Pusat Cemerlang Silat

Artikel 9 : Ibu Gayung Dalam Seni Gayung Fatani

Harga: RM 1.70

Oleh: Pendita Dr. Anuar Abdul Wahab

Setinggi kesyukuran kepada Allah, selawat dan salam kepada nabi Muhammad s.a.w, sekelian sahabat dan keluarganya. Selamat dan sejahtera sekelian peminat ruangan ini. Selama lebih 30 tahun, penulis berkecimpung  dalam gelanggang dan perkembangan dunia persilatan, selama itulah minat tertanam rasa cintakan Silat.

Amanat dan petua guru menjadi pedoman-hikmat berguru. Selama tersebut terkumpul pemikiran dan pengalarnan di bidang di Silat, akhirnya diperturunkan khasnya ke dalam pertubuhan Seni Gayung Fitani, amnya kepada peminat Silat diruangan ini. Seperti kata, ‘banyak sama dilapah, sedikit sama dicubit’.

Kini aliran perguruan Seni Gayung Fatani merupakan jenis Silat sudah tidak asing dan disedari bahawa merupakan Silat yang berakar umbi dalam masyarakat Melayu-popular di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Mengapa Seni Gayung Fatani yang didaftarkan pada 14hb.September 1976 mudah terkenal dan diterima, baik dari kalangan pendekar dan masyarakat pencinta Silat? Di mana kelebihan dan kekuatan Seni Gayung Fatani?

Sebenarnya penerimaan masyarakat terhadap Silat aliran perguruan Seni Gayung Fatani serta kekuatan dan kelebihannya bukanlah rahsia. Silat aliran perguruan ini sebenarnya Silat, kerana boleh dikatakan seluruh aliran Silat tradisi rumpun Melayu ada kesamannya dengan Seni Gayung Fatani. Yang menjadi kebanggaan mereka dan perguruan ini ialah menonjolkan Silat Melayu dalam ertikata yang sebenarnya. Dengan sebab itu masyarakat mudah menerima Silat ini kerana semua pendekar tradisi tahu dan arif benar dengan kaedah Seni Gayung Fatani. Justeru itu, peminat yang mengikut progaram ini bolehlah merujuk mana-mana Pendekar atau Pandai Silat Melayu tradisi serba sedikit mengenai kaedah atau muslihat yang diperturunkan untuk bersama­sama berkongsi pengalaman.

Kelebihan secara khusus dalam Seni Gayung Fatani terletak pada Silatnya seperti kata di atas tadi iaitu Silat yang menampilkan erti sebenar rupa dan jiwa amalan ilmu persilatan dari rumpun bangsa Melayu. Kejujuran merupakan perkara penting dalam memperturunkan ilmu. Setiap pesilat bermula dari tidak pandai kepada Pandai Bersilat.

Pengetahuan dan pengalaman akan mengajar manusia mengenal mana yang tulen dan saduran. Perguruan ini masih memiliki Guru-guru Tua, Pandai Silat yang terdiri dari murid-murid Tua yang bersilat sejak tahun 1935, masih segar dan setia aliran perguruan ini.

Pertama, pesilat yang mempelajari Silat ini lebih selesa. Kerana mereka dapat menyaksikan dan galakan dari golongan pendekar tua. MaIah masyarakat Malaysia memang arif tentang yang mana sebenarnya Silat.

Kedua, Silat ini mudah. Pesilat yang mempelajari Silat ini mudah menguasai seni dan beladirinya dengan baik kerana bentuknya tetap. Semua teknik dan taktiknya tetap ali seperti asalnya. Pelajaran diperturunkan secara menyeluruh dengan kesatuan satu rahsia ilmu persilatan. Jauh dari kaedah saduran dan tidak menyentuh dan memperturunkan cara atau rahsia keputusan dari aliran perguruan lain. Seperti kita dengar ada perguruan memperturunkan cara dan ilmu perguruan-perguruan lain di dalam Silatnya atau Silat yang menggabungkan beberapa perguruan lain, khususnya yang paling popular ialah memperturunkan ‘Rahsia Gayung Fatani’. Kalau sudah mengambil petua, pakailah. Kini sesiapa sahaja dapat membezakan mana yang Seni Gayung Fatani atau tidaknya

Ketiga, sejarah perkembangan aliran Silat berhubung rapat dengan bangsa Melayu. Baik semasa senang maupun semasa susah. Walaupun zaman ini serba canggih, namun Silat tetap memberi sumbangan terhadap masyarakat dan negara Lihat sahaja negara Jepun dan Korea dapat menanamkan budaya seni bangsanya melalui seni mempertahankan dirinya. Sekiranya pewaris Silat tidak peka terhadap perkembangan tersebut, akibatnya Silat yang merupakan seni mempertahankan diri Melayu akan lenyap.

Adalah menjadi tugas kita untuk mengembangkan budaya bangsa kita sendiri. Kita juga harus berbangga kerana Silat telah diterima oleh masyarakat antarabangsa, mereka sanggup mengembangkan Silat lebih dari kita. Mereka yakin Silat adalah seni mempertahankan diri yang terbaik yang pernah mereka pelajari. Mereka sanggup mengeluarkan belanja yang besar ke Malaysia semata-mata mahu mempelajari Silat.

Kekuatan Seni Gayung Fatani ialah pada falsafah di sebalik nama perguruannya iaitu Fatani bermakna Bijaksana. Setiap ahli mesti menghayati sifat bijaksana. Malaysia memerlukan masyarakat bijaksana untuk memenuhi wawasan bangsa. Bijaksana membawa seseorang menggunakan akal fikiran, pengalaman dan pengetahuan dalam menghadapi sebarang masalah untuk kesejahteraan dan keamanan. Kerana kelebihan manusia ialah pada akalnya. Oleh itu setiap ahli perguruan wajib menjaga akal dan belajar untuk menambahkan kematangan akal. Laksananakanlah sebarang pekerjaan akal selagi tidak bersalahan pada adat dan syarak. Kebijaksaan adalah senjata yang tajam dan berkesan untuk menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.

Mudah-mudahan pesilat dan peminat siri ini dapat memahami apa yang tersirat di sebalik nama ‘fatani’. Ruang sekecil ini tidak berupaya untuk menghuraikan maknanya secara mendalam. Tetapi dari kilat ikan di air, tentulah kita sudah memaklumi jantan betinanya. Kita sama-sama berbangga terhadap kehebatan pendekar kita yang mewariskan ilmunya dengan baik untuk mengharumkan nama bangsa dan negara sepanjang zaman.

Untuk membaca keseluruhan artikel silat ini sila buat bayaran melalui:

Klik di sini menggunakan online banking, mesin ATM atau direct deposit.

Klik di sini menggunakan kredit kad.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=3b150dea09afd56d54f4111296f5a53fd1770662d81490afd9278264cda98d002df689d0a9ef1a1bdf5e498dda7bf37e8374eb8d2c2cf2e0c46c67fd0d7d6b89821e33de95dc001fded73ebd4cc4d51f8b05585b1efab99caa46a02c373f99dd1b5c77961e6a3b1b74a3a5ff09fbbdab3718856143e53afb31f2769d76ae475e376e961b4bcd2ec1e8ebc55b3451b14f99debd04d0973a2d0a132f9f76c7997ad2df33e655351dc32dc0316a4f2deda95490bc549770d3186a8fb851aeb46de7a0c29e41374962f1444429f5869c4a2e0c972d9081201a0a11a1eea16c1ca11e7c20a8208efeb48291558b20ae26b20df04b637958bdd9a761f2b71a714d2065464d45a25ff6e4029c3b754cc48cd032d90e22fded1c8fdab6376032520284a973b20984f4422f42736f82d3955f395fc2410b47bb72593515ff46a9aa833cf8939d6ef9b5ec537b4d746bb75796dbacf1eb2d30886d28a5f19dcd9fcea7f17acc1c0f2ab580212b841347c59031957b9952bd117152f77318f44469f81b2994e07a212f97f5b0e2fd531e3aad9396c3b9500f6d96edbb626847392c058f077938a1138ed384ddb25401c5bffa15740c934aad9ea6823fddc44d1c2a01831ac548f0d4785067d7275189aee6d627b04905ab021b543eb1ad98190a65d63dc66ad2d0f6b5623ac64a92c7c64a932d[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *