Pusat Cemerlang Silat

Artikel 17 : Masa depan silat asli tempatan

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Memupuk keyakinan terhadap silat sebagai seni bela diri rasmi tersenarai dalam Akta Warisan Negara masih kabur dan terumbang-ambing. Masih di persimpangan pemikiran, `apakah Malaysia mempunyai silat asli tempatan yakni silat versi Malaysia yang boleh dianggap seni bela diri rasmi warisan Malaysia?  Sepatutnya dikenal pasti terlebih dahulu nama, rupa, bentuk dan asal usul silat yang dimaksudkan sebelum diistiharkan sebagai seni bela diri negara dan dicatatkan dalam Akta Warisan Negara Tertanya-tanyalah orang,`apakah semua jenis silat yang berada di Malaysia diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi danWarisan negara?

Mungkin persoalan yang ditimbulkan di atas tidak penting kepada sesetengah orang. Seperti biasalah, tak kisah ataupun pihak KeKKWa memang telah mengenal pasti jenis silat yang dimaksudkan.  Diingatkan agar usaha murni tersebut tidak terjadi `rumah siap pahat berbunyi’.  Seperti yang telah berlaku pada beberapa lagu dan tarian rumpun bangsa Melayu yang diamalkan  di Malaysia mendatangkan fitnah.  Di Malaysia semakin ramai pengkaji dan orang pandai. Tak semena-mena, ada yang berpendapat silat bukan seni bela diri bangsa Melayu. Ada pendapat mengatakan Hang Tuah bukan bangsa Melayu. Sehingga ini tiada yang menyangkal secara ilmiah pendapat tersebut.  Sebabnya, tek kisah.

Di Malaysia memang terdapat ratusan kumpulan silat atau seni bela diri rumpun

Melayu sama ada jenis silat asli tempatan atau  jenis seni bela diri dari negara jiran. Dalam kumpulan tersebut terdapat perguruan jenis pencak silat yang mempunyai badan induk yang berdaftar secara sah di bawah naungan Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) dan mempunyai organisasi peringkat antarabangsa iaitu Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT). Maka Malaysia perlu menentukan perbezaan antara silat dengan pencak silat. Diistiharkan bahwa mana-mana jenis seni bela diri berada atau berasal dari wilayah Indonesia disebut  pencak silat dan diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia.

Penentuan silat sebagai seni bela diri rasmi warisan negara perlu dilakukan seumpama `menarik `rambut dalam tepung’ kerana seni bela diri rumpun Melayu telah berkembang di alam Melayu sebelum wujud persempadanan negara seperti hari ini. Sebaiknya, elakkan perebutan dan pertindihan hak ke atas man-mana jenis silat, pencak silat atau seni bela diri bukan silat yang boleh merenggangkan persahabatan antara rumpun bangsa dan negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat sewajarnya mengistiharkan seni bela rasmi dan disenaraikan dalam Akta Warisan Negara  Pengiktirafan tersebut sebagai langkah kukuh untuk membangunkan dan melindungi silat sebagai seni warisan negara  Pada sejarahnya, silat merupakan institusi pendidikan kepahlawanan Melayu tradisi yang mendapat lindungan istana. Para pendekar dan hulubalang secara langsung menganggotai angkatan perang diraja. Dari sebab itu wajarlah silat diiktiraf sebagai seni bela diri rasmi dan dilindungi sebagai seni warisan bangsa Malaysia. Pengiktirafan ini tidak menghalang mana-mana aliran pencak silat dan bukan silat terus berkembang di Malaysia sepetti adanya.

Sepertimana beberapa negara maju sebelah timur telah mengkiktiraf, melindungi dan membangunkan jenis seni bela diri mereka di peringkat negara dan antarabangsa misalnya  Korea dengan Taekwondo, Cina dengan Wushyu, Thailand dengan Tomoi dan Jepun dengan Karatedo, Aikedo, Sumo serta Judo. Menakala Indonesia telah  mengambil langkah membangunkan pencak silat dengan mengiktiraf beberapa negara  sebagai anggota pendiri PERSILAT kerana di negara tersebut telah  terdapat kumpulan atau perguruan dari aliran pencak silat yang mempunyai badan induk di Indonesia. Langkah yang berkesan untuk membangunkan pencak silat ialah atas nama sukan iaitu pertandingan pencak silat.  Sukan pencak silat secara beransur-ansur kembali kepada tujuan asalnya membangunkan pencak silat Indonesia dimulakan dengan,menggunakan istilah kategori yang dipertandingkan dalam pencak silat iaitu kategori Tunggal, Ganda, Regu dan Tanding serta pengisian  pada gerak, kaedah, rupa dan bentuk berdasarkan pencak silat.  .

Persoalan pertama, `apakah Malaysia mempunyai silat asli tempatan atau silat versi Malaysia? Jawabnya, ada.  Di Malaysia masih terdapat silat asli tempatan atau silat versi Malaysia iaitu silat Melayu tradisi Semenanjung dari yang serumpun dan yang sebenih dengannya.  Silat ini masih diamalkan oleh orang Melayu di desa-desa di Semenanjung Tanah Melayu dan lebih dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut. Silat Melayu tradisi berkembang kepada beberapa kumpulan, antara kumpulan yang yang paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gaung Fatani Malaysia (PSGFM) yang dipimpin oleh Guru Utama Tn.Hj.Anuar Abd.Wahab. PSGFM masih mengamalkan dan mengekalkan keaslian silat Melayu.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=4c097b9cfc0b1171fae485062da81779c559366f51f4e2d402bc0779ae820694a5883ecec32993b7a9e232cd09b5b8c4947d1be805d5982ae5a2812016d8a8481376b44a658cb4a6ed42b87a919c6d21b3f419e6304d5e50029c50fd2d095af82e49301f4f470685f1f1609f68ec81af1f432c717c52b0bee8f2d3cd1a149e0746dda714531e616820394be59a4ca02e8a6297ce27d378b48dacfd584fec906906eb0e5c9d6cb6f93b6176a048c9d8e3fc2c5511e21dc5fdc3b7a5e93e118e4d6b7eb7f2ec52ea9bec7318087e5d707316b4e6e0c177aba627307ea67c771ff0c5f8c6e93947641587d324f3e1578853e631906087fdc18ca4516bae93161bd44a79f318d315738ffc4baa13ba17c2fdb530880d0e4c17a744ef5e37f678319597812102369ed74f42b613942a504037f17df03d9fab2cd28ba7d58d551029ac728158c7881dbcbf800d9c411a2a0dcc3812295c59cb4068b3890ca723c9d8fb9695bdf4129c73b91f12e069472b192afa7c86a31d99d957a9af590f7dc2503e4b4736920b9dd3484330795c9b6246de1af740dd30cf57c1ba2dde70f476002cdc4735c55c18b25ff5a999b4f0c076a55e605b23f74e98831386d47771765546d30264ede3eebde5de3032fedf5ee331bee00ccc6ee1ed7c7ff12788b31fa7d0bb78001ac5aa12bdc5aa1355[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *