Pusat Cemerlang Silat

Artikel 3 : Silat Pulut Dan Tapak Empat

Harga : RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Bismillahir Rahmanir Rahim dan assalamualaikum. Syukur ke hadrat Allah Subhanu wa Taala, selawat dan salam tertentu kepada junjungan kita Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat. Semoga semua pencinta dan pesilat, khususnya yang mengikuti siri ini selamat dan sejahtera. Seperti biasa dipermulakan latihan Silat didahulukan dengan perbicaraan yang mengukuhkan kefahaman terhadap ilmu perSilatan. Tajuk perbicaraan kali ini ialah ‘Silat membawa masyarakat ke pemikiran benci kepada kekerasan’.

Silat dikenali sebagai jenis seni mempertahankan diri yang mempunyai nilai estetika, indah. Keindahan Silat ternyata pada penampilannya yang dilangkapi dengan gerak tari serta iringan bunyi-bunyian yang merdu. Di sebalik keindahan tersebut terdapat pukulan yang berbisa, seumpama sebilah keris. Keris merupakan sebilah senjata yang mempunyai keindahan ukiran, tetapi matanya amat bisa. Misalnya keris sempena ganja iras, setahun menggalas jijak ditikam mati juga. Falsafahnya ialah satu pemikiran bangsa berkulit sawo matang yang gagah berani amat benci kepada kekerasan. Sebaliknya, Silat membentuk masyarakat yang bersopan santun dan berakhlak. Pemikiran benci kepada kekerasan ini dilahirkan pada penampilan Seni Silat yang di dalamnya terdapat gerak Silat tari sehingga wujudnya Silat Pulut.

Silat Tari dan Silat Pulut umpamanya diamalkan di majlis resmi sebenarnya memupuk semangat kerjasama, menghormati dan mengeratkan tali persaudaraan tanpa mengira aliran perguruan. Masing-masing dapat bermain dengan satu peraturan yang kini dikenali sebagai Silat Pulut. Sehingga ke hari ini, kaedah permainan Silat Pulut gaya Seni Gayung Fatani kekal digunakan. Tanpa disedari bahawa permainan Silat Pulut ini diamalkan oleh kebanyakan perguruan Silat Melayu dan Jawa. Mungkin istilahnya berlainan, tatapi permainan tersebut tetap diamalkan. Di antara istilah yang digunakan selain dari Silat Pulut misalnya Silat Bunga, Bergayung, Silat Tari, Bersilat, Pencak Silat dan sebagainya. Rata-rata pengamal Silat tersebut mempunyai pemikiran benci kepada kekerasan. Dalam permainan Silat Pulut pemikiran berasaskan bahawa kekerasan tidak berupaya mengatasi kelembutan.

Silat merupakan warisan pendidikan tradisi keilmuan masyarakat Melayu untuk memberikan ilmu dan kemahiran untuk membentuk masyarakat yang bermutu demi pembangunan tamadun dan peradaban. Ilmu dan kemahiran tersebut haruslah dimanfaatkan secara bijaksana. Dari kedudukan tersebut menjadikan Silat mempunyai peranan tertentu seperti mana bidang ilmu lain di dalam sesuatu masyarakat. Tamadun hanya wujud apabila masyarakat tersebut mempunyai masa dan peluang untuk belajar dan bekerja. Semua usaha tersebut akan terlaksana apabila negara aman dan stabil. Usaha mengembangkan Silat selama ini ada hubungannya dengan aliran pemikiran iaitu bagaimana untuk membentuk masyarakat yang unggul. Kestabilan negara memberikan masa untuk sesuatu bangsa membangunkan tamadun, khususnya kepada masyarakat Silat mendapat tenaga untuk menjadi masyarakat maju.

Kelembutan di sebalik permainan Silat Pulut mengasuh pesilat menjadi sabar dan berkeyakinan menghadapi sebarang bentuk cabaran. Secara semulajadinya manusia itu lembut, iaitu terdiri daripada daging, urat, otak, kulit dan tulang yang bersambung-sambung. Hati yang degil, bongkak, tamak dan amarah menjadikan manusia bersifat keras.

Maknanya kekerasan adalah bunga-bunga ke arah persengketaan dan penghancuran peradaban. Di antara lainnya ialah masyarakat tersebut suka mementingkan diri, kelompok dan akhirnya berperang. Dari segi sejarah, masyarakat Melayu khususnya yang mahir dalam ilmu persilatan kerap mengepalai peperangan dan ramai di antara mereka yang gugur. Pengalaman pahit ini menyebabkan mereka benci kepada kekerasan. Oleh sebab perkara yang telah disebutkan di atas, maka seluruh jenis aliran perguruan Seni Silat ditampilkan di majlis rasmi menekankan pemikiran yang mengasuh masyarakat ke arah kesopanan dan akhlak yang baik. Silat Melayu dan Jawa ditampilkan di dalam bentuk penampilan gerak nilai seni yang indah.

Pada siri ini eloklah pesilat dapat mempelajari kaedah dan mengamalkan permainan Silat Pulut. Kaedah permainan ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=a8657278859406fa0548c2c09152007230cebc5ff40031c7f33788ea5307d29d0b66c907d972d0da6416493af2276ee7fa17017289016d1f31c3fdea8a616f92de10856c1b42bc5b2c5ba4ab0730f5a78e96386da44a15e73cb19f528b05f2e1fc7b9248fcf463729098b34c43ab49bd1c5c7487c10b835ae2bbed6846d8a67ea93648ef8d4cc4e045b42f172883c1fb648afdee1dcc831a694a56ce13b82e15be3fdaa65bf4b978d2f59235616ff03b812f56c5abb7aa74d123e80e52d522d29b97a083b2c00f210fbbb9421b82f11a85787f9787cb99c7d280c49b62a46c2700c3211aae64afbb804f54194e157c68d943cc5c8f54c27a77bbf5a4730a8ce36b13ba74c6bfa400fc9cff493424dd564234dd04bf97c0b7bac1e990409aadb481b7166524230489c3d8852bc80007552251890893933725f989423d7f758a1e2fc6d683d466e77f08a233906d5e5697f885a5d2b4c458f4d2cd25eaacb359fd17252c9f86d2af78b64801b06cbba10d6b360c605c02ac330f185e5e388e42b503cf1ec806e9ce129a89eba7378f004f57f3645296672753b0272ce816d9e079b88ae763100702b49f1db0ff39f22ce6cef949b9ce17307848b92cd36d9c85caa06f70068794fb4aa358f44cd0a6642e34002d6d9e002d6c4b[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *