Pusat Cemerlang Silat

Artikel 11 : Silat Dinobatkan Sebagai Seni Beladiri Terbaik Dunia

Harga : RM7.00 RM1.70

Oleh: Pendita Anuar Abdul Wahab

Silat ialah seni bela diri asli bangsa Melayu (tuan Ismail Tuan Soh.1991), pada umumnya Silat Melayu ialah aliran silat yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu dan daerah yang bersempadan dengannya. Bagi mengelakkan institus ilmu kepahlawanan Melayu dikesan oleh penjajah, maka ilmu seni perang Melayu ini ditampilkan dalam bentuk permainan tradisi rakyat yang menampilkan kemahiran menggunakan kertangkasan menyerang dan mempertahankan diri yang dikenali sebagai Silat.  Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar persembahan menjadi harmoni.  Bunga Sembah atau Lela Sembah dilakukan sebagai hormat tamu yang diraikan. Permainan secara berpasangan, kedua pesilat akan berhadapan dan melakukan Pecah Langkah atau Belebat Silat mengatur strategi serang bela yang dimulakan dengan Sikap Jual dan Sikap Beli.  Kedua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang sulit dalam bentuk yang menghiburkan. Permainan tersebut sesuai dengan perkataan Silat.  Si sebagai gantinama pelaku, elat bermaksud usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat dan ilat bermaksud kecelakaan, kemalangan atau kerugian. Silat kerap dipersembahkan di majlis-majlis rasmi, nikah kahwin atau kenduri-kendara makan pulut di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan Silat Pulut atau Gayung Pulut.

Pada tahun 70an, diarahkan semua kumpulan silat didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silat dari aliran Silat Melayu, diantaranya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Pada tahun 1983 perguruan ini telah diiktiraf sebagai ahli bertaraf badan pendiri PESAKA Malaysia. Dengan itu silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi Semananjung yang dikenali sebagai Silat Pulut atau Gayung Pulut mendapat tempat serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan oleh beberapa orang tokoh silat dan aliian perguruan pencak silat.

PSGFM telah membangunkan kaedah pendidikan silat tradisi Gelanggang Bangsal yang asaskan oleh Syeikh Abd.Rahman Tohir (1816-1839), Pendang; Kedah.  kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak   Pada 1976 Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab telah diangkat sebagai Guru Utama, beliau telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi Gelanggang bangsal kepada Kurikulum Silat yang tekus dan setara. Berdasarkan Kurikulum Silat tradisi (sebelum 1976-1986) menjadi dasar kepada Kurikulum Baru PSGFM (1986-2004) dan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002.

Kurikulum Silat tradisi Gelanggang Bangsal menggunakan dua tajuk iaitu Bunga Sembah dan Tapak Empat (Tempur Silat). Kurikulum Baru PSGFM (1986-2002) mengandungi  empat tajuk iaitu Bunga, Jurus dan Buah Pukul dan Tempur Silat. Kurikulum Silat moden Piawai 2002 (2000 ke hadapan) telah mewujudkan Sukatan Pendidikan Silat tujuh tajuk pada tujuh peringkat. Tujuh tajuk ialah Bunga, Jurus, Belebat, Tapak, Buah Pukul, Tempur Seni dan Tempur Beladiri.  Misalannya Bunga merupakan asas kepada gerak dan kaedah silat iaitu tujuh langkah, tujuh kuda-kuda dan tujuh limbai. Gerak dan kaedah silat berdasarkan gerak manusia, secara fitrah manusia dapat mempertahankan diri dengan akal dan tulang empat kerat.

Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002 dahulunya dikenali sebagai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang pernah diperturunkan kepada kepada lebih daripada 200 orang Guru Silat dan Jurulatih Kanan Silat dari pelbagai aliran perguruan silat di Malaysia.  Kurikulum Seni Silat Malaysia telah dipinggirkan dari program PESAKA Malaysia bagi memberi laluian kepada pembangunan program pencak silat di Malaysia. Kurikulum Silat tersebut telah dikembalikan kepada Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab selaku pengasas dan penyusunnya. Beliau selaku Guru Utama PSGFM telah memperturunkan Kurikulum tersebut kepada perguruannya sendiri dan dinamakan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=362528e2397256559bf368dd58f728cb42f69d9bb7fb0cc8ebca15606a4fa6b4e95dab9b89fed6e326a16ed587f6b1c472e7c0e23af9182af4e1556a4df15b4416f7a306edd75522748981b1f14c58d0b4f9870cb384488f5aa0defae18d86afebb19a0a4c2fa85d5291901000eda04c3b18d39ee067e071f6fd28cec2bcae4ccb0e214474a5199df0874fe7abfdbb3886f828c13f136e9d78e4fdf33ce582e43b2ceff5ff2934485a008efc89c900b9948347643ea04b13f72cefdebc78a848991463dafbbfa56db576bbb2538680b558586f17a099053d5f2e3c1b304ca8841956ce672c1ae8155bbf31b48f2af73c9ae4e39781419b04e9004f11ed3a9ea9ab88ac863b234c2ef09752d99e979956adff0e346e9d22eafefb76839fd419e8e60ecb9d54c87683169e70a08914b2f9621ca21100ee0b0f63c41d6706d547ff4a61816769a27caf9e0578fb84d5dd19ba2fa37319e1bcad60dbbdc1ca691bdc7b4b73a0093a6aa9bf3b1e5df52a6e60b4cf3f94f03a43408f4e3f45f0fd54ea430e8dd3d24e2d12398efec4e285d513ba9e6bc291e095559ced13da3c2d768ce570553e97cd1af8b3083a03eaff8ad75df68ba904b41d9dafd4ed043c5334fb9c861d2be89a88227616b636502280b2a544852f44433efea72317fc5316b3160f44e565398c1d1e904629d27ec6d0bd6bc812c4d97d6ac4d97c9d[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *