Pusat Cemerlang Silat

Artikel 19 : Semangat Silat Dan Padi Pulut

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Dalam lembaran Majalah SB: Bil.35 Nov. 2008 ada persoalan yang menarik minat saya bersama-sama berbicara mengenai, bolehkah orang silat bersatu sesudah dulunya cabar-mencabar dan mengaibkan perguruan lain berlaku sekitar tahun 60an hingga 90an dalam persembahan perguruan tertentu? Guru Azlan Ghanie berpendapat; “Boleh”. Lagipun, tidak semua orang silat begitu.  Perkara tersebut hanya dilakukan oleh segelintir orang guru silat yang berusaha mempromosi perguruannya. Selaku orang baru dalam dunia persilatan Melayu, mereka terlalu emosi melihat kemampuannya yang baru kenal silat lalu berani mencabar bangsanya sendiri dan sampai hati mengaibkan silat Melayu yakni silat asli tempatan yang dikenali sebagai silat pulut diikatanya sebagai sudah ketinggalan zaman,  jumut,  dan tak ada buah pukul. Kata-kata itu ditelan saja oleh para guru silat Melayu tradisi demi menjaga semangat setia kawan dan nama baik silat.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tiba-tiba sahaja muncul menulis dan diharapkan kesempatan ini tidak disalah dianggap.  Hanya senya menyahut seruan Guru Azlan Ghani `tulis jangan tak tulis’ atau seperti kata orang silat `kalau gayung bersambut dan kalau kata bersahut’.

Sepengalaman saya melibatkan diri dalam dunia persilatan Melayu sejak awal tahun 50an, guru silat tidak begitu amalannya, tidak pernah mempersoalkan ilmu dan amalan sesuatu perguruan. Mereka arif mana yang asli dan mana yang baru, mana silat zahir dan silat batin. Silat zahir ada `buah laman’ dan `buah rahsia’.  Buah laman ialah jenis buah pukul yang boleh dipertontonkan seperti yang dimainkan dalam silat pulut. Buah rahsia tidak dipermainkan atau dipertontonkan kecuali pada ahli atau terdesak. Mengenai silat batin terbahagi kepada dua iaitu seni kebatinan dan rahsia kebatinan. Seni kebatinan ialah jenis silat yang tidak bersentuan atau memadai beberapa gerak jurus tertentu yang dapat dipertontonkan bagi mengesahkan wujudnya ilmu kebatinan silat. Manakala silat rahsia kebatinan ialah bahagian ilmu kerohanian silat bertujuan untuk mempertahankan diri zahir dan batin daripada serangan di luar keupayaan fizikal atau pancaindera sama dari kejahatan dan tipu daya manusia, binatang, iblis, jin dan syaitan, kecuali qada` dan qadar Allah.  Oleh sebab itu dikatakan silat merupakan rahsia perbendaharaan ilmu bangsa Melayu yang hanya boleh dituntut boleh, tetapi dijual tidak.

Ketika itu, saya tinggal di Kg. Sg. Keli, Hutan Melintang, Perak  bersempadan dengan Sabak Bernam, Selangor yang dipisahkan oleh Sungai Bernam. Menurut cerita orang-orang tua nama Kg. Kota berasal dari kota pertahanan dalam peristiwa perang saudara di Selangor di mana Raja Hitam berkota di seberang Perak dan Tengku Kudin di tebing Sabak Bernam. Dulu saya dapat menyaksikan kesan kota dan beberapa laras meriam besi di tebing sungai Kg Kota. Kini telah tenggelam dalam lumpur. Tidak hairan di kampung itu ramai guru dan pendekar perang terus yang menetap di situ.  Silat sudah sebati menjalar dalam darah daging keturunan mereka. Pada tahun  57an terdapat guru dan kumpulan silat yang bernama dan tidak bernama antaranya seperti En.Jamil (silat Harimau), En.Samsi (Kuntau Jawa), Wak Sarbini (Cemande), En.Abd.Rahman, En.Jidin, En. Jaafar, Tn.Hj. Sohor, En.Mat Lazim, EnJohan (Sendeng), Hj.Osman (Minangkabau), Tn.Hj.Juah (Lintau), En.Tapap (Cekak), En.Amran (Sewah/ kuntau Betawi)), En.Embung Abdullah (Fatani) dan seperti Hj.Nasir, En.Mat Yasin, En. Hj.Mat Akib, En. Rusa, Tok Aki Misai, En.Jamal, En.Hassan dan lain-lain. Mereka sepakat tidak cabar-mencabar dan mengaibkan sesamanya. Masa itu bukan tiada pergaduhan, tetapi bukanlah kerana silat. Kalau salah seorang membuka gelanggang, bertamat atau jemputan rasmi kenduri kendera misalnya mereka datang dan bermain silat pulut.

Silat merupakan antara ilmu seni bela diri manusia yang tertua yang diciptakan dan diamalkan oleh nenek moyang bangsa Melayu seiring dengan bahasa, kesenian, rumah, perahu, senjata, pakaian, permainan, kepercayaan, pantang larang dan adat istiadat berteraskan sosio budaya Melayu. Kemudian silat berkembang berhamburan bersama penghijrahan rumpun bangsa Melayu ke seluruh pelosok alam Melayu. Sejak itulah orang Melayu celik silat, setiap suku kaum Melayu menggubah rupa dan bentuk silat sesuai dengan keperluan, budaya dan kepercayaan mereka. Walaupun hingga ke hari ini wujud ribuan kumpulan silat dengan pelbagai nama, namun masih mengekalkan ciri-ciri silat.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=91d6d65e85cef11957682c67e28df8e3b1ea2741f3c380787bcbc4a735af92a2157805e00518c69d6f930799e8a12147fb06d76362d69a1b316608567514c84867a652e1b5ca2cda7d917d37270491a85d18c236766d97fa239cca799bc692639ef3eb2c0924b27a871dea76755ce7ac2b7a7aeb8695b351b76d7783bbfdcc073829a7e8421e528e08c5b18294106d5a09d078d3ed6574441fcfeffcfb8cfed3be777db5a3e69703d5d6bce30b8678778a60c4bbe32f778e31891153ca1999554f00ed913398fbf7d572739b8db69664624b39994b32ba11ab2b0bfc32eeaf53c799b9fda3e835721bad54927891f017b3b81c12f0e4931b626843ec9297cec502c8d253a19646ce478f877a68ed55d0939de87cc06e0a0ae5ac01fb19af69d18ca1eab2f1ccb3927dfac4434a738a1d843f19de15428ff7eee67151898c18c119cfbd3e5a5071fff3c740b59433d33ef7d3ff953654d75a60fd9d2bd24ac3af16bb83e4c52fbfb4e3e4f13cc7a856dcb01128ab09e3e9d6d0e04f1336a3edcff74612957a8da6814e0b9b1b462add60e91309973be4613b69e605cdfec8fb30c2c757af09b5c5d17f01d70e43be205362a3f3455498c4d223888e86c3685b3b43e33dfe3fe2f6644c4eb1ab6042c5d1908d3d30a1e2cd7c556ec27ad05bd6e2c110d0e17710d0e092[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *