Pusat Cemerlang Silat

Artikel 15 : Masa Depan Silat Melayu Tradisi

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Silat Melayu tradisi atau siilat Melayu asli  pada umumnya ialah merujuk kepada seni bela diri yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Silat Melayu telah berkembang kepada beberapa kumpulan silat. Ada yang berjaya, ada yang telah pupus kerana tiada waris yang berupaya menyamjbung tugas meneruskan kumpulan tersebut. Antara kumpulan yang paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Kejayaan utama, selama 30 tahun, PSGFM  berjaya menempatkan silat Melayu bertaraf ahli badan pendiri Pesaka Malaysia dan dapat mengembangkan silat Melayu ke seluruh negara dan beberapa negara di peringkat antarabangsa.

Menyahut sepatah kata dalam SB, `jangan tak cakap, asalkan jawapan pada isu itu perlu positif’.  Diberanikanlah hati untuk terus menulis. Didahului dengan tersusun jari sepuluh dipohonkan ampun dan maaf kalau tersalah bahasa dan terlancang tutur kata. Dharapkan bersama-sama berlapang dada untuk merenung tentang silat Melayu yakni silat asli tempatan yang boleh dikatakan silat versi Malaysia.

Tak kisahlah, kalaupun ada yang berpendapat `buat apalah bersusah payah membangunkan silat Melayu tradisi yang sudah ketinggal zaman, tinggal tari dan buah pulut’. Di kampung gelanggang bangsal telah sepi, anak muda tidak lagi berminat belajar silat.. Katanya,`tidak canggih, tak ada tenaga dalam, tak ada lompat guling pering dan kurang sepak terajang. Mereka nak silat yang macam dalam filem.

Dulu persembahan silat berkonsepkan seni bela diri untuk pergaduhan. Disajikan dengan percikan api sabung parang, pecah batu atas dada, koyak kelapa dengan gigi, layor badan dengan api, jilat besi panas, baring atas kaca, tanam dalam tanah, buah pukul dengan kunci maut, keindahan tari silat Melayu yang diiringi gema tepukan gendang Pak Din Lambong. Kini gelanggang bangsal silat Melayu menjadi sepi kerana  pencak silat yang merupakan seni bela dri asli bangsa Indonesia mencanangkan dirinya sebagai sukan. Maka keramatlah pencak silat

Kalau sukan boleh menjadikan sesuatu menjadi keramat, maka apa makna dan kelebihan sukan? Kata orang, sukan berasal dari dua kalimat iaitu suka dan sakan. Dulu-dulu ketika bersantai anak dara suka bermain porok, seremban, congkak atau main pondok-pondok. Anak bujang suka bermain galah panjang, wau, sepak raga, gasing, bersilat dan bergayung  Mereka bermain kerana suka-suka untuk bersukaria.. Sakan bermakna keterlaluan, teruk, hebat atau berat. Apabila sesuatu perkara atau kegemaran dilakukan secara keterlaluan disebut sakan. Gabungan perkataan suka dan sakan menjadilah sukan, wallahualam.

Sukan lebih menjurus kepada permainan atau olahraga yang mempertandingkan atau mempertarungkan individu atau kumpulan dengan peraturan yang ditetapkan. Bagi memperolehi kemenangan, maka seseorang mestilah berlatih utuk tangkas, kuat, tahan, tepat dan kemahiran tinggi. Peraturan hanya memberi nilai pada sesuatu keupayaan yang boleh diukur. Maknanya sukan tidak memberi nilai secara menyeluruh yang menunjukkan kesempuraan sesuatu perkara atau kebolehan seseorang.  Penilaian ditetapkan secara persetujuan sebagai pengukuran untuk menilai mana yang lebih baik untuk menang. Sukan merangsang naluri manusia untuk mengenali kelebihan dan  kebolehan diri untuk menerima hadiah, dipuji atau pengiktirafan.   Kelebihan sukan dapat membina masyarakat dengan semangat kesukanan, mengamalkan aktiviti sihat, cergas dan cerdas pada fizikal mental sesuai dengan keupayaan.

Zaman ini, sukan telah dijadikan nilai dan marwah kepada seseorang, pasukan atau negara. Ramai yang telah mengukir kejayaan, kemegahan dan kemasyhoran, melalui sukan.  Kalau pencak silat Indonesia boleh berkembang melalui sukan pencak silat.  Apa kurangnya dengan silat Malaysia. Sukan bukan perkara baru dalam silat Melayu. Mungkin melalui sukan, silat dapat berkembang secara lebih berkesan di  peringkat negara dan antarabangsa. Soalanya, Apakah Malaysia perlukan negara lain untuk membangunkan silat?

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=9e6c104aac8845d8b55e67d30afde3d1f172b6d792ba0bbd0915affd98889adcf94fc0cbf11e96915c0dc0b9161ab45e6b4b3bb8f33b5421ff1b337add512977a2073942985652d955be567ac81723ca8c905f42d50b479d09ef9b1bcf403d367f9f5f7c32be9e5857072320b9add87faba02dc667df9e5d95561331eb0cdb08a093fc366d6b8265445f00fd88751bd3305fff636c23debdb9713c0c756b8375efcfc614099444819261f4585e13ff67ff60f6fa12813cb4c83a6d80cb44d29eb524800f95a916c2441a7e148daf99412fab1eddb4a32a33a7dee8eefe82ee12817e6881bebf13def78f446da659c338b1d50d43183332983e964027e2e82e2721e61d4d6ab79a5459bd0abf024018fee75978a4bb16cebf624606b7302b03674e0a4c2575e20671a325881c521d2e6eb3a8b360cc48894023f177a2db4b37f913d86b5d32f0811d71fc0c6d09f1df5233342d0db3e9c0dd9b58f0228b459ede140677dce8f5b0842dedaf6091e860235e093e212d2e9114d4f93e0de4d635679eca2efbf621402e542c5f9f6a890b36edda00e468a314cc73ae9abe8d1c7bfe3af1e8fdd967deb17b78db237b2502f48d418f86a9d95735612ca646b097741a1338323fd3eff2444d9f91afca2b270fa6bff09a554a3cbdaec1709962ce76d012fc6fcd708a85e2708a840a[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *