Pusat Cemerlang Silat

Kunjungan Pelajar Vancouver, Canada

Salam sejahtera,

Hari ini adalah hari yang amat bertuah untuk pelajar dari Vancouver, Canada yang telah hadir ke Malaysia melawat Pusat Cemerlang Silat. Pelajar tersebut adalah Mahmood yang merupakan seorang pilot kapal terbang yang membawa keluarga beliau bertemu dengan Guru (Dr.) Nizam dan Guru Shahiid.

Pelajar tersebut melahirkan rasa kagum dengan keunikan seni silat dan bakal membawa Silat Malaysia ke Canada tidak lama lagi. Beliau juga menyatakan kekaguman ini berasaskan penerangan yang diberikan secara jelas oleh salah seorang pelajar Guru (Dr) Nizam yang ditemui beliau di United Kingdom ketika beliau mengadakan latihan kecergasan bersama pelajar tersebut.  Pelajar silat tersebut juga memberikan beberapa perbandingan di antara perbezaan dan kelebihan Silat Malaysia dengan seni mempertahankan diri yang lain yang pernah beliau ceburi sama ada semasa menjadi askar di Perancis mahupun semasa menjadi polis di kota London.

Di antara lain perbincangan mengenai pelan transformasi silat di dalam dan di luar negara yang bakal dijana dan diaplikasikan oleh Pusat Cemerlang Silat melalui pelbagai bentuk hubungan / jalinan antarabangsa (2 hala) di antara Malaysia dan negara yang berminat dengan seni beladiri Malaysia ini.

Pertemuan ini disudahi dengan jamuan makan malam di Restauran Al-Rawsha, Kampung Pandan berdekatan KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan PCS dengan para pelajar antarabangsa yang tidak putus tiba ke Malaysia melalui pelbagai program yang dijalankan selama ini.

Mahmood bergambar bersama Guru (Dr) Nizam dan Guru Shahiid

Mahmood bergambar bersama Guru (Dr) Nizam dan Guru Shahiid

– Pengurus PCS –



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=8f3f1c418af1d2f61873cb7dfb534968e1d1f7bc1550dd68b8e9b600c9ea0d400a6462830668adae673ae23b6d9341c99bf898dbf2365476196ad123a7486643f5a98664b9c988aa643fc31882ed670396bb0ff0597a91286219227cdcbe828b07b13b65c5d2d1afafa16a144aba400565dd03b9bc067a270abefcc16f726955d6e0154aa486788b9b29cc906f821b0661fd375081dda8bace1a73c4a3ebc4e3e3c4511b1de4b0892d9894638bcb9a29a5173ceff03e7f875cf0682fcca30e515dc5b27b5319ef8201d9a70fddfcb5551580ac5c96641fbf41f9b0545992f0f55f169ae1c47c03cde79c77feb54a912492c6067311ad365c16c3dc51f96cf1418fbc6a81d5bc579a5c0f642f74fea031aa4856646eb3342974ffb5a541db9bbad0d2e1ab2fb636e9a3388f532969b185e18fe2a0700d0a2fa02af1bc226374d83ed86b6f0746696b07601ee3eb13766ce23f7e1aa04e458a2b41a0ba2e578e0d07156ccf74863facd07239a2ae52d6f0cd1f8482a2a5ded9a28bf718fc67bab9a60caa8f1c922f8832a843bf2de16374885f2c42b1af6c1ee092c5d57b5ec0d3bde3f0d84d10a5eb9ab23cb5a782f61429dbfff4ce4a2b0cc9e1275ca773a133ed8b39089c6f286119dccfd1c72e00a7d5eb89465933bebd32638a71dd65d0ff6e4ddd418d6e08418d6fef[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *