Pusat Cemerlang Silat

Artikel 4 : Bila Menggunakan Silat

Harga : RM 1.70

Oleh : Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Bismillahi Rahmani Rahim, Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat. Semoga dicucurkan rahmat dan kesejahteraan kepada sekelian guru, jurulatih, pesilat dan pecinta ruangan ini yang berkekalan dengan selamat di dunia dan akhirat. Tajuk bicara  siri ini ialah ‘Bila Menggunakan  Silat’.

Apa kepandaian pun mesti tahu ketika mana patut digunakan dan ketika mana elok jangan digunakan. Alangkah buruknya apabila sesuatu kepandaian digunakan pada bukan tempatnya. Yang rugi jika tidak menggunakan ilmu yang dipelajari ketika yang sewajarnya. Sekiranya tiga ungkapan yang tersebut dapat digunakan di tempat yang betul bermakna seseorang itu telah mengamalkan rahsia ilmu. Kelak memperolehi berkat. Demikianlah cara orang yang berilmu Silat.

Perkara utama yang harus diingat iaitu supaya menggunakan ilmu di tempat yang betul. Silat umpamanya, memberikan ilmu dan kemahiran dalam seni mempertahankan diri atau beladiri. Maknanya mereka yang memiliki ilmu persilatan dapat mematahkan serangan lawan tanpa mengira jenis amalan mempertahankan diri lawannya. Keistimewaan Silat membuatkan lahirnya pertandingan Silat Olahraga dan Silat Seni. Dalam pertandingan tersebut semua aliran perguruan dapat bertanding dengan satu peraturan. Kesepakatan ini tidak berlaku dalam mana-mana jenis seni mempertahankan diri, walaupun ia datang dari bangsa dan negara yang sama. Ilmu Silat, jika digunakan dengan betul seperti aktiviti pertandingan dapat merapatkan hubungan di antara perguruan.

Silat merupakan ilmu dan kemahiran amat bersifat peribadi. Sifat tersebut tidak membawa  kepada pemikiran yang terbuka dalam membicarakan Silat. Oleh itu berhati-hati agar perhubungan antara perguruan sentiasa jernih. Dalam pada itu, kalau hendak memperkatakan atau mempertunjukkan Silat biarlah kepada mereka yang berminat. Demikian juga dalam usaha mengembangkan Silat, penerimaan masyarakat amat penting. Kalau silap tempat atau terkena kepada yang tidak berminat sebaik manapun Silat tetap ada celanya .

Pesilat mesti tahu membuat perhitungan ketika patut menggunakan Silat. Jangan sekali-kali setelah tahu bersilat pantang disentuh bingkas menangkis, tinggi nada suara dan pandai mencari pasal. Tidak salah memakai resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Ini satu peristiwa, peristiwa yang boleh menjadi pengajaran bahawa Silat diperlukan di mana sahaja, sama ada si desa atau di kota. Kisahnya bermula dari akibat kesibukan kota membuatkan pemandu cepat marah dan dendam membara. Pertengkaran berlaku. Masing-masing bertegang mereh dan menunjukkan lengan. ‘Kalau berani besok tunggu’, jerkah pemandu yang terkial-kial tidak dapat keluar untuk menghantarkan penangannya akibat keretanya tersepit…

‘Apa, ingat takut ka!’, balasnya sambil ketawa melihatkan pemandu tersebut marah, benar-benar marah.

Peristiwa berlalu dibawa arus perarakan dan meninggalkan peristiwa tidak tercatat. Lupa. Macam kancil lupakan jerat. ‘ Tak balas , tak jadi. Dendam, kalau boleh biar dia tahu siapa aku. ‘Nasib kau baik aku tidak dapat keluar, besok dia baru tahu’.

‘Mana dia berani, polis ‘ada’, meyakinkan diri. Isteri cemas kerana peristiwa tersebut memeranjatkannya. Memang demikian gelagat pemandu kota. Awal lagi dia telah sampai untuk menjemput isterinya seperti biasa. Sambil mengunci pintu, matanya menjengah-jengah menyelinap dalam pusu-pusu kota. Terkejut. Dia datang lagi.

‘Hei…. Ingat samseng ka’ jerkah. Satu tendangan padu hinggap pada pinggang. Dia mengumpulkan segala tenaga. Anggotanya terasa terpisah dari tenaga. Walaupun tindakan undang-undang telah terlaksana dengan adil. Tetapi kini dia kehilangan sebiji buah pingang.

Peristiwa di atas tadi menjadi perhitungan. Anggota yang dikurniakan oleh Allah seharusnya dapat digunakan dengan sempurna. Bagi yang ada ilmu tidak seharusnya menggunakan ilmu seni mempertahankan diri untuk mencederakan yang  mengakibatkan penyiksaan pada manusia sepanjang hayat. Zalim namanya. Kezaliman dan penginayaan perlu dikawal. Untuk mengatasi dan menundukkan kezaliman memerlukan ilmu dan kekuatan yang maksima. Itulah di antara sebab mengapa ramai pendekar tidak bersedia menurunkan ilmunya sewenang-wenangnya. Oleh itu, penurunan ilmu persilatan mestilah disertakan dengan pembentukan nilai akhlak dan iman. Tanpa nilai akhlak ditakuti ilmu pesilat digunakan ke jalan yang salah.

Kalau sudah terjadi seperti di atas, janganlah hendak belajar bersilat. Mencari makanpun belum tentu. Sebaliknya, bukanlah bermakna apabila sudah belajar bersilat, boleh buat lebih kurang. Takbur namanya. Tetapi dayus jangan sekali. Di Malaysia ini tidak kurang dengan guru Silat, di mana-mana ceruk kampong ada. Mereka tentu gembira kalau dapat  memberikan setapak dua langkah dan petua kepada anak cucu. Tuntulah. Setiap bangsa ada ilmu mempertahankan dirinya sendiri. Bagi bangsa Melayu, Silat namanya. Mempelajari Silat ada hubungan dengan membela atau mempertahankan diri sekiranya bergaduh atau bertarung. Secara mudah tujuannya supaya dapat melemahkan lawan, diri tidak binasa dan bentuk keyakinan diri. Beringat. Air di tasik tidak selamanya jernih. Setiap individu mestilah sentiasa mempersiapkan diri. Jangan dah terhantuk baru mengadah.

Aktiviti pertandingan membolehkan pesilat menguji kemahiran. Bersilatlah. Bagi mereka yang berminat dan boleh bersukan eloklah menyertai pertandingan Silat Olahraga. Manakala mereka yang berjiwa seni bolehlah mempamerkan keupayaannya dalam Silat Seni. Inilah masa yang sebaik-baiknya untuk bersilat. Kalau tidak digunakan, membazir sahaja mempelajari Silat. Kecuali kalau ada pantang larangnya. Umpamanya Ketulahan kalau masuk pertandingan Silat, Silatnya tidak boleh dipertandingkan kerana bahaya dan kalau bertanding tetapi jangan gunakan Silat. Itulah sebabnya mengapa setiap pertandingan Silat Olahraga jarang kelihatan orang bersilat. Mungkin juga kerana Silat itu ilmu kampungan, tidak canggih. Jadi kalau tahupun pesilat malu menggunakannya.

Tentu peminat silat hari ini pun sedar bahawa terdapat kebanyakkan jenis seni mempertahankan diri luar yang berkembang di Malaysia umpamanya, mengalami beberapa perubahan yang kian menghampiri kaedah Silat. Dan ada yang sanggup menamakan aliran seni mempertahankan dirinya dengan awalan ‘Silat’. Soalnya mengapa mereka sanggup berbuat demikian? Adakah mengambil teknik dan taktik Silat menarik minat masyarakat Melayu? Adakah seni mempertahankan diri merupakan ilmu sentiasa berkembang dan usaha memperkayakan serta kolektif  elak digunakan?

Pesilat yang mempelajari Seni Gayung Fatani diperturunkan kaedah  secara pengkhususan dalam ilmu dan kehadiran aliran perguruan. Seluruh kaedah dari seni, beladiri, olahraganya yang kukuh ini membolehkan ilmu persilatan aliran perguruan ini sesuai untuk mengukuhkan masa depannya.

Kini aliran perguruan Silat dari jenis tradisi, yakni diamalkan secara berakar umbi dalam masyarakat semakin tidak popular. Seni Gayung Fatani adalah di antara jenis tersebut yang masih dapat bertahan dan memperlihatkan kewibawaannya. Oleh itu masyarakat kini khususnya pesilat wajar meneroka sebanyak mungkin terhadap aliran perguruan ini dan berusaha membangunkannya. Kesinambungan tradisi warisan adalah di tangan anda. Kini aliran Seni Gayung Fatani dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dunia persilatan Melayu dengan menghasilkan buku Silat Olahraga, Buku Teknik Silat Melayu (penulis, diterbitkan Dewan Bahasa Dan Pustaka). Tujuan utama penulis ialah  untuk meningkatkan prestasi para pertandingan

Silat Seni dan Silat Olahraga. Tambahan bacaan ini membolehkan pesilat menambah dan meneroka kaedah-kaedah tradisi yang lebih berkesan. Itulah yang terdaya.

Kejuaraan Silat Sedunia. ’92 di  Jakarta memberi pengajaran yang luar biasa. Dalam pertandingan Silat Olahraga umpamanya, peserta yang memakai tiket Silat enggan menggunakan Silat. Jangan salahkan peraturan pertandingan atau wasit juri dan bukan juga kesalahan aIiran perguruan tidak mengajar Silat. Yang salah pesilat kita sudab hilang Silatnya. Tidak hairanlah kalau peserta kita gugur. Seperti kata di atas tadi belajar Silat kerana mempertahankan diri, tetapi kalau sudah bertarung atau bertempur di gelanggang tidak bersilat. Rugilah. Rugi kerana tidak dapat menggunakan ilmu di tempat yang sewajarnya digunakan.

Pesilat sendirilah yang memusnahkan nilai Silat dalam Silat Olahraga. Mereka yang di gelangganglah yang sepatutnya akan mengembalikan maruah Silat. Walaupun ada aktiviti Silat diwujudkan, sekiranya pengamal Silat sendiri enggan bersilat, tinggallah harapan. Silat ada pada namanya sahaja.

Program Bersama dengan Seni Gayung Fatani membantu segala yang terdaya. Kerana di sebalik program ini terdapat pemikiran bahawa tidak terdapat mana-mana jenis seni mempertahankan diri luar yang sanggup membangunkan dan mengembangkan seni dan budaya Melayu selain daripada Silat. Silat adalah hak warisan kita, janganlah sekali-kali kita menjadi petualangnya. Dan kita bukan ‘gunting dalam lipatan’. Setiap individu dan aIiran perguruan ada istimewanya yang bermanfaat bagi pembangunan warisan bangsa ke arah yang sebenar bagi erti sebuah negara.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=abafa3728f9e00fe0f02d585d8744babce32d4652a220278e8f91f0da89ce61a29472133814da88b741da10b36ef5f660ca2e12f80e13080a3ef07490d71b8a7e7a6fd5489e9b58d771fe0fa2d8dd460a5603227af0017903e5fbb364743f8caf57cba3255c75362fe82cd3661a163b015d77efe99c18950e959e799dcd0ac6a4524c4e9860740899202cf505c98ff224ed02bffa4e6bb61fdf8cd6639a235d4cfd01468d7b37474b5a26e42686ea41c51f4240215bba644dab87fb307bf2ac09de5a86dc927bf4a4f0708732853c1465d0f6fba5598d60aa6f7aaa210a658bdfd0e0c2edc8169f456a96753137bf46ffa9ac819cf51a2e4b3e234ae9577e1588eaaef9defe0a0f8070426549968667a6b91ef3d871416efa3ac1b2f8e1a8a2f8817a6e04aa0f341aef0755f64d7f7caa15b5369d7bc7cb6bb28327048fbe1fc3446aaaf246d603a30111933ccbcbf226089de6ceb7502b8399a67564491d38f8fd8b913838c8702d9cf229d67cef4789e903bb58f657fbec080ee87185e2eaf9ee936d80ec15e54f7f5c49ff9c25d3e58fcd3edb7d19be42b2bc71e58fff7217a830a2879257bbd2dd63f821c6f5e9fcf7968a4f8ee1fb5049aff544a5e62325d3cdc32b8f1b01d8e8033968fe42a657a0c9ddef140a952fe46d04701c49a2801af032801aee0[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *