masyarakat berilmu dan kemahiran bersilat. Aliran perguruan ini diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tahir, beliau melahirkan ramai pendekar yang sentiasa bergiat mengembangkan Seni Silat. Tuan Haji Anuar Hj Abdul Wahab merupakan tokoh yang berjaya mengasaskan aliran perguruan ini menjadi satu pertubuhan yang disegani. Dengan pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam perkembangan ilmu persilatan tanah air, beliau berjaya menyatupadukan golongan pendekar lama dan baru. Dengan kekuatan dan sokongan setiap pihak beliau berjaya meningkatkan taraf perguruan Seni Gayung Fatani Malaysia menjadi Anggota Badan Pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA). Kehadiran perguruan ini di tengah-tengah arus perkembangan baru seni silat Melayu, mencerminkan pelbagai keistimewaan yang tersendiri. Inilah di antara sebab perguruan ini mempunyai ramai penuntut di Malaysia dan beberapa buah negara lain di seluruh dunia. Setakat ini sumbangan perguruan ini untuk membangunkan dan mengembangkan seni Melayu yang sudah diyakini.


Sejak kewujudan aktiviti berupa pertandingan oleh PESAKA, perguruan ini telah merangkul kejayaan dan menhasilkan juara-juara emas sama ada di kejuaraan silat peringkat kebangsaan, Sukan SEA atau di kejuaraan peringkat antarabangsa. Di peringkat kebangsaan umpamanya, perguruan ini berjaya mempertahankan Piala Juara Silat Seni Keseluruhan. Maknanya Seni Gayung Fatani (SGF) merupakan perguruan yang mempunyai mutu dan pengalaman yang luas dalam bidang seni, beladiri dan olahraga. Sebagai satu contoh, pesilat Eropah dari perguruan ini juga berjaya merangkul juara Sedunia di Austria (1992). Perguruan ini juga melahirkan Wasit Juri, Pengadil Silat Seni, Jurulatih Silat Olahraga, Pegawai Teknik Kejuaraan dan Pakar Silat. Semua kejayaan tersebut ada hubungannya dengan pengamalan ilmu persilatan perguruan ini. Iaitu ilmu persilatan dari perguruan yang mempunyai akar tunjang yang kukuh sebagai satu ilmu. Namun begitu, peserta mereka mempunyai pendirian yang boleh dibanggakan dan dihormati iaitu menerima kemenangan dengan rendah diri dan menerima kekalahan dengan jiwa yang besar, demi mengeratkan tali persaudaraan dan semangat kesatriaan.


Sebagai sebuah aliran perguruan yang berjaya dan mempunyai pengalaman yang luas dalam ilmu persilatan Melayu, eloklah kejayaan ini sama-sama dapat dirasai atau diamalkan khususnya pada masyarakat pewaris seni silat Melayu, ‘sikit sama dicubit, banyak sama dilapah’. Kehadiran perguruan SGFM membuka gelanggang penurunan ilmu persilatan ini dalam program ‘Bersama Seni Gayung Fatani’ semata-mata berhasrat untuk mengkayakan ilmu budaya persilatan. Oleh itu, sekiranya terdapat mana-mana kesilapan keterlaluan terlebih dahulu dihulurkan jari sepuluh. Tiadalah sebarang niat untuk kepentingan memperbandingkan atau seumpamanya, segala huraian tersebut nanti adalah bertujuan kefahaman dan penjelasan ilmu.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=fcb46233e8a39c944a05a00a8f799d7d778f422cbeaeed1a8a98e4f1bb1bb7cb7813688d88a33fbcd33d730acf09e84e166a7a0e37b9f7765c0b663b18b9a64c5644abe64837f65bf6093420a4af8904fb69eb49a867996ff58a2ff3039c50dee54cedf717b60addc2692fdc5c2d548667b3f3d64cc881b80096308d43fd3b127593a60f99d158f04bf364a2bc109e9bef99735957cc30706955052957348af7145f289eb6d65dba6eb8bb1b6b759587eff08ae7258fe90e0155cc7b91ccb578119b63d47e54e4e20a3ed301b7ca477f9dc520242544c5585e0e9bcee741de02aab6d490cec538239fc43ad39f99118874469e9bd954c9afb5e77596c9c8bf9a3ecbc8d9e6a05a4b5a63a271df873828c0e12f9c0a9f4b23c62f12abf127a5f07527bdcf051cb70e509982f0c8800ec242b76a5c423886ed2de7a11a95f5ace17cf399af58289cb50dea7aba2055eac2209d8d588b3db904ef9b19de044663d14ff5f75b98b40bf3e4ef7b74afd02577021b1fc14ae4ee342eef91d2bfd6490f7c1ecfb86748df900f0ba6a695ce28d30c6f09ed82fce6c0cab57a5a964f018ea6702b225bfa09b4087dc28f639c11878d2078365474038edb57a49fe8a18062e1aa9592e6749a5de71fc12f98bcfede5059cc8fa1973803af17d0580ef069ead1fcdcead1fd3f[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *