Pusat Cemerlang Silat

Identiti Silat Melayu

“Cikgu, mengapa kita mulakan latihan dengan bunga sembah ?'” ramai pelajar bertanya kepada saya mengenainya. Seperti biasa saya bertanya kembali kepada mereka “Aha… Mengapa ya?”.

Terkebil-kebil mata mereka setiap kali mereka memandang saya kembali. Jawapan yang sering saya terima adalah… “Cikgu, saya tanya cikgu jangan tanya saya balik, sebab tu saya tanya cikgu!”. Kemudian kami tertawa bersama-sama.

Memang benar bermacam-macam jawapan yang saya terima seperti senaman memanaskan badan, mendapat keberkatan, menguatkan sendi, otot dan kekuatan diri, melatih sifat sabar, dan lain-lain lagi. Semuanya betul. Ini kerana walaupun masih belum terdapat kajian saintifik ataupun secara khusus mengenai setiap jawapan tersebut namun lazimnya umum memang mengetahui bahawa setiap senaman memberikan kesan yang positif sama ada daripada segi mental dan fizikal.

Walau bagaimanapun terdapat satu jawapan yang nampaknya membuatkan mereka berasa hebat dan bersemangat untuk berlatih Silat yang membuatkan mereka menelefon saya berkenaan apa-apa sahaja mengenai silat walaupun pada jam 10 malam pada hari Ahad (tolong jangan hubungi saya pada waktu tersebut kerana nombor saya telah bertukar dan anda akan dikenakan charge panggilan antarabangsa ke United Kingdom) adalah kerana ini “Apa yang kamu tahu apabila saya menyebut McDonald dan Kentucky?” Jawapan mereka “Burger dan Ayam!” serentak. Saya menjawab “Apa yang kamu tahu mengenai silat? @”£$%£” …….. Semua diam.

“Identiti dan Branding”. Itulah jawapan saya. Sebut sahaja silat sesiapa pun akan terfikir mengenai kehalusan dan kelembutan seni mempertahankan diri ini namun mempunyai rahsianya yang tersendiri di sebalik setiap gerakan yang dilakukan.

Mengapa identiti?

Ringkasnya kerana silat melayu memang terkenal dengan gerakan tarinya namun tidak semua yang bergelar silat itu mempunyai gaya tari berkenaan! Ada yang buat-buat seperti gerakan silat dengan menyapu lengan, mengosok leher, mendusap muka, mengenggam tanah dan bermacam-macam lagi.

Namun hanya jauhari yang mengenal manikam. Perguruan Seni Gayung Fatani adalah contoh perguruan yang berjaya menunjukkan identiti Silat Melayu Sebenar dengan mempraktikkan gerakan bunga sembah setiap kali sebelum dan selepas latihan. Ini telah menjadi identiti kepada sesiapa sahaja yang belajar silat.

Sekiranya anda yang belajar silat tidak mengetahui nama seni gayung fatani maka adalah lebih baik dengan segeranya anda bertanyakan kepada guru anda apakah itu Seni Gayung Fatani. (Bukan untuk show off tetapi Inilah realiti!)

Saya ini orang sains penuh dengan logik dan formula dan apa yang boleh saya rumuskan setelah berbelas tahun terlibat dalam bidang ini, jawapan saya mudah:

Seni Gayung Fatani = Silat Melayu = Silat Malaysia = Silat

Ini adalah teori saya.

Bukan sesaat, seminit, sehari, seminggu, setahun tetapi setelah bertahun-tahun belajar, berlatih, bergaduh, bertumbuk, ditumbuk, diterajang, mengajar, melatih dan kini mengkaji dan terus mengkaji. Inilah dia identiti silat yang sebenar! Dan Silat di mata masyarakat Eropah adalah Fatani (mengikut kata jurulatih eropah tersebut).

Itulah Branding.

Tidak perlu bergaduh dan bertekak lagi kerana pada 2002 setelah penelitian selama lebih berbelas-belas tahun oleh Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Malaysia telah mengiktirafnya sebagai Seni Silat Malaysia. Opss…maafkan saya kini telah ditukar Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Tak percaya bukalah kitab mana-mana yang ada dan baca!

Itulah rupa orang bersilat. Itulah bezanya silat dengan taekwando, karate, aikido, dan lain-lain. Kalau nak dibuatkan persamaan dan perbezaan pun boleh tapi saya akan terangkan pada lain waktu :-).

Orang bersilat tak perlu lompat sampai atas pokok macam dalam wayang. Tak perlu nak mencampur aduk teknik-teknik dari Tomoi Siam, Taekwondo, Karate untuk tunjuk lebih. Kalau nak besilat, bersilat lah. Ini kerana jika anda buat olok-olok; pesilat-pesilat lain khususnya yang telah khatam Gayung Fatani di Eropah dan di merata dunia lagi akan gelak besar melihat aksi anda! Tapi sekiranya anda buat gerakan yang baik dan betul dengan hukum dan hakamnya dalam masyarakat bersilat mereka akan tabik anda walaupun anda masih berumur muda! Tak percaya lihat video di bawah ini:-

Mengapa?

Kerana masyarakat di Eropah telah puas dengan bermacam-macam jenis beladiri. Ada yang belajar sampai 3-5 beladiri dan telah mencapai taraf tali pinggang hitam. Namun apabila mereka mempelajari Silat Melayu mereka terkejut kerana ianya lain daripada yang lain. Manakan tidak apabila orang lain sibuk dengan tumbuk dan terajangnya Silat Melayu pula bermula dengan gerakan satu bunga sembah iaitu gerakan langkah/kekuda serung kaki kiri ke kiri dengan limbai tangan kanan yang rencung ke kiri sambil kuda-kuda tengah dengan sedikit anjakan kaki kanan ke atas. Lebih tepat lagi pusat graviti anda di rendahkan untuk memberikan keselesaan untuk melakukan gerakan seterusnya.

Inilah yang lain daripada yang lain.

Mereka tidak pernah belajar sedemikian. Murid saya di Wales ini yang membuatkan saya tambah mempercayainya. Beliau tidak pernah nampak sistem yang sebegini hebat yang mampu memberikan impact yang besar dalam gaya seorang fighter :-). Beliau ini minat bergaduh. Kadangkala semasa latihan suka memberikan serangan langsung kepada saya dan selalunya beliau tersembam di dance studio tersebut! Beliau bertanya dari mana saya tahu serangan beliau tersebut, saya jawab “The silat is inside my blood!”.

Mudah bukan?

Jawabnya berlatihlahlah! Bukan masa latihan dengan coach sahaja berlatih. Itu belajar namanya. Berlatih di sini bermaksud selain waktu anda dengan coach anda! Anda boleh berlatih sendirian, berpasangan mahupun berkumpulan. Terpulang… nak berlatih bunga atau jurus, buah pukul atau bertempur. Jangan bergaduh sudah – nanti kena tangkap polis saya tak jamin!

Satu lagi formula saya yang saya berikan kepada mereka amat mudah iaitu:-

Belajar A+B+C+D+E = Jadi Guru.

Belajar A = Jadi Guru.

A= Silat B=Beladiri X C=Beladiri Y D=Beladiri Z E=Beladiri F

Sebab banyak cerita yang saya dengar bahawa anda perlu mempelajari banyak silat dan beladiri untuk menjadi guru silat. Saya jawab senang, mana yang anda mahu belajar 100 dapat satu atau belajar 1 dapat 100. Kawan, saya lebih rela belajar 1 dapat 100 daripada membuang masa mempelajari 100 perkara yang belum tentu saya mahir dan kemudiannya tahu satu perkara sahaja.

Kerana apa?

Kalau generasi sebelum ini berabad-abad lamanya telah mengetahui rahsia dan kehebatan silat melayu ini – maka saya hanya menurut jejak langkah mereka sahaja. Bak kata rakan saya irfan khari ‘ kalau nak jadi jutawan, belajar dengan jutawan’. Ehh apa kena mengena pulak jutawan dengan silat? Tapi itulah contoh kiasan yang boleh kita dapati dengan mudah. Jadi kalau nak jadi guru silat, belajarlah dengan guru silat yang sebenar. Anda boleh semak susur galur rekod saya berguru kalau anda mahu. Saya ini ditauliahkan mengajar dan melatih orang bersilat. Tiada pilih kasih dan tipu daya. Ini amanah perguruan dan warisan zaman berzaman. Buktinya. Klik di sini.

Kerana itu silat kini telah diterima ramai oleh masyarakat antarabangsa. Silat Melayu mempunyai kualiti yang cukup hebat dan diakui bagus oleh masyarakat antarabangsa. Sekurang-kurangnya perkara pertama yang ditaip oleh pesilat Wales di Google adalah ‘ Silat Fatani Malaysia’ untuk mencari istilah silat yang sebenar. Cubalah.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=91218244a198334e1143a25bae41bd9df8002b2b1c562c4e86cf659b9ee8d031df047e660f54dc9d29dc7e9bdc98eb7ed4c3cfd1dcbff0d9657cc143ff5d99ab2aa678e3bf442658c23c47ef6e101d2de67f8caeef00e13ae42b7047373b301805672c0017106db6a30eb89c8d5bc410f89dabd8dc63793f5376e3110936def97db9f9309a6d9eef942a6f2c4c73c8d0c2434dbc00e7bdce7df5d407faf23ee505ff94f02057b442839464725e599255c40a1331e905a52be1ca49681f8e51d89d684c9c6d5c3d7db9b8cc47b6c38f69a238068ee56714b1646b1326250f6536a15e6b8cef4ff75923786a715b94aa86d4e4a8a7644f08c029448d4959711ae6ebc324bf5d40915aae527e8395a02a2c4d9e4424405569f8b4ae5b2e2d9a4aa5182a1900500ebb6bd1df10cb9928b30fcc327b8d0a4d770a094e6d36cc7e19c61b6f0615d54aca0673756ff75685e2b2407f4cbd00d4f283892bbdd505f291f75c7dc0ff2a63b7d2e08dc9b88f384862500321b80c28e3702756a04aaa59b96c8cfb803e5dc6e20b99cc2657e256b646dfdac7b132712e7f13f6d35b1f7f109d6849b42b368ae08c57da92c87120a227b8663274e074046ef435ec9a8d2de0d49cb2b9a7b9f293f34c3aaba826f29f64c870d0496370d41995e64d1995e796[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *