Pusat Cemerlang Silat

Kerjaya Selaku Guru Silat

Khamis – Selesai kuliah latihan kecergasan dan pengurusan sukan di pusat sukan UM – saya meneruskan proses penghantaran journal silat saya ke IJSPP. Terdapat beberapa dokumen perlu disiapkan sebelum diterima oleh pihak editor journal tersebut. Saya mempunyai sedikit masa terluang sebelum malam penutup minggu 1 Malaysia di UM dan pertemuan dengan Dr. Nadrahtul pada sebelah malam.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah mengenai kerjaya silat di Malaysia. Saya mempunyai sedikit pengalaman untuk dikongsi kerana kerjaya ini adalah kerjaya utama saya semenjak tahun 1997. Ramai jenis pesilat, jurulatih, guru dan penyokong silat telah saya temui. Namun kebanyakannya lebih kepada mengisi masa lapang berbanding secara serius full-time dalam bidang ini.

Saya antara orang yang terawal yang melakukan kerjaya ini secara sepenuh masa bersama rakan saya Guru Syahiid. Rata-rata hilang semangat apabila berbicara mengenai soal yuran.  Ramai pada mulanya begitu bersemangat untuk melakukan kerjaya ini dan berakhir beralih kepada kerjaya yang lain.

Saya telah diberi amanah oleh Arwah Tuan Hj. Anuar Abdul Wahab untuk membantu beberapa orang guru silat yang cuba-cuba atas kerjaya ini. Antaranya adalah Cikgu Halim yang telah saya tunjuk satu-persatu bagaimana caranya untuk membuka kelas di sekolah-sekolah dan bagaimana untuk menjalinkan komunikasi dengan pihak pengetua sekolah. Perkara ini adalah mudah bagi saya kerana saya telah pergi ke banyak sekolah. Tetapi bukan mudah untuk Cikgu Halim yang baru hendak berjinak-jinak full time ketika itu. Ada juga gelanggang saya diambil beliau walau tanpa pengetahuan saya selaku jurulatih sekolah tersebut. Namun saya masih boleh bersabar atas dasar ingin membantu beliau. Tetapi rasanya selepas 5-7 tahun – pasukan PCS telah bersedia untuk mengambil alih semula gelanggang-gelanggang yang telah kami buka pada asalnya.

Selain itu, kertas kerja silat PCS telah diterima oleh Arwah Tuan Hj. Anuar Abdul Wahab untuk ditunjukkan kepada para jurulatih silat di Malaysia mengenai bagaimana proses membuka silat di sekolah-sekolah. Mungkin ramai telah lupa perkara ini, tetapi apa yang boleh saya katakan pihak PCS telah bekerja keras melatih para pelajar seawal tingkatan 4 untuk membuat kertas kerja tersebut. Dan kertas kerja ini jugalah saya berikan kepada Cikgu Halim untuk membuka kelas di sekolah-sekolah.

Soalnya sekarang kertas kerja tersebut bukan sahaja melatih untuk membuka kelas di sekolah-sekolah tetapi juga di mana-mana. Namun tidak ramai yang boleh berfikir mengenai perkara ini kerana tidak sampai akal memikirkannya.

Selagi ada kemahuan, di situ ada jalan!

Mari kita lihat klip video salah seorang murid saya yang membuat kerjaya silat ini di bangi.

Kepada mereka yang benar-benar berminat dengan kerjaya ini boleh menghubungi beliau untuk mengetahui segala pengetahuan yang telah saya curahkan kepada beliau.

Maju Silat Untuk Negara!

Kami bekerja -ANDA bagaimana?

Guru Dr. Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Coaching (UWIC, UK), Master in Sport Science (UiTM, Malaysia) & Bachelor in Science. The World-Recognized Silat Coach, is a top international silat guru that has 10 years of coaching experience in martial art (SILAT). Through his training center Pusat Cemerlang Silat Malaysia, he attracts many international silat students to train and master silat effectively. Within the past 5 years he has focused on research and study in area of silat coaching. He has produced more than 50 black belts students under his training center. Complete information on Guru Dr. Nizam’s product and other services offered is available on his web site. And while there, read dozens of articles an martial arts and sign up for this free ebook and newsletter.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=2431f3f215bfcbe944ee96c86682a7ed4c230a997506b7419591fa6cd5b9063e45f0d12cb1c7051578710d03a4c5d3f580286da2cc6d9c14af61016aaddf23119b997633ede859e6235491bcf10254df7b6cd1398f720da08b39ae43e0d79542a09d722a2a6ae71c1e15f265d7ed7e2a0207196166f9eed5e2f724815ed2a51770ae04c810a6d9f2a850a047b560f129997234482d1b2af468d781fe8b4f3c96b13c98a0daae06f8392a14b3e7ee6da610d132d028e99536f9758c4f9857f86a219fea26cf1e87f70302b0d62efa06792e64f9006452379531ea647a55579198ab44004299e4804387d4b5dc1559395c06c3fe7c66b92604e921ed165a853b6557cc94c82ac1363e65edbdb96e37fb865c101e1260ae8d6858adb0fe961b9fb4ffb9d4a7d8a1ba59f89bd8a00db4f3652a32a49293ad6c577cf12cc3a8915ae560814f4357f1f425837332a0cb4ae05dc9ec2fb3ef6a540636baae483923df12b889582892fd7918e64c06a1b81a7952df661f40099e441e7fa924ef58d52a5d1631fe792aaaf69a2dd05db2d4213c874a999ba247d4f0de7ca44377e11f7d0404043a15182d59bb8670505b61e584a4674e88f30ecc0e9b402496a733c0874eb673603fa8816893c485963d8d9c11129dcce5de72cad01ab871e24e380ffc4e380e23[[T_F]]

Tagged on: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *