Pusat Cemerlang Silat

Artikel 12 : Silat Satu Nama Dan Satu Ilmu Sebagai Ilmu Seni Bela Diri Yang Sempurna

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Malaysia telahpun mengiktiraf Silat sebagai Seni Bela Diri Rasmi dan tersenarai dalam Akta Warisan Negara (Konvensyen Silat Kebangsaan 2006). Silat telah menjadi satu nama kepada seni bela diri Malaysia dan seterusnya orang silat berusaha menyusun satu ilmu silat yang sempurna. Sudah memang sepatutnya begitu dan ke arah itulah yang patut dilakukan iaitu membentuk silat menjadi satu nama dan satu ilmu bagi seni bela diri bangsa Malaysia. Inilah satu cabaran yang memerlukan pengorbanan kepada perguruan silat di Malaysia. Seperti yang pernah diungkapkan oleh guru-guru tua, `dari yang banyak menjadi satu’, iaitu satu nama dan satu ilmu ilmu bela diri Malaysia yang sempurna.

Di antara langkah yang perlu dilakukan antaranya ialah menterjemahkan ilmu silat pada zahir dan batin menjadi satu ilmu yang seragam yang dapat digunakan secara bersama. Penggunaan satu nama dan satu ilmu atau kurikulum standard telah diamalkan oleh beberapa seni bela diri yang berjaya di dunia seperti Karate dari Jepun, Wushu dari Cina dan Taekwondo dari Korea yang di dalamnya terdapat berbagai aliran. Pencak silat merupakan satu nama bagi ribuan ilmu seni bela diri di Indonesia belum mempunyai kurikulum standard, tetapi disatukan melalui pertandingan pencak silat. Eloklah silat membentuk satu ilmu bagi mengelakkan kerencaman makna antara silat dengan pencak silat dan setanding dengan lain-lain seni bela diri..

Melalui pengalaman penulis selama lebih kurang 40 tahun (1984-2004) bersama beberapa orang guru silat seperti Tn.Hj.Zakaria Kassim, Tn. Hj. Awang Daud, Tn.Hj. Mohkar Yahya dan lain-lain secara langsung membangunkan silat di gelanggang seperti memberi kursus jurulatih silat, wasit juri silat olahraga, silat seni, muzik silat baku Malaysia, senam silat serta kurikulum seni silat Malaysia kepada guru dari pelbagai perguruan di Malaysia, merasakan silat perlu menyusun satu ilmu bagi  memertabatkan Malaysia sebagai negara silat.

Pada hari ini ilmu silat, khususnya ilmu Silat Melayu yakni silat tempatan versi Malaysia semakin menirus akibat perpecahan dan kepentingan peribadi yang mengancam masa depan silat. Kertas Konsep Pembangunan Silat KKKPM (KeKKWa) 1986 terdapat cadangan untuk mewujudkan Kurikulum Silat bagi membantu pembangunan dan perkembangan silat. Beberapa usaha dilakukan ke arah cadangan tersebut, tetapi semuanya seperti `tanduk diberkas’, ada sahaja aral yang berakhir dengan kegagalan.

Zaman dulu lain, mereka belajar silat dari beberapa orang guru atau pelbagai perguruan adalah untuk melengkapkan ilmu, kemahiran dan amalan, tetapi mereka setia pada perguruan asal atau perguruan pilihan. Maknanya ketika itu tidak banyak perguruan, tetapi ramai yang pandai bersilat. Zaman sekarang lain, mereka belajar dari pelbagai aliran perguruan silat, pencak silat atau seni bela diri lebih berminat membuka perguruan silat yang baru. Kini tiada lagi kesetiaan atau kekal pada sesuatu perguruan. Misalnya Majalah Beladiri melaporkan terdapat perguruan silat yang mengandungi atau mengajar sehingga dua puluh jenis silat, sebaliknya terdapat perguruan silat yang hanya tinggal dua puluh buah pukul sahaja. Ada pendapat mengatakan silat merupakan ilmu ada penamat, tetapi tiada penghujungnya; sebaliknya ada perguruan silat yang mengajarkan keputusan segala ilmu silat dalam masa lima minit.  Terdapat jenis silat rahsia yang tidak boleh dipertontonkan dan gurunya tidak pernah nampak bersilat. Semua pendapat dan pendirian tersebut ada kebenarannya, yang belum ada ialah kerjasama dan kesanggupan menyatukan silat  sebagai satu ilmu dan nama silat seperti asalnya untuk dijadikan pusaka pada generasi akan datang.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=fa914739da7c1be387221e347d93608a6b53598005d3babbd22bb07eb6081654c62b650cbb216bd7a505186a3d06ab8ebc41de29249d3e05d61c2c84203e59bb41bbc939760fdbc872411321b02275bd86c2ad5beaf7988ab4e2f2f66d790b2a3bf8d2bc92527535a58bae61ee8a370939a5cadfe40016084e507d0b3a837b313c9cbc8eb9dc97ceb61ce363ca8aa73fa69b7bf0e165506d9be3a37afced1a7580b302148e80fa58a8e188b33d6e6f1e4dc56fd98efd04454fa39d60a84433be41b1f14f73ecbec1ae4cb1641b9441e24cfe76f802973518039c9495a3b5b182418bc032156a7498c11dd818d9cbc3394cfd579d7343791ef169c824a9e0fa20b441ae63195a55e4226bf190781f56e524c3e080ec5a916a275dc0ed9449b0226b61931430d62ea92402b281a189f491f27aba9990832477d4ebe4cb55ed38a43cf4695f5101c88df61f332f39e4aac1d60d0ae82a363f8e64bb20ef0a60ab247ac73f0fa97b297c86ad074e1d2fa8024b4e8a17a12032976382d5ffbd84874fe18d97eeebc6327935ec4d926c618324587cf118ede1831d2ab875eea596058609ffb2810ad3667afa3ed5d708b29cf121317fc2bc37da4973272d9b59c62222afcdcd027583fc3af8f95d26afd5b05b43cded138b9647e074f10b757ba06c7d4a71289cb6ec7760a2823d4bdad9ab83ef15b901d085ef2342c4a3c8a7c4a3c95a[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *