Pusat Cemerlang Silat

Artikel 7 : Gerakan Akhir Bunga Sembah

Harga: RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Pesta Silat sempena Perayaan Hari Wilayah Persekutuan 1993 memberi peluang kepada Biro Silat Seni PESAKA menampilkan persembahan penuh kegemilangan. Sekalong bunga patut disampaikan kepada jawatankuasanya, terutama YB. Dato’ Haji Abdul Rahman Sulaiman selaku pengerusi. Pesta Silat yang berlangsung pada 1hb. dan 2hb. Mei 1993, menampilkan acara Pentomen, Senam Silat dan Pesta Muzik Silat. Tiga acara ini merupakan aktiviti yang julung-julung kali diadakan. Acara tersebut menunjukkan kekayaan ilmu persilatan.

Acara pentomen ditampilkan oleh 4 anggota pendiri Pesaka iaitu Seni Gayung Fatani, Lincah, Cekak dan Gayung. Pertubuhan Seni Gayung Fatani menampilkan, pentomen bertemakan ‘Silat pelengkap majlis perkahwinan Melayu, diarahkan oleh En Firdaus dan En Fahmi dengan barisan pelakon seramai seratus orang. Gandingan pengarah perguruan ini tenyata hebat kerana dalam masa yang begitu singkat dapat menampilkan pentomen yang merangkumkan Silat, tari, drama, kompang, adat-istiadat, jenaka dan realiti kehidupan masyarakat.

Pentomen ini menjelaskan bahawa Silat merupakan satu pengamalan budaya tradisi yang dapat dimanfaatkan kepada kehidupan. Silat bukan semata-mata ilmu berkelahi.

Silat harus ditampilkan dari berbagai-bagai sudut sesuai dengan peranannya dalam budaya Melayu. Perguruan Silat seperti Seni Gayung Fatani ini wajar diberikan perhatian oleh pihak-pihak atau badan budaya terutaman kementerian berkenaan supaya perguruan ini terus memberikan sumbangan pementasan negara.

Keupayaan mereka ternyata setanding dengan persembahan badan-badan budaya selama ini. Persembahan pentomen Pesta Silat berjaya mencungkil keupayaan perguruan Silat menampilkan persembahan yang bermutu.

Pada 2hb Mei 1993 biro Silat Seni menampilkan senam Silat yang diusahakan oleh jurulatih dari 4 anggota pendiri Pesaka. Inilah julung-julung kalinya Senam Silat ditampilkan di khalayak ramai, khususnya di Dataran Merdeka. Malangnya masyarakat Malaysia tidak berkesempatan untuk bersama-sama bersenam Silat pada pagi Ahad tersebut kerana pihak Televisyen Malaysia baik RTM atau TV 3 seperti biasa tidak berminat untuk menampilkan acara tersebut. Maklumlah Silat ini kampungan. Seluruh peserta senam Silat Olahraga ke Sukan SEA dan peminat senaman di Dataran Merdeka berasa besar hati dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato’ Muhammmad b. Hj. Muhd Taib dan Dato’  Abd. Rahman Suliman . Mereka di antara barisan pemimpin kini yang berjiwa Silat.

Selepas acara Senam Silat, acara Pesta Muzik Silat dijalankan. Pesta Muzik Silat yang pertama diadakan ini adalah berhasrat untuk meningkatkan perkembangan muzik Silat, iaitu mengadakan aktiviti Pertandingan Muzik Silat. Pesta pertama ini dihadiri oleh beberapa orang pakar cendiakawan muzik Melayu tradisi iaitu Dr Ariff (Universiti Malaya), Hj Inon Shaharuddin (Jabatan Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia), En. Mazlan (Universiti Kebangsaan Malaysia, Tn Hj. Anuar Abdul Wahab (penulis) dan Tn. Hj. Yahya.

Adalah menjadi hasrat Biro Seni untuk mewujudkan Pertandingan Muzik Kebangsaan. Dr Ariff selaku ketua pelaksana ditugaskan untuk melengkapkan Peraturan Pertandingan tersebut. Sama-samalah kita berdoa semoga mereka yang ditugaskan untuk melengkapkan Peraturan Pertandingan tersebut sentiasa sejahtera dilimpahkan  kebijaksanaan  demi pembangunan Silat.

Muzik Silat merupakan pelengkap untuk  menampilkan  gerak  seni  yang terdapat dalam  Silat. Sebagai contoh, dalam  pentomen  tersebut pasukan  muzik  Silat dari Perguruan Seni Gayung Fatani  teIah dapat mengiring persembahan  pentomen serta  tarian  dengan berjaya. Seperti biasa perguruan ini membawakan  sesuatu yang menarik dan  berupaya  menghidangkan persembahan yang memenuhi  citarasa masyarakatnya. Mereka dapat mempelbagaikan kegunaan Silat dalam  kehidupan, Silat tidak semata-mata untuk bergaduh atau seumpamanya. Muzik Silat boleh dipelbagaikan untuk memperlihatkan identiti masyarakat Silat yang sentiasa berfikiran terbuka.

Pertandingan Muzik Silat yang nanti akan dilaksanakan nanti secara langsung akan meningkatkan mutu dan memperlengkapkan kesempurnaan setiap aspek muzik Melayu. Hasrat murni pihak berkenaan haruslah disokong sepenuhnya.  Di hari tersebut  segalanya terjawab  iaitu Silat  merupakan  seni  bangsa  yang  amat  tinggi  mutunya.  Silat  seharusnya  telah  dijadikan  seni  mempertahankan  rasmi  Malaysia. Walau  dalam  apa  bentuknya,  Silat  mestilah  dikembangkan  di  segenap  lapisan  masyarakat  tanpa mengira kepercayaan, keturunan, politik dan kepercayaan. Masyarakat Malaysia  mestilah berbangga dengan seni mempertahankan dirinya sendiri, iaitu Silat. Malaysia tidak selamanya harus bergantung kepada seni mempertahankan diri dari luar, kita mesti berdikari dan berbangga dengan keupayaan sendiri.  Apa yang ditampilkan di Dataran Merdeka boleh dijadikan asas usaha ke arah mana yang harus dituju oleh seni Silat Melayu. Khasnya Silat menjadi seni mempertahankan diri Malaysia.

Berbalik kepada soal muzik Silat, wajarlah setiap perguruan Seni Silat yang mempunyai pasukan muzik Silat mempertingkatkan mutu permainan. Dengan mutu persembahan , nilai muzik dan ciri-ciri tradisi tersebut dapatlah pertandingan Muzik Silat dijalankan dengan lebih meriah lagi. Kini seluruh negeri yang menganggotai PESAKA telah pun mempunyai pasukan muzik Silat walaupun pada penampilan permulaan ini terdapat beberapa keIemahan, tetapi ianya merupakan satu permulaan yang baik. Seni Silat tidak dapat dipisahkan dengan muzik Silat.

Persembahan pasukan muzik silat dari Pesaka Negeri dan Pertubuhan Seni Gayung Fatani dari anggota Pendiri PESAKA menunjukkan kesungguhan. Setiap pasukan memberikan persembahan yang sangat mengkagumkan kerana persembahan telah dirancang dengan sebaik-baiknya demi keharuman perSilatan.

Dalam kata lain dalam apa bentuk muzik tradisi Melayu dapat mengiringi seni Silat. Malangnya kesan bunyi dan keindahan iramanya tergugat kerana persembahan tersebut dilakukan di kawasan lapangan yang disinari oleh matahari terik.

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani, Anggota pendiri dan PESAKA negeri

mengucapkan terima kasih kepada setiap pihak yang terlibat menjayakan Pesta Silat, terutama kepada Wilayah Persekutuan, PESAKA dan penonton yang memberi sokongan moral terhadap persembahan kami.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=e5529434d4525eabf8ed074e0f2a78c20a91d79eebc372c478445fa91054d0c148255212773153d08d44e85207e12ea399928231925c3e1c7300bb31c5200c299fc3e97dc727a5ec99f602ab02bc95073f920dff3906fb3162bb09949486662a4e7ba95c5ca4c417b787215e2661b2595c9a6fbfa247a6ec2f6b489273a2f1d9ea85d3f754930c3d361a4d8274a534949b37f18c6edabe2b322770ee8b81bc11ec576d58cf6dd1a6ef859c76a0a38561d443544b544a4ba695f52694fc88a342d1d52201a51978a498bc94879651ddc2f357e5771c7db69891d777cc5e7e0b8a7c33f84c53db0763f6ca3efa5fe016fb86033733c96e57e145e0b950fdec3dfc0f37b8a1fcdff85b86793499b4daf389cfe0241c0e04d95e431e95dfd7a5e8c8d86d6c75d092de1e71d49842a75303ddc7f5c2f45ca1b1c82c9d54375f42acb33a00f10a64898e8c3234f0816aba34b0e0555573655472e3832ea08c4be1b05b213d155cba34da138f14f1fd6f9d6011195a2775eea8c8cfb8b3cce19d72960d7059d686c0e576d012de1c5524da93f5c4bf412a93278ede69b50a9403c7d46502865d385d69238d57f23131a45f36cb5449f59fc32825eda70e5fdd5f4ec78de1561295933a968b7c7d070bcb97a3811654a464c64945d4d7598f201bb70fd089e222b5112a87ea112a8602[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *