Pusat Cemerlang Silat

Artikel 20 : Silat Satu Produk Berdaya Saing

Harga: RM 7.00 RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Kadang-kadang teragak-agak juga nak berbicara mengenai silat melalui ruangan Majalah SB kerana ramai telah berbicara mengenai silat, sudah ratusan perguruan silat ditampilkan yang setengahnya sudah pupus atau bercerai berai. Tetapi bagaikan sudah tergigit lidah berbicara tentang silat, namun silat tak ke mana juga, malah semakin sepi kian terpinggir macam `rumpun di tepi jalan’ di negaranya sendiri. Apa yang dibuat kerana silat serba tak kena.

Sejak penulis terlibat secara langsung dalam arus perkembangan silat, baik dalam membangunkan program silat olahraga, silat seni, senam silat, muzik silat baku Malaysia dan kurikulum seni silat Malaysia, begitulah halnya berkesudahan dengan kegagalan. Sejajar dengan kaji selidik penerbit SB Azlan Ghani, bahawa Silat Melayu di negara ini diumpamakan berada di hujung tanduk, menunggu masa sahaja pupus tanpa berkubur. Demikian pandangan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan khususnya di bidang silat.

Perkara di atas mengingatkan saya kepada Pak Long Aji Batu Kurau katanya, `hari ini budak kampung tak mahu belajar bersilat, dia kata saya reka’. Beliau seorang guru tua yang pernah mengembangkan silat lebih dari setengah abad. Mungkin ada sebab yang munasabah hingga anak kampung mengambil tindakkan demikian. Mereka melihat sistem pelajaran dan pendekatan silat kepada generasi muda masih ketinggal berbanding dengan seni bela diri bukan silat.

Sedia diketahui bahawa silat ialah pakaian dan amalan pahlawan Melayu yang pernah digunakan dalam peperangan mempertahankan kedaulatan kerajaan Melayu tradisi.  Keampuhan silat telah teruji. Hal tersebut tidak pernah diragukan. Tetapi  dalam menyajikan silat kepada generasi moden perlukan satu sistem perkhidmatan pendidikan yang telus dan setara. .

Pengamal silat perlu bertindak pantas menyusun ilmu silat agar menjadikan silat sebagai satu produk yang berdaya siang. Amalan pemasaran silat bersaing sesama sendiri akan melemahkan dan tidak menguntungkan masa depan  silat. Sistem perkhidmatan pendidikan silat masih tidak selaras dan rencam yang melemahkan silat untuk bersaing. Kelemahan dari aspek tersebut menjadi sebab mengapa geberasi muda hilang kepercayaan dan keyakinan kepada silat.  Itulah menjadi pokok bicara kali ini iaitu mencadangkan agar  silat menjadi satu produk yang berdaya saing untuk kepentingan bersama.

Langkah merealisasi tujuan tersebut memerlukan kerjasama bukan seperti `enau dalam belukar yang lepaskan pucuk masing-masing’. Selagi tiada kesepakatan selagi itulah silat `melukut di tepi gantang’ di negaranya sendiri. Selama ini pun, kedudukan silat dalam sistem pendidikan negara tidak seperti nasib ilmu seni bela diri di negara lain. Institusi pendidikan masih tidak dapat menerima atau mengembangkan silat kerana belum menampilkan satu kurikulum silat yang seragam. Ada benarnya.  Katalah kalau semua dari empat ratus perguruan silat diberi peluang mengajarkan silat di sekolah atau di pusat pengajian tinggi, apa yang akan berlaku kepada perkhidmatan pendidikan yang selama memakai kurikulum seragam.

Malaysia harus berbangga kerana diwariskan silat yang merupakan antara ilmu seni bela diri dunia yang terbaik dan sempurna.  Silat diakui sebagai warisan pahlawan yang pernah berjuang mempertahankan banga dan negara Boleh dikatakan dalam karya sastera Melayu tradisi kebanyakan ceritanya mengenai pahlawan. Pendek kata kalaulah tiada pahlawan, orang Melayu pun tiadalah cerita dan tiadalah sejarah  Melayu yang hendak diceritakan.

Walaupun ilmu pahlawan dan peranan silat dalam tamadun Melayu tidak pernah ditulis, tetapi pahlawan yang mahir bersilat  tercatat dalam sejarah dan kesusasteraan Melayu antaranya seperti Hang Tuah lima saudara, Megat panji Alam, Tun Perak, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Tok Janggut, Dol Said dan lain-lain disanjung sebagai pahlawan negara.

Sebelum silat tenggelam di depan mata oleh arus ilmu seni bela diri dari luar di Malaysia, maka pengamal silat harus bersikap proaktif memperkasakan silat. Jauhkan sikap tunggu dan lihat. Ilmu seni bela diri dari luar negara sentiasa bersikap agresif bagi mengenepikan saingannya untuk mendapatkan tempat di mana sahaja mereka berada. Istemewanya mereka mendapat kerjasama dari orang Melayu untuk membangunkan ilmu seni bela diri mereka di Malaysia.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=c5404315f6502af0a50b0d2f8169d0c65af975a3ca6b6f7025c80dce9a305af2b600b7095706da3e4556c85be1cd4543c93b2c72d6d30d3f3b93986620020e09a1f1e71cd24263700d2ac1a6c6e6bf4bd4188c9f8e4eff88a36f813c55df234537e9a4bc7b5e6de52dcc337e2122a967f0f85c5d3fa180e402d0b820d7e2960ebb34bc72dc45a58123cd2f706812a09b0d4c872f77bda22208895becb4dbe395b1c91833f3d2bbdfce9248d212665cd11b6d67f036b5c11ff64f8c596792e87f2133f5d3af95c1346c6f0c017550f09e700461db7db65a60a771e93b1f539d1eb5c37c8ca6a1b9283fbd5204ebfd02b8ebba96aa341dabca86591e67e175d169be7c23bb017bfa72ed4a1a9edb94e4907bedc2063c3427fb0eabdec4fd85c8e6f04415711144137dcdcb21cf8c52df667a7e197f3f45ab303f025d6888edce1354e4f3358a9c381b7403084ad15f262a2384df2da388595409325a21cf68303d418dc97d2c87bbee7a13847b7998e236cb7c83daf0be307d95c4e4b222b4bf4d4e7ce51156606d7a07f91c7881713bf3e8dd2b0cb347711f59a84fe98d2ad62728e571996be68333a4381227e29d14e9770435f4a41203cf850cefb9b5cc5af63bba58dba0afa8c5446167dd25fb15877955da6967f6b59a2d0239952dd0567a425e112e54d4112e5532[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *