Pusat Cemerlang Silat

Kajian Silat di Kongres Warisan Melayu Sedunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Didahului dengan syukur kepada Allah dengan kurnia dan izinNya adalah dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia mengucapkan TAHNIAH kepada Pakar Silat PSGFM, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie yang telah dijemput menyertai Pameran Hasil Penyelidikan bersempena Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 pada 29-29 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kajian beliau bertajuk MODEL SILAT TEMPUR: TINJAUAN PERBANDINGAN DENGAN SUKAN SILAT OLAHRAGA telah dinilai oleh panel-panel penyelidikan dan diiktiraf untuk dipamerkan pada kongres tersebut.

Beliau yang baru pulang dariĀ 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014 membentangkan kajian silat sains sukan, mengendali bengkel silat Melayu dan juga membuat persembahan silat di 3rd Martial Arts Gala di Poland juga adalah penganalisis prestasi sukan yang bertauliah level 2 dan 3 peringkat antarabangsa.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sedang membentangkan kertas kajian beliau.

Permulaan bengkel dengan Bunga Silat.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie menyambut piala kemenangan pasukan Malaysia!

Pengiktirafan ini diberikan kepada beliau oleh International Society of Performance Analysis of Sport yang berpusat di United Kingdom.

Antara kajian beliau telah diterbitkan di dalam Journal of Combat Sports and Martial Arts.

Tuan Guru Dr Nizam Shapie yang aktif melakukan kajian dalam bidang sains sukan ini telah menghasilkan banyak penyelidikan berkaitan sukan silat olahraga. Beliau juga membimbing ramai para pelajar universiti untuk berkecimpung dalam melakukan penerbitan ilmiah dalam bidang sukan silat.

Pihak PSGFM berasa amat bertuah kerana beliau yang juga ahli seumur hidup PSGFM telah banyak menyumbang usaha, tenaga, masa dan wang ringgit dalam memertabatkan silat dan mengharumkan Malaysia di peringkat dunia.

Semoga usaha beliau ini menjadi inpirasi kepada semua anak-anak muda yang ingin berjaya di peringkat GLOBAL dalam dunia persilatan.

Tahniah!

FATANI NUSA BAKTI

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=12bd2dc02b30666799ef52c5f03369c156a533d36d5d1de9e8e9b605482b55294b90eb7e9b86580ff1b25aa9960dedc66e03c38db23bbc1856d2574a9bab0cccf5376a24f3ed2cc22cd3aac78581fb576a027909945cd45eb8a0ae3960ff46d7190c86b02e427f9774eee9394348ed002e3b77760c88ca07c24fbc4e6605d352a9a6b056bc255dc47d71a8589f52af73f727c1910eb50bf4ad8f108b20e6be8ee6bc86ae9535cd0b3d790a03084a3a98bf837e7c08873890f79aa66d1a49c8846db5f13fe08d8fad040a3409bf0d10f7b595788f17353db74441f01239331173b3b5fcd338adf2c273f0edf6648bcf2235cbba007b5f63a6ae9efedcc0af877316237e17b40213497733bb154fa9b8af90968e2c75cbea28ab94df015666643b3d7a975273f733127394240f522d00df9c52d7f650b6e88c5bf9f1cb7518de14fa8d86475b02df816d71bb825e8941616d82e7dd606151006957f17b23db28954544bad8391443a5a6a0d6ce6d6520a0210d52e41bf155bf8c142e80a053fb909a6fb5f4a0e271f5ffb1ce3b5632cd1c78182f14aac1788c6e04ed21d88cd800f8c2c172110d92b2ebe66e06c41b0a3c34bde9337795a85a7e754fcbaa8a4960a6dd16f220b26e0ab8891deea960987d4e11866f8126546b08c7d8b23f3cb3e20bf05ce4d093c674f4f4370563f437048e[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *