Pusat Cemerlang Silat

Artikel 14 : Silat Olahraga Dalam Kenangan

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Silat olahraga mengimbau kembali kenangan indah bersama rakan seperjuangan penulis Allahyarham Tn. Shah Ali, Penghulu Tn.Hj.Zakaria Kassim dan Tn.Hj.Awang Daud.di sepanjang melaksanakan Kursus Jurulatih dan Wasit Juri Silat Olahraga sejak 1984. dari situlah bermulanya perkembangan sukan yang bercirikan silat di Malaysia. Mereka merupakan guru silat yang amat berdidikasi dalam usaha membangunkan silat. Silat Olahraga menjadi titik tolak berkenal dan bergaul rapat dengan para guru tua Allahyarham Tn.Hj.Sotin, Ustaz Awang, YTM Tengku Nara, Wak Dikon, Tn.Syed Yusuf dan lain-lain yang tidak pernah bercanggah pendapat. Itulah kenangan yang dapat rakamkan.

Hampir lima belas tahun saya tidak bercakap mengenai silat olahraga. Sementelah pun nama silat olahraga ditukar kepada Tanding. Tulisan kelolaan saudara Ahmad Fuad Hamdan (SB. Julai 2007) mengingatkan saya kembali kepada nama sukan silat yang saya abadikan pada buku bertajuk Silat Olahraga (DBP.1987) yang dilancarkan bersamaan dengan Kejuaraan Silat Sedunia 1987, Kuala Lumpur. Beliau amat positif untuk melihat peningkatan mutu pesilat dan sukan tersebut. Beliau menekankan pentingnya persiapan dari aspek ilmu persilatan, ilmu kesukanan, peraturan pertandingan, kemahiran bertanding  selain dari pembentukan fizikal, mental dan spiritual.

Untuk pengetahuan pesilat generasi baru, sukan silat ini terlebih dahulu dikenali sebagai olahraga pencak silat iaitu pertandingan yang membolehkan seluruh aliran perguruan pencak silat bertanding menggunakan satu peraturan pertandingan yang dikenali dengan nama Peraturan Pencak Silat (IPSI.1973 dan Persilat 1979). Malaysia diiktiraf sebagai anggota pendiri Persilat kerana pencak silat telah wujud di negara ini sejak sebelum wujud Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI, Solo. 1948).

Mengapa dinamakan silat olahraga? Perkataan silat olahraga diterima pakai (1987) kerana dalam kongres Persilat Singapura (1983) telah bersetuju perkataan  silat, gayung, pencak dan kali adalah semakna. Jadi, nama sukan silat ini boleh diringkaskan kepada olahraga silat atau olahraga pencak. Mengikut kaedah Bahasa Melayu perkataan silat atau pencak menjadi kata nama seni bela diri yang mempunyai aktiviti sukan atau olahraga  Perkataan Silat menjadi pokok dan disebut seperti silat pulut, silat tari, silat bunga, silat jatuh, silat tempur, Silat Melayu, Silat Jawa, Silat Minangkabau, pencak silat ompang dan lain-lain.. Dua pilihan iaitu Silat Olahraga atau Pencak Olaraga. Maka Silat Olahraga adalah lebih sesuai.  Perkataan olahraga dari gabungan dua kalimat iaitu olah dan raga. Olah bermaksud cara membuat, membentuk atau menggubah menggunakan akal dan daya. Raga bermakna badan, lagak, memperlihatkan, menampilkan atau menunjukkan kaedah silat menggunakan tulang empat kerat. Silat olahraga boleh dimaknakan sebagai satu permainan atau sukan bercirikan silat yang mempertarungkan dua pesilat dari pasukan yang berlainan. Pesilat yang dapat mengatasi lawan mengikut nilai-nilai yang ditetapkan akan menang.

Akhirnya, atas sebab barangkali untuk memperlihatkan sukan ini benar-benar asli  bercirikan pencak silat yang diiktiraf sebagai seni bela diri bangsa Indonesia, maka Persilat telah mengukuhkan pertandingan ini dengan nama Pertandingan Pencak Silat dan menyusun istilah dalam bahagian pertandingan sesuai dengan bahasa induknya iaitu kategori tunggal, ganda. regu dan tanding. Silat olahraga itu yang dikenali sebagai tanding.  Pada Bahasa Melayu perkataan tanding bermaksud banding, tara atau untuk memilih mana yang lebih baik dan sesuai. Bertanding bermaksud berlawan, beradu kuat atau pandai  dan lain-lain. Kekeliruan makna itulah yang mungkin menjadikan pesilat Malaysia tidak dapat menguasai kaedah bertanding dalam kategori tanding.

Boleh dikatakan kebanyakan jenis seni bela diri dunia telah dikembangkan melalui sukan. Dari aspek sukannya seni bela diri tersebut mempunyai disipilin atau tahap kemahiran tertentu yang membolehkan pengamalnya terjun ke gelanggang pertandingan. Setidak-tidaknya terlebih dahulu menjadi ahli yang sah, memiliki ilmu dan kemahiran yang melayakkannya mengikut pertandingan yang berprestasi. Demikian juga atlit silat mestilah menjadi ahli serta mempunyai kemahiran pada peringkat yang tertentu dari perguruan silat yang berdaftar. Ahli yang sah adalah bertujuan mengelakkan timbul masalah kebelakangan seperti insuran kemalangan, pengesahan pertandingan, pengesahan penyertaan, keselamatan, pengesahan kemenangan seperti yang tercatat di dalam syarat-syarat peraturan pelaksanaan pertandingan pencak silat. Pengesahan ilmu silat dan tahap kemahiran menentukan mutu pertandingan kerana silat olahraga ialah sukan silat yang mempnuyai ciri-ciri khusus yang membezakan antara bersilat, bertaekwando, berkarate, bertomoi, berkalaripayat atau berwushyu.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=c2fba722b54b46ef539de16e32fea4839474f8c07d2cc341ce47df2f039f36c409be4dee49277e19e76e4e351b4651419e4d28176f2856055d2ac01429cc973ebcf04ad7017ec71ac7b8eb5111acb830541b68d1ea27d9baff567f35e53b3eaad21530a6accef87df7ddfac2db019246aeebfd9b4a150239321bc82e3271aaa041b0a3f28e90e9a03fd01f074b6c9be9f5b8c8269cf20e16441349fc05b4ae3f44aedbd28e54a8b2106e6c6929a05dce5e4a93e33dbb8291ab4cc499c229d9f17368e111589f2b27656c0595bddf5ac639d9aea24c4e9dad0a9f96e902253408078cd2fc3ce61bea85b65491b2b67154d80c70fe68b403c9cccdbf3f8e17f1098efa987354417f37b6d455acb972ea6b1872eb77b799721e3d58562b32a2dbf15386a9c1e10df05d6e77c0183f3e88b52df85e5af9009a4c1c5a500d79545aa2a5af5e8dd52f0178a6704ac531f19edb669213c794de52466a948a2b96a97c35e18396e0f8b8ed05ebeca8608ee5603e712bbe8996b85659657a343544ff99a23eaf37cdd76b22557373a9386f3211c215410ae174081901235d4db65fe27c0f3effaf180a922a07e4b1d27a9f342a3e02523d5cbc51e1c56584fafe3ea7f6ef8485a51a6cfdbe90acc9329e26d06d49e53693a57dbf93a57c69[[T_F]]

Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *