Pusat Cemerlang Silat

Artikel 13 : Nilai Adat Dan Perlambangan Dalam Silat

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Silat Melayu berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak. Adatlah pemangkin menuntut ilmu silat antaranya seperti adat buka gelanggang, adat bertamat, adat berguru, adat pesilat, adat guru, adat perguruan, adat berkawan, adat bersendirian dan lain-lain. Di antara adat penting ialah adat membuka gelanggang dan adat bertamat yang dilakukan dengan istiadat atau upacara yang menggunakan beberapa peralatan yang mempunyai nilai dan pelambangan kehalusan budi budaya kepahlawanan Melayu.

Adat ialah peraturan, hukum atau lembaga yang lazimnya dipakai dan diamalkan sejak zaman duhulu kala melalui persetujuan sesuatu masyarakat sejak orang Melayu belum tahu menulis. Segala amalan dalam adat diingat dan diamalkan dengan yakin bagi menjaga keharmonian masyarakat. Adat juga bermaksud kelaziman, kebiasaan atau lumrah misalnya adat api panas dan membakar, adat malas tidak berjaya dan  orang yang rajin berjaya atau jatuh dari tempat tinggi pada adatnya boleh menyebabkan kematian. Tetapi adat dan akal atas sebab akibat pada kelazimannya tidak semestinya berlaku misalnya Nabi Ibrahim tidak terbakar oleh sebab api dan Sita Dewi yang yakin pada kebenaran dalam hikayat Seri Rama tidak terbakar oleh api ketika ujian kesetiaan cintanya kepada Seri Rama. Misalan lain, pada adatnya orang yang berusaha dan rajin akan berjaya kerana lumrahnya orang yang miskin dan gagal dalam hidup ialah orang yang malas Pengajaran tersebut menunjukkan usaha kadang kala tidak muafakat pada adat dan akal. Maknanya usaha manusia semata-mata tidak memberikan bekas melainkan dengan izin Allah yang menciptakan sekalian alam dan menjadikan segala yang zahir dan batin.  Oleh itu adat menyuruh seseorang itu berusaha sebelum berserah kepada takdir.

Pada kesempatan ini dua dari adat dalam silat yang akan dibicarakan ialah adat `buka gelanggang dan adat bertamat kerana di dalamnya terdapat alatan yang memiliki nilai dan perlambangan yang memperlihatkan kekukuhan falsafah silat dalam sosio budayanya. Di dalam adat tersebut terdapat alatan yang biasanya akan diadakan  atau digunakan pada setiap istiadat atau upacara silat seperti sirih pinang sepiak, sebiji limau, buyung tanah, sepotong kain putih dan pengkeras serta beberapa alatan lain seperti senjata (besi), sintuk dan daun pelepas.

Sirih sejenis daun dari tumbuhan menjalar yang dijadikan makanan kudap waktu singgang yang mendatangkan cita rasa yang enak dan berkhasiat. Cara makan sirih secara ringkas iaitu pilih sehelai sirih yang segar, kapur sirih dan sekacip inang. Mulakan dengan mengunyah sekacip pinang sambil jari manis tangan kanan mencalitkan  kapur sirih nipis secukup rasa mengikut tulang atau urat sirih dari pangkal ke hujung.yang terbentang di tapak tangan kiri. Sambil mencalit dibacakan doa atau mantera (jika perlu). Gulung sirih dan masukkan ke dalam mulut serta kunyah dengan cermat sambil merasakan keenakkan sirih apabila `kelat jatuh ke rengkung dan seri naik ke peroman’ menjadikan `sirih sekapur penyeri muka’. Orang zaman dahulu sentiasa membawa sirih yang baik iaitu sirih bertemu urat dalam uncang sirih untuk kudapan sendiri atau bersama rakan.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=eecca822c3c7492decfba191bd5564b272ddd8a87e479f64280c3b9f066247c85e338c529c27464fb8a04246116738b57f47f427a04a3bce907704b7df316fd170e9aa4cf837cff20a5d3c34fe910bbffdd2bd7bf3ef48b26900986b1fa6ff777ad24ea389a92cf3c5c77621960432adf9d1d4cac3250a0056381bb4ff78c776c4a37ceddd817a86626edf80bf5453a4d6c4a5e79ca3cd394dab0cfe85ac6cf86c55841a8d9ded795ed8d05def5e3e1c226c434303909e83eb04d8fe8390feb42bb9a008efb3527eb28f8fa3e9db950b47b12bb9abc7ea00860c189eda6c4d358d9fa8813a8d8ac52bb87184624b5887db91ce30ed7972549740d37f31fa8fd51a015018da0826c2776849ee59726f228ea0d0645fd9b63e468f21920af1455dc9fb1c7172484317624851eddf725f457323d071c57169b967c22f2b37a99cb4d9ef1710f03e067ab71c5d9d3eaf221e9cbc5326f74343656f4263b1702b300ee3b517d00a4c5ddf41fbfb50685f958ceacc8ef2d1de2a792c1491c87458453cc37deec0f1d84f05321cc1b7a946e966585d0f0c7bcc269d664caee45a8761880915672ebcabfa53fb123f8307b7d63e08700ebd94dfb860e9f42735bd00234971cc45e0d6e5d75e875cbf62735c40fe4d7fe74b7cb950dbba9a2557d2c14fe9f60da119d0eeaf5c4ce9eae3e6e9eae20b[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *