Pusat Cemerlang Silat

Artikel 6 : Sambut Dalam Seni

Harga : RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Segala pujian bagi Allah, Tuhan yang mengisikan hati para hambaNya dengan kasih sayang mengistimewakan jiwa kekal menilik kebesarannya. Selawat dan salam atas Nabi Muhammad sumber dari semua ilmu dan rahsia makrifat, semoga Allah redha pada seluruh keluarga dan sekalian sahabatnya. Semoga dilimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada sekalian pencinta ruangan ini, khas sekalian guru, jurulatih dan ahli perguruan Seni Gayung Fatani. Amin. Bicara siri ini ialah mengenai ‘ Seni Gayung Fatani warisan bangsa Melayu’.

Rahsia kejayaan  Seni Gayung Fatani  dalam bidang seni dan olahraga sebenarnya terletak pada kekukuhan pengalaman ilmu persilatannya yang sememangnya berakar umbi dalam masyarakat Melayu, pewaris Silat. Soal memenuhi nilai tradisi Seni Silat Melayu, aliran perguruan Seni Gayung Fatani merupakan satu-satu aliran perguruan Semenanjung yang dapat dipertanggungjawabkan sebagai lambing warisan yang unggul. Bermakna, Seni Gayung Fatani sebenar-benarnya aliran perguruan warisan masyarakat Melayu. Pertubuhan ini berusaha sebagai pembangun dan penggalak kepada masyarakat kini agar silat jenis aliran persilatan ini mendapat tempat yang sewajarnya, khusus untuk kesinambungan keaslian persilatan Melayu dan warisan masa akan datang. Inilah Amanah.

Bagi masyarakat Melayu makna Silat telah lama dimengerti. Pengertian yang mendalam inilah yang menyebabkan masyarakat kini menerima Seni Gayung Fatani sebagai aliran perguruan yang memenuhi cirri tradisi persilatan Melayu. Masyarakat kini sedia menyedari bahawa di sebalik perkembangan dunia persilatan Melayu masih terdapat para pendekar yang arif tentang yang mana silat dan bukan silat. Walaupun golongan tersebut sudah tidak ramai dan kebanyakkannya tidak mempunyai pertubuhan dan persatuan, tetapi dari segi ilmu persilatan mereka amatlah arif. Setidak-tidaknya, mereka tahu asal-usul setengah-setengah persilatan yang berkembang hari ini. Mereka golongan Tua Silat. Para pengkaji Seni Silat sebenarnya telah memberikan garis nilai dan cirri Seni Silat Melayu sebagai jenis seni mempertahankan diri yang ungggul. Cirri-ciri dan nilai keunggulan tersebut wajar dikekalkan. Dari kesedaran inilah aliran Seni Gayung Fatani mengekalkan cirri tradisi amalan Silat Melayu.

Seluruh aliran perguruan Penchak Silat Melayu dan Jawa memang ada persamaan dan perbezaan, tetapi pokoknya Penchak Silat mempunyai Seni, beladiri dan kerohanian. Dari aspek seni terdapat penggunaan tabuhan gendang bersilat, kembangan atau lela sembah, permainan penchak atau bersilat (Silat Pulut) dan keaslian penampilan teknik dan taktik. Aspek beladiri menekankan kaedah tanpa dan dengan senjata dari jenis tradisi Melayu. Aspek kerohanian amat bergantung kepada kepercayaan masyarakat.

Tetapi di Malaysia, Islamlah pegangan akidahnya. Keistimewaan silat dalam dunia perkembangan ilmu seni mempertahankan diri ialah kerana Seni. Tanpa ciri-ciri Seni, Silat tersebut samalah seperti seni beladiri lain. Oleh itu pesilat yang mengikuti latihan Silat dari sini harus memahami mengapa penurunan amalan ilmu pesilat Seni Gayung Fatani ini sedemikian rupa.

Di Malaysia, terdapat aliran perguruan yang mempunyai beberapa aspek kesamaan dengan aliran perguruan Seni Gayung Fatani. Kesamaan ini adalah hasil perkembangan persejarahan persilatan Melayu itu sendiri. Secara dasarnya masih terdapat konsep dan falsafah budaya Melayu. Kesamaan ini sepatutnya dapat dijadikan satu pendekatan yang membanggakan. Sebenarnya yang menjadi kebanggaan aliran perguruan Seni Gayung Fatani ialah berupaya meletakkan jenis aliran persilatan berciri tradisi seperti yang tersebut di atas tadi seiring dengan mana-mana jenis seni mempertahankan diri seni beladiri dunia ini.

Seni Gayung Fatani adalah warisan bangsa Melayu. Kini dapat diumpamakan seperti ‘sirih pulang kegagangnya’. Bukanlah bererti program bersama Seni Gayung Fatani bertujuan untuk populariti semata-mata. Yang penting masyarakat pewaris Silat dapat berbangga tentang keupayaan jenis aliran perguruan seperti ini berupaya mengatasi cabaran dari sebarang kayu ukur. Setiap ahli dapat dipertanggungjawabkan mengikut kemampuan masing-masing untuk bersama-sama membangunkan aliran perguruan tradisi, khususnya Seni Gayung Fatani. Pencinta ilmu  Melayu telah menyaksikan keupayaan perguruan ini merangkul pingat emas, baik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Segala usaha dilakukan untuk membuktikan keunggulan ilmu persilatan ini, kini giliran ANDA sebagai pewaris baru  melanjutkan usaha tersebut. Anda telah diwariskan dengan seni silat yang terbaik di sepanjang zamanm dan kini anda telah mempunyai pertubuhan yang mencipta nama di setiap bidang. Anda tidak perlu bersusah payah memikirkan jenis aliran yang terbaik untuk anda dan tidak perlu mencipta sesuatu yang baru untuk di ketengahkan. Pertubuhan Seni Gayung Fatani adalah hak anda. Penulis sebagai Guru Utama perguruan ini hanya menerima tiga patah perkataan dari Guru Tua, Tuan Haji Ramli Syeikh Abd. Rahman iaitu “ Anuar mu, buatlah Molek-molek”. Tiga perkataan sakti inilah punca kewujudan pertubuhan aliran ini. Kalau anda ada masa kelapangan renunglah hubungan jiwa dan kesetiaan berguru.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=e8bb4108ffa16eddf9b5cb39146a81a66d9ddacb9839b50750009507e250ac50630eb2b1cb67edc73ef3eb12014b382a01cb8700f3e70fdb86621ff0e9274bc05844ef3dd3608d53bd55ac706b840e2ae8cba82ee40255db7ce1d8d2c4c1b2a1bddbd20ebcbc3cc6d0d8b30c03eb014c1cbc28d16e37534fe3cb785ab1bfc5adc509b5e5143070e251e46e9769300fb524c4bdae5e8cf35a216b494819560fc5a97afe6e5ee79d13feaf949193337e1da571e07ff40d4fb00eb2868e12956292dbd7e0c373804f616ffbe9025847ba3fd82ead5891575e517bd5f0df204ea54112f3021fc5a1c56fd2b5389634553cd085038c1ccf14824a37ba35e5b34acca32b53bb34e6ffe440bcdc8f0f64648d161d748d44cfdb80f7bb41a9d000d9edf4c1f75a20008310d6f37ede3767fbea2fb06a761d9f2147b381896ab36426f6f670e8819f1953cb03c07d29a4fbd2ca8ce7f41516be5950188eac8a29041c63c95af2345cc60ead43fd8a7835bb5de5f5c3da75d310cd0fd625e590f0e7fc4a29902482d505e93678c0d0fe322b8afbe57bf1633fe4f33223a186676841fe4d83e51c4942331a9113cdf8ae9d51e48745c24845a99588591038005c14d887e17a5cef8f3046d794ba86e318b40cd00526cfb45446977d544696ab[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *