Pusat Cemerlang Silat

Artikel 8 : Cara Bersilat

Harga : RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Syukur ke hadrat Allah, Pencipta sekelian alam. Selawat dan salam khususnya kepada Nabi Muhammad S.A.W , keluarga dan sahabat. Selamat sejahtera kepada seluruh guru dan pendekar seni pencak silat serta peminat ruangan ini, semoga dilimpahkan Rahmat dan Sejahtera oleh Allah dunia dan akhirat.

Di siri kali ini elok kiranya dicadangkan, PESAKA mewujudkan akademi Silat Malaysia dan melahirkan satu Sukatan Pelajaran Silat sebagai teras pengajaran dan pembelajaran Silat tanah air.

Bagi meningkatkan mutu Silat Melayu, Malaysia sebagai negara pendiri sewajarnya memikirkan masa depan warisan bangsanya. Di antara tindakan yang berkesan sekali mewujudkan pusat pendidikan ilmu persilatan yang di dalamnya terbekal pakar, maklumat, kemudahan kajian, bengkel, kelengkapan dan sebagainya bagi membekalkan Silat kepada masyarakat dunia akan datang. Akademi Silat akan melahirkan pesilat yang benar-benar bermutu dan dapat dimanfaatkan sesuai dengan keperluan masyarakatnya.

Memang terdapat beberapa aIiran perguruan dan orang perseorangan menyusun mewujudkan akedemi Silatnya sendiri, tetapi keadaan mutunya akan menemui jalan buntu. Memandangkan seluruh aliran perguruan telah menganggotai PESAKA, maka wajarlah PESAKA menubuhkan akedemi Silat Malaysia. PESAKA harus berfikiran positif ke arah akedemi.

Akademi Silat Malaysia meningkatkan pembangunan dan perkembangan Silat di peringkat  Negara, nusantara dan antarabangsa. Perkara penting ialah, Malaysia sebagai negara sumber menentukan peranan, falsafah, matlamat dan bentuk persilatan Melayu seperti asalnya. Walaupun ilmu seni mempertahankan diri berkembang mengikut keperluan dan zaman masyarakatnya, tetapi keaslian Silat tetap terjaga. Dari beberapa sumber dan apa yang dilihat ialah beberapa buah negara barat telah menubuhkan akademi silat sendiri.

Negara Sepanyol umpamanya dapat menampilkan seni pencak silat dari akedemi Silatnya dengan baik ketika Kejuaraan Sedunia di Jakarta baru-baru ini. Bukan calang-calang peserta ditampilkan ke peringkat Kejuaraan Sedunia, umpamanya peserta Silat Seni Negara pendiri pun kecundang.

Matlamat jangka pendek Akademi Silat Malaysia yang pertama ialah menyusun Satu Sukatan Pelajaran Silat (Seni dan Olahraga) peringkat sekolah, tadika SRK, SMK, institut-institut dan universiti. Sukatan pelajar teras penting bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam kurikulum dan ko-kurikulum peringkat sekolah.

Sampai masanya para pendidik, budaya dan sukan mengetahui Silat (Silat Olahraga dan Silat Seni) dari segi peraturan pertandingan, kejurulatihan dan ilmu persilatan. Sukatan Pelajaran teras dapat diamalkan oleh semua aliran perguruan dan menjadi panduan pentadbiran di setiap peringkat demi memajukan Silat. Perkembangan Silat di sekolah perlu diselaraskan dengan baik kerana aktiviti ko-kurikulum dinilai mengikut pencapaian. Tanpa sukatan pelajaran Silat yang selaras ketidakadilan penilaian akan timbul. Mutu persilatan akan merosot dan sukar diterima. Demikian juga sekiranya Silat dikembangkan dalam lain-lain agensi dan perkhidmatan awam atau beruniform perlu keselarasan.

Akademi Silat dapat mencelikmatakan masyarakat terhadap salah satu unsur budaya kebangsaan iaitu Silat, Silat dapat berkembang mengikut landasannya yang sebenar. Silat harus dijadikan landasan membentuk masyarakat Malaysia yang sihat dan berkualiti ke arah umat negara maju.

Silat  bertambah malang tanpa akademinya yang diiktiraf. Di antara contohnya ialah terdapat usaha menggunakan nama Silat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Akhirnya terdapat kes guru Silat melakukan jenayah, ajaran salah, pembunuh kejam, mengamalkan sihr, politik menentang pemerintah dan bomoh tradisi. Peliknya guru-guru Silat seperti yang tersebut di atas inilah yang mempunyai murid dan pengikut yang ramai. Apa yang ditakutkan ialah ‘ sebab seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit’.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=a14a7761baf1edc61828f2605d23c8ef255d169e29e721782b3a0723e881748cea30cc21cb716de21d38cff4604a064ea1c97ae5397a05af406382f4fa0aad505c96cb856e6c8d638d729366e019baf7d4a303b28f45b5619035ec5766b85a3989744f058faa6e16949e61a25866ddf5a5ef9342f0525c0a6647d6a3241b2a997f20bc1d7db9ab18ad67de207b4ef36d83f4e714c5821360433b3a508c5208e4313b244f9ce4840fd6ffeae883fc06768c57bb4ca338b34826daacb364ad885965a928e7db63d91942ef87c0a28df2861857f8c981f869b1259a67dcf4e2ad2aee87276fa6b289465d10271c759a104ac555865dcb737eb37c8cf80385ea621ab27dae56ad190195a7462d2e041f543e040db19b2e03d92f7fac2d992d35e53bbe83776bf5c0e885f349479f89c57b563eb896684efac8c022fa2d63c037274ed8d67c8ada299f1240740badccd57d36b68c50992776d7a71c5e2414ebbe99c84495a5e7a60ab4c31174f2148d791a16c5127391679f6c8cd9b98fd4b87f0c608c56dc3ac1bd75fbc2e22f248dbeb923680726022e4be9ed7b64951634455ba0b0b64b6a74d48f3cb047d011bcaccf98888132ffe2c724303d035fda64a10f84a966790f9e9d0e43aa51fd45d01d31db4a75db392575db38f0[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *