Pusat Cemerlang Silat

Artikel 10 : Serumpun Tapi Tak Serupa

Harga: RM 7

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Bismillahi Rahmani Rahim, Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat. Semoga dilimpahkan Rahmat dan kesejahteraan kepada sekalian guru dan pecinta Silat, khususnya peminat ruangan ini.

Para peminat Silat yang dihormati, setelah membaca beberapa siri yang lalu tentulah pemikiran terhadap ilmu persilatan perguruan Seni Gayung Fatani sedikit sebanyak sudah dimaklumi.

Semoga keyakinan terpupuk dan makna sebenar ilmu bergayung terpancar. Rahsia ibu bergayung membentuk jiwa dan rupa silatnya dan menjadi amalan yang dibanggakan. Walaupun silat itu serumpun tetapi tak serupa. Tidak hairanlah yang bukan serumpun mengaku serupa.

Apabila dibicarakan tentang rupa Silat Melayu mulalah tak sepakat. Penyakit tidak sepakat dalam masyarakat Silat inilah menjadi pintu yang meruntuhkan nilai dari segi falsafah dan konsep Silat.

Masyarakat Silat harus sedar tentang persaingan antara Silat dengan seni mempertahankan diri lain. Sekarang bukan soal seni beladiri mana yang lebih baik atau bermutu, tetapi seni beladiri mana yang lebih ramai peminat. Dengan ramai peminat bererti seni mempertahankan diri tersebut akan mendapat tempat dalam budaya, sukan dan sosial sesebuah negara.

Ramai rakyat Malaysia, tidak terkecuali dari keturunan pewaris Silat sendiri berkiblat kepada seni mempertahankan diri bukan Silat. Di sini bermulanya percanggahan pendapat tentang nilai Silat. Memandangkan Silat mempunyai masa depan baik di Malaysia mahu pun di peringkat antarabangsa, tidak hairanlah adanya usaha untuk menghancurkan kekuatan Silat. Apa yang nak kata kalau masyarakat Silat sendiri yang sanggup mengadai maruah Silat. Semua bermula kerana tamakkan ringgit yang tak sampai ke mana dan jumlahnya tak dapat membeli setitik peluh peluh guru mengajarkan mereka bersilat.

Kalau sekadar hendak menunjukkan orang Melayu pandai bersilat ke negeri China atau ke Eropah tak perlu buat filem Silat terbang, hambur dari pokok ke pokok, jauh dari adat budaya Melayu kalau pun barangkali zaman tersebut Melayu belum Islam. Kalau pelakon professional barangkali berfikir dua kali untuk menerima watak tersebut. Sekiranya ada kesedaran dari dari semua pihak tidak ada kesilapan yang tidak boleh dibaiki, sesuai dengan slogan Silat Untuk Semua.

Untuk pengetahuan pembaca, di Eropah pun sudah ada pandai Silat yang memiliki ijazah sarjana kedoktoran Falsafah (PhD) dalam kajian Silat. Mereka bukan sahaja mempelajari malah mengamal ilmu persilatan. Pendek kata mereka lebih arif tentang Silat dari setengah-setengah masyarakat pewaris Silat. Sesuatu yang dilakukan untuk penampilan Silat haruslah bermutu. Demikian juga dengan sebab dan akibatnya.

Setiap sesuatu yang berlaku ada sebab dan musabab. Begitulah juga dengan nasib yang menimpa Silat. Buruk baik maruah Silat saling bergantungan antara faktor ilmu, manusia dan kemudahan. Semua ini, buat masa sekarang adalah berpunca dari duit.

Ketiadaan duit juga menyebabkan PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan) atau anggota Silat sendiri tidak berupaya menerbitkan filem Silat. Begitu halnya kalau miskin kerana ‘kefakiran menghampirkan diri kepada kekafiran’. Kemiskinan menyebabkan seseorang hilang keupayaan mengurus diri dan akhirnya ketentuan matlamat hidupnya ditentukan orang lain. Demikianlah malangnya nasib Silat terheret bersama nasib pengamalnya. Barangkali tidak keterlaluan kalau diandaikan bahawa di antara pertubuhan berdaftar dan menganggotai pertubuhan bertaraf antarabangsa paling miskin ialah Silat. Segala aktivitinya mengharapkan ihsan orang lain.

Adalah menjadi harapan agar setiap pihak, khususnya PESAKA memikirkan pembangunan ekonomi untuk Silat difikirkan secara mendalam dan benar-benar bererti kepada anggotanya. Kalau kemiskinan berterusan dan Silat menjadi beban kepada guru Silat tidak hairanlah kalau pada suatu hari ketika nanti Silat akan tinggal kenangan.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=496cca9fff08128949e7ede5d4b375659eb15663c911d0db0007027cad8427f6118ad7095ccab1c4825d4706a971ba3bf2a5d3c9bd47c8351723ed5f8eca8ea7977079c4f3aab0b204b2cf1b29f9da736083c61ce8a733572610eca41d5dc35a46616224f725b2001c614fd41a1b8f52f7346c1c63436bb20ab485fb3e314698a3c624f4e4d0184a7d5cc7f9e06aaf1304e10ea61a341baa69cdded6df40d699e22562232c5ec9eb7d394ac14bca7f73f60dd758f7b944c7385a9d51e5fdcbe27f474b22add767cdff5179d98f621233adbbb34711d5e50dfcc975d552ec277888c2edfdfff0d50b8258758bfa40baa25bab7763e7a505b97a30433e55b56f470a3777b3fc2da317639d5cd978540b83f7ff784912d83e3e7484e19e4216084006160e7573c215ffb90d78a848523c59bff70a1a638970ffdcf5290b1091aa29029ac6fe6a6aa1394321197b6b3ad69f59d6ee6a580ccbc5be6323f20c941d73c838e0d363a6befcd0d4dfaf42f50a5f7829b574a7d0d74a095106a8bb7625ad63335a7b807db0618624ec2c8235598eed04c013c65c4d064c1df1986ef83e073979cbd0c015adedbbccf640fe3108935151ea8bb4f36cdd552631f000d9a2f73e35013d20d69f4d4330c4d4b515f0436de2ee7f7c0e248bb01ca4d0b2d9a3a4375a19cb375a182f[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *