Pusat Cemerlang Silat

Artikel 5 : Kaedah Galah Panjang Dan Berpasangan

Harga : RM 1.70

Oleh : Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Bismillahi rahmani’Rahim. Segala pujian tertentu bagi Allah yang Maha Esa

dan tiada sekutu bagiNya. Selawat dan salam kepada nabi Muhammad serta keluarga dan para sahabat. Semoga dicucurkan rahmat dan kesejahteraan kepada sekalian ulamak, guru-guru silat, jurulatih dan pencinta ruangan ini yang berkekalan dengan selamatdunia dan akhirat. Bicara siri ini ialah mengenai ‘Fatani’ iaitu nama aliran perguruan ini.

Seni mempertahankan diri Melayu tradisi ialah Silat. Kini lebih dikenali dengan nama Seni Silat, Seni Gayung atau Seni Pencak Silat, tetapi umumnya perkataan ‘Silat’ lebih terkenal. Disebabkan perkembangan Silat secara diajarkan oleh seseorang pendekar, maka timbuIkan nama-nama pengenalan khusus pada aliran Silat seperti Seni Gayung Fatani, Senl Pencak Cimande, Seni Silat Tua, Seni Silat Sukmo Rogo dan sebagainya. Nama ‘Cimande’ adalah berasal dari daerah Sungai Cimande, ‘Silat Tua’ kerana aliran tersebut menunjukkan keaslian yang berasal-usul dari ketua iaitu Penghulu yang bergelar Bagindo Maharajo yang Tuo di Tanah Pagar Ruyung. ‘Sukmo Rago’ dari perkataan lain ‘Sukma raga’ iaitu bermaksud Jiwa atau rohani dan Badan atau Jasmani. Maknanya setiap nama atau gelaran bagi aliran perguruan itu mempunyai makna khusus. Manakala ‘Fatani’ bermakna bijaksana atau kecerdikan.

Nama sesuatu yang penting, umumnya nama diberikan kemudian daripada kewujudan benda. Oleh itu nama aliran perguruan Silat umpamanya ada hubungannya dengan falsafah konsep atau rnatlamat perjuangan perguruan. Sebelum nama Seni Gayung Fatani didaftarkan berbagai nama atau sebutan diberikan seperti Gayung Pulut, Silat Pulut, Bergayung, Silat Petani, Silat Tari, Tari Pulut, Gayung Petani dan sebagainya.

Fatani adalah bermakna bijaksana atau kecerdikan. Iaitu salah satu daripada

sifat kenabian iaitu Fathonah. Persetujuan terhadap nama tersebut oleh para guru dan ahli perguruan  berdasarkan hikmah di sebaliknya. Mereka sependapat bahawa pilihan nama sebaik-baiknya biarlah membawa makna yang baik dan bersesuaian. Memandangkan aliran perguruan ini warisan Melayu dan Islam, maka perkataan ‘Fatani’ merupakan perkataan yang sesuai. Seni merujuk kepada budaya, Gayung ialah seni mempertahankan diri Melayu tradisi dan Fatani menunjukkan ciri Islam iaitu satu sifat yang mulia yang patut dijadikan teladan yang melambangkan Islam, iman dan ihsan. Kepada perguruan, Islam dapat memberikan kekuatan kepada jasmani dan rohani yang penting kepada seseorang pendekar. Islam dapat mengikis kelemahan manusia dan mengenalkan Yang Maha Perkasa dan pertolonganNyalah (Allah) yang sebenar-benar pertolongan.

Kebijaksanaan tidak akan diperolehi tanpa menuntut ilmu atau belajar sama ada secara formal atau tidak formal. Pengalaman sahaja tidak mencukupi. Soalnya, adakah sama pengalaman yang lalu oleh orang tidak berilmu dengan pengalaman yang dilalui oleh orang yang berilmu. Begitulah dengan ilmu dan kemahiran bersilat perlu berguru. Kebijaksanaan menunjukkan keupayaan berfikir di peringkat tinggi atau berakal. Walaupun tidak semudah yang disangkakan untuk memperolehi kebijaksanaan, tetapi setiap orang mempunnyai akal yang sempurna untuk berfIkir bagi menimba ilmu dan amal.

Akal adalah satu fitrah manusia. Mohd. Sulaiman Hj. Yassin (penghantar falsafah Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, halaman 49), mendefinisikan akal adalah salah satu tabiat semulajadi manusia, yang merupakan salah satu gejala daripada hakikat kemanusiaan. Tidak sesiapa menafikan wujudnya gejala ini dalam kehidupan manusia melainkan mereka yang terkeluar dari golongan manusia. Gejala ini menunjukkan wujudnya sesuatu alat di dalam anggota manusia yang dapat melahirkan tugas untuk berfikir atau berakal. Seperti juga anggota yang lain yang terdapat dalam diri manusia. Sehingga kini belum diketahui rahsia hakikat sebenar tentang akal. Secara ringkas, sejauh mana yang diketahui bahawa akal dan fikiran berpunca dari otak manusia. Maka tidak hairanlah akal menghadapi gejala kelemahan, cedera dan kelusuhan seperti mana-mana makhluk atau bahagian anggota lain di dalam tubuh manusia.

Untuk menjaga otak sentiasa sihat, seseorang mestilah menjaga kesegaran jasmani dan rohaninya. Mengamalkan Silat merupakan satu daripada cara untuk menjaga kesegaran jasmani dan rohani. Oleh itu setiap pesilat mestilah menjauhkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan akal yang memberi kesan buruk kepada diri zahir batin seperti dadah, mabuk, zina, menipu, mencuri, mengancam, rasuah, berjudi atau seumpamanya. Kerana setiap perbuatan dan tabiat buruk tersebut mempunyai implikasi negatif terhadap kesegaran mental dan fizikal. Gejala ini bukan sahaja boleh mendatangkan kemusnahan pada diri dan masyarakat, tetapi boleh meruntuhkan negara dan tamadun negara.

Allah menjadikan manusia istimewa lantaran disertakanNya Akal. Semua malaikat sujud kepada Adam kecuali Iblis. Peristiwa itu jelas dalam Al-Quran bahawa Allah mengajarkan Adam nama segalanya (Al-Baqarah, 31). Sesungguhnya Allah membekalkan manusia akal untuk menerima ilmu dan amanah beragama. Agama untuk orang yang berakal.  Malah malaikat sendiri menyatakan kepada Allah, Maha suci Allah kami tidak mengetahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Allah yang Maha Tahu dan bijaksana (Al-Baqarah, 32). Ayat tersebut menyedarkan bahawa akal dan ilmu, manusia diangkat sebagai khalifah Allah di bumi ini.  Dengan akal  menjadikan manusia digeruni oleh sekalian makhluk di alam ini. Secara contoh, di atas muka bumi ini terdapat berbagai makhluk terdiri daripada jin, binatang dan sebagainya. Setiap binatang umpamanya masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri di mana harimau tidak takut kepada gajah, tikus tidak takut gajah atau singa tidak takut pada harimau. Tetapi semua makhluk tersebut sangat gerun dan takut pada manusia, sedangkan manusia tidak mempunyai taring dan kuku yang tajam, tidak segagah gajah atau sepantas harimau. Kenapa, tidak lain jawabnya ialah kerana semua makhluk yang dijadikan Allah ini mengetahui bahawa manusia mempunyai akal. Sedangkan mereka tahu bahawa golongan mereka tidak mempunyai akal. Lalu mereka lari bertempiaran kerana dengan akal yang dimiliki oleh manusia itu tidak ada makhluk yang lain dapat mengatasinya. Mereka menentang manusia ialah kerana terpaksa atau kesilapan manusia apabila tidak menggunakan akalnya.

Dalam Seni Gayung Fatani tidak terdapat bentuk gerakan binatang atau mana-mana makhluk kerana sedia diketahui bahawa kekuatan makhluk tersebut bergantung kepada naluri fitrahnya. Seperkara lagi dalam mendidik pesilat, perguruan harus menyedari bahawa kesilapan didikan akan meninggalkan kesan yang amat buruk. Misalnya mengajar gerak-gerak binatang dalam amalan akan meninggalkan kesan kepada psikologi pengamalnya, sekadar tiru untuk gerak lakun secara sedar dengan tujuan memperkembangkan daya kretif kanak-kanak ada wajarnya. Apa yang dikhuatiri ialah kesan tabiat makhluk atau binatang tersebut akan mempengaruhi jiwa, khususnya kepada kanak-kanak yang sedang melalui proses perkembangan intelek, emosi , jasmani dan rohani. Mungkin terhasil kuat dan pantas seperti monyet, sakti seperti dewa, hikmat seperti wali dan keramat. Tetapi apakah kita mahu seandainya di sebalik kehebatan itu tersirat tabiat yang buruk.

Fantasi dan rekaan ini amat besar implikasinya terhadap bangsa pewaris silat ke arah kecemerlangan masa depan baik untuk dunia atau akhirat. Sebaik-baiknya ialah kembali kepada mengenali diri sebagai insan hamba Allah bukan insan makhluk Allah. Sedangkan sekalian makhluk seperti binatang umpamanya tidak terlintas untuk meniru manusia, sebaliknya manusia yang meniru mereka. Di dunia ini memang terdapat golongan manusia yang sanggup menyembah binatang dan makhluk-makhluk tersebut akibat akal tidak mendapat petunjuk yang sebenar.

Perkataan ‘Fatani’ mengarahkan pesilat menyedari hal akal dan kebijaksanaan. Semoga dengan kesedaran tersebut akan membuka hati untuk berfikir tentang rahsia ilmu. Pepatah lama ada menggatakan bahawa ‘ada beras kerja semua deras, ada duit baru boleh menggeruit (bergerak)’. Maknanya untuk maju dan berjaya di dalam kehidupan memerlukan alat yang sesuai dengan masa dan keadaan. Setiap zaman mempunyai nilai tersendiri untuk menjadi orang yang berjaya. Zaman kini umpamanya, untuk berjaya seseorang itu mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup terutamanya dalam merebut peluang ekonomi dan kestabilan sosial. Setidak-tidaknya, silat dapat dimanfaatkan untuk membentuk karektor atau watak generasi pewaris silat yang mempunyai ketahanan, kegigihan, kesungguhan, keyakinan dan kecekapan untuk menjadi bangsa yang termaju. Semoga nama ‘Fatani’ mendatangkan hikmah  dan kemuliaan  kepada ahli­-ahli perguruan ini.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=afffa06202f5efa4c41a607f1357ea02fcd8188f94c8435f323031f2e571397960f62d5553c761497ca5baf1540166ee40ed56576f905665b35c7feae82614beed974ae3a87e0a2a33b8c6b42f6293cf4f0be7188ec940a2fd62a0bbd3206f6e5fd3e164f28f7fc219595374827037e40f0ac839e89415f5107193c42f5fa71e8ae324f3ebc19fe878fd6a40a75c3cdc2a58000c4314a91799c557dce56a43f04e0b3a0135bcab8a81fbe93d0cd5777137e09935013d9e47d86f1ddc3ac6ac4437c70e8df8c57c1ebef2cf8e2989c0d9aec289eb2498d9cecd3c8e6389662a28e3a04bb58ffdf1023817c7b99aeb792dd64bc28976ad188f6eaee93c43426ec4963ac6abef43ae2b59847d0588b5cc54bed3b4d1a978d1c87657b490382190459e898a673c4c496524e3085ace38220b580f33c7e78a61a394a20f7b67a66f0c9e588bfc443bd230e75c321e0b4e52ddb6d730ca5c3f17452b424ccc5e97a3f13620a486226ab6313b2ad0b348ba0397fa98d1a8da6eeacb75dc91320201ba3f8216a8df2d60ce0f80d096d3209e138a729c7f8311ddbf48a47b10792b8ae558231e31b99ef8333a8ca418d2f7a781a632357d0e64ea4f18c127b0bfc346f64aaf6f951bb0a40b04254c10a210fcc0dd0c796d5891fc00288990fb357a65138280ee5fb64de159d007a1a6f2df9ba950df9ba8a0[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *