Pusat Cemerlang Silat

Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014

persembahan silat vip

Persembahan Silat PSGFM di hadapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin di Kongress Warisan Melayu Sedunia 2014, Matrade Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur.

Assalamualaikum & Salam Persilatan kepada seluruh peminat silat tanah air,

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia yang baru pulang dari  3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014, Rzeszow, Poland telah dijemput untuk menjadi Rakan Strategik sempena Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 yang berlangsung di Matrade Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur pada 28-29 Oktober 2014.

Jemputan ini termasuk menyediakan ruang pameran seni mempertahankan diri Silat Melayu, mempamerkan hasil kajian penyelidikan bertaraf dunia Silat Melayu, membuat persembahan silat pada 5 sesi sepanjang dua hari kongres berlangsung, jemputan untuk menghadiri makan malam serta membuat persembahan utama Silat VIP kepada YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin.

Ruang Pameran PSGFM menjadi pilihan utama pengunjung apabila ramai bertanyakan mengenai silat melayu, perkembangan silat di dalam dan luar negara, tokoh-tokoh silat dan sumbangan silat melayu terhadap ekonomi dan perkembangan keusahawanan melayu di Malaysia.

kongres warisan melayu sedunia 6

Ruang Pameran PSGFM di Kongres Warisan Melayu Sedunia.

kongres warisan melayu sedunia 5

Ruang Pameran PSGFM.

Para peserta PSGFM di Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 telah membuat persembahan silat di ruang legar pameran dan di pentas utama kongres bagi memenuhi permintaan sekretariat kongres. Para peserta yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi memenuhi undangan ini.

Pengorbanan mereka amat dihargai oleh semua kepimpinan PSGFM dan pihak kongres.

kongres warisan melayu sedunia 7

Persembahan Silat di Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014.

kongres warisan melayu sedunia 8

Persembahan Silat di Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014.

kongres warisan melayu sedunia 9

Persembahan Silat di Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014.

Kongres kali ini membuka para peserta mengenai juga membuka mata para peserta bagaimana silat mampu menjana ekonomi negara. Selain itu, perkembangan bidang penyelidikan yang dilakukan mampu meningkatkan lagi mutu kualiti silat sama ada kaedah atu seni mempertahankan diri itu atau sukan silat itu sendiri.

Kongres ini menghimpunkan penggiat seni, budayawan, cendiakiawan, penggubal dasar dan pihak-pihak yang berkaitan untuk bermusyawarah bagi menghasilkan resolusi dan seterusnya, watikah yang mencerminkan pengunggulan Warisan Seni Bangsa.

Berikut adalah matlamat kongres yang dijalankan pada tahun ini:

Penyatuan bangsa Melayu dari seantero dunia melalui aktiviti jaringan yang diselitkan di dalam rangkaian program yang diatur.Membawa dan meningkatkan taraf peninggalan warisan Melayu ke arah futuristik atau terkehadapan. Dengan kata lain memertabatkan warisan Melayu dengan mengkombinasikan kejayaan lepas dan yang akan datang.Program ini boleh meningkatkan pengetahuan, membina kapasiti sumber manusia, membuka mata kepada negara dalam merealisasikan banyak sumber yang kita ada di negara ini.Menyediakan satu landasan untuk mendaftarkan undang-undang harta intelek untuk kepelbagaian produk-produk warisan.Membina pusat kajian dan pembangunan (R&D) warisan sebagai asas untuk menperdagangkan produk warisan untuk menguasai pasaran dalam negara dan menerokai pasaran antarabangsa.Memberi peluang kepada semua fakulti untuk melakukan penyelidikan.Pengkomersilan produk penyelidikan melalui organisasi dan rangkaian industri.Rangkaian dan penglibatan pelajar akan meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan dan peluang latihan industri; danPemindahan ilmu melalui elemen sejarah, saintifik, sosial dan lain-lain lagi.

Pihak PSGFM juga berasa bangga apabila Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah dijemput untuk mempamerkan kajian beliau yang bertajuk MODEL SILAT TEMPUR: TINJAUAN PERBANDINGAN DENGAN SUKAN SILAT OLAHRAGA.

kongres warisan melayu sedunia 1

Dr. Nizam bersama Selebriti Chef di Ruang Pameran Silat Beliau.

Kajian ini adalah satu-satunya kajian silat melayu yang ada di dalam kongres ini.

Jesteru itu, usaha yang dilakukan oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam amat disanjung tinggi dalam mengetengahkan silat selaku warisan melayu yang bernilai zaman berzaman.

Tahniah kepada semua!

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=17da04ce3322becc93c0f46964ccf71772ce682196589ec4bcc5e37114a25aa695fec4477d931434ef04c4b78af1efdad01f1e53045de23740dc66cb459512efe329460bddd81bb61be4c9ccc13274ed2947bc2d1ffa0adf330c5e707807e586a3699f0a1d9b872c2f45c235b1dce24a1a502c2cefedc3b5d9f0691ca3a69526c09f0a4e01212588e308f8c7111ef0760c6b58b6ba0125bdc50508b981da8108b96f68ba7f2d12a2e70b1e9594a7334c94720282a0041699a49bf232b1eeca5d09c0e1fe4825984e4c9f9af964733d342363ed2148b7546c38ef769a9502ecea4aff8edef292013ddaf8ea35def8e6c45f54d232a933b9dc42d80a947b342ad3b7d3262ab40b4db186b18e489c726ad5c5250dc211e912a67e2a3343f877e2ef4affe2e6382d77e10db75328f62904023601ad53443dd928a1c2abb1514ebcf347fd439f42b4c6ff50c0477384d9d31d6940b16779c3b565f2bf2581a8554b4f2988a6a6cd3e00806722e00504ec2fd2861b256e2afcbba8d3209e0d20123bb0e2d21f22544a250a85bba6e8ef9823451c4dfe4d07b9748274eaf604c55f4818747347d13f4d24e6e457ee283ea06f56cd0f0fb4d5eaa61b78698ea122c3747027032fff0f78a186cef73cf33aeb4bae1d33bcb02122507ad5ee42fad0ff139b861a56cc771a56cd92[[T_F]]

Tagged on: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *