Pusat Cemerlang Silat

Artikel 18 : Memperkasa Silat Melayu

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Sebelum mardeka, boleh dikatakan setiap kampung ada bangsal silat. Masih ramai pendekar dan guru silat yang sedia memperturunkan ilmu silat, ketika itu pelbagai  cara  dan gaya orang bergayung dan bersilat. Meriahnya bukan main, mereka tahu mana yang silat dan bukan silat. Di akhir abad ke20 silat Melayu tradisi semakin malap, gelanggang bangsal menjadi sepi dan gendang silat lama tergantung di paran.  Silat pulut pun tinggal nama sahaja.

Penulisan ini mengambil skop atau ruang yang lebih kecil iaitu silat yang diamalkan oleh orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, tidaklah menyentuh perihal jenis seni bela diri rumpun Melayu seperti yang diamalkan oleh orang Melayu di Pattani, Kamboja, Campa, Minangkabau, di Jawa, Brunei, Bugis dan lain-lain daerah di alam Melayu.. Terkadang kala terlupalah orang, membezakan antara silat Melayu dengan seni bela diri rumpun Melayu yang berasal-usul dan mempunyai badan induk di negara jiran misalnya pencak silat diiktiraf sebagai seni bela diri asli bangsa Indonesia. Lupa kerana sejak sekian lama aliran seni bela diri rumpum Melayu telah berkembang secara seiring dengan silat Melayu di Malaysia  Justeru apabila bicara memperkasakan silat,  persoalan ditumpukan kepada silat Melayu yakni silat asli tempatan versi Malaysia di Malaysia.

Usaha memperkasakan silat berlaku secara tanpa disedari atau secara  sedar. Usaha memperkasakan secara tanpa sedar atau tanpa terancang berlaku kerana silat merupakan salah satu keperluan membentuk jati diri bagi membina  insan `berisi’ yang memiliki ilmu zahir batin dan sebagai ilmu mempertahankan diri. Perkembangan secara sedar dan terancang berlaku apabila silat boleh menyumbang kepada sosio budaya dan negara.

Sejarah memperkasakan silat telah bermula sejak silat mempunyai hubungan dengan pembentukan tamadun kerajaan Melayu. Ketika itu silat dinaungi oleh istana. Sejak kejatuhan kerajaan Melayu tradisi, istana tidak lagi melindungi silat dan orang perang yang mempertahankan institusi raja terpinggir ke desa meneruskan perjuangan memupuk jati diri bangsa yang cintakan bangsa, agama dan tanah airnya.

Selepas merdeka, langkah memperkasakan silat ialah menyusun kumpulan atau perguruan silat menjadi organisasi yang berdaftar. Pada tahun 70an, semua kumpulan silat dan seni bela diri wajib didaftarkan. Antara kumpulan silat Melayu tradisi yang berdaftar dan paling berjaya ialah Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM 14.9.1976). Selain diiktiraf sebagai ahli bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia, PSGFM berjaya mengekalkan keaslian silat Melayu  dan mengembangkannya di Malaysia dan beberapa negeri di peringkat antarabangsa. Kejayaan PSGFM menjadi sinonim dengan silat Melayu.

Peringkat kedua ialah mewujudkan badan induk yang menerajui silat peringkat kebangsaan. Usaha tersebut dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia dengan mengadakan beberapa pertemuan, kerjasama, seminar, bantuan dana dan teknikal. Kemuncaknya pada tahun 1079 ialah menubuhkan Majlis Silat Malaysia. .  Antara hasrat Majlis Silat Malaysia yang dinyatakan ialah `dinilai kembali tradisi kita untuk menemukan unsur-unsur yang menonjolkan  identi nasional dan perpaduan negara’. Pemikiran ketika itu salah satu unsur teras sosio budaya Melayu yang kukuh ialah silat.

Kemudiannya Majlis Silat Malaysia diketepikan atas beberapa sebab tertentu. Salah satu sebab ialah pengiktirafan  Persekutuan Pencak Silat Antarbangsa (Persilat) kepada Malaysia sebagai anggota pendiri Persilat kerana di Malaysia terdapat banyak kumpulan dan perguruan pencak silat yang berasal usul dan berdaftar menjadi ahli Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI).  Oleh sebab itu Malaysia layak menjadi cawangan negara pencak silat.  Sehubungan dengan itu jawatankuasa baru telah menamakan organisasi baru iatu Persekutuan silat Kebangsaaan Malaysia (Pesaka Malaysia). Sejak itu tumpuan Pesaka ialah pembangunan dan perkembangan pencak silat.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=b415017da6ede8ca444df14cc13f94f327edcb8228e0a05565d181507cf86a0c770534a0375808345db1317408e69e53e759576db1b7a13822109c0c36fd71499dba550fb795973003ffa4b292c57f8a8433e0954eb008220d1c47bdec1216917bfc1da159f8e564cbf27dbe4472ed5de3b40488e54a40160e2d0e2cea4b682eed28f3b09a44b72715f0af43fee4387218a953c592362862ec5ba7a51204b56ba6ace53565acbd0f5b777337dc2ebd5bd3dc626c90e0cd52bd7ba4fe3b58e926467abdd3febded283d71c00731fb8d8313a9e9c62147a19bb33b06a8b2a429ad4c6bc12e80a58a751be0175fe69315b88e1305b02e18baec9a5991eef555499a4ea6da382afd1d5eca81b6724e2a7f9484d11ddd89abda3151b14a8ea96f29d96409586ed5544449cd9b02bb6938e7a673009ed88be46419d6eb72be66dcecc6fee73ac45ed4277a505fd4dc3fdada6c461e5768d97335ae868f1db3479b056b0cdcf81d1d1c37ef5da64cd54c54d5cf341b1570851d42bb3780caedf59511b65dce9dde40c3e8d4e50bf27cba60e19f4126ed497829a6e6ddebd9dfe1e4749c29d7a68e48899bbeca2815e3c3c0f2761737f4dd1b6870179d08d1b70734a053145d25c0f3ac3bd23c93e9d7b57a650f82810e5fb64de159d0d08a979f4c5b7a064c5b7be7[[T_F]]

Tagged on:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *