Pusat Cemerlang Silat

Laporan Percuma: Isi Kandungan Buku Silat

Bismillahi Rahmani Rahim
Syukur kepada Allah, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,
keluarga dan sekaian sahabatt beliau. Dengan izin Allah serta dengan limpah
kurniaNya dapatlah saya meneruskan usaha menulis dan menterjemahkan ilmu silat
untuk semua.

Pendahuluan kata sebagai peringatan kepada diriku, sekelian ahli dan
keluarga perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia selaku pengamal silat
Melayu agar dapat menggunakan ilmu, masa dan hayat membuat perkara yang
mendatangkan manfaat dan kebajikan. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,
‘Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian.
Kecuali kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh yang
nasihat-menasihatkan supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supata
menepati kesabara’ (Al-Ashr. Surat 103).
Inilah mestika di dalam pestaka perbendaharaan perguruan silat Seni
Gayung Fatani yang ku ambil daripada guru-guruku untuk tatapan para guru,
jurulatih, pesilat dan pencinta silat Melayu. Semoga silat Malaysia dapat melangkah
ke tahun 2000 dengan jaya dengan persiapan yang baik bagi keperluan
melaksanakan perkhidmatan pendidikan silat yang telus dan setara. Tidak semua
ilmu, amalan dan kemahiran silat dapat diperturunkan secara bertulis, maka
diharapkan belajarlah melalui guru-guru dari aliran silat Melayu dari yang serumpun
dan yang sebenih dengannya.
Perguruan Silat Seni Gayung Fatani merupakan aliran silat Melayu yakni silat
asli tempatan versi Malaysia atau seni silat Melayu tradisi Semenanjung Tanah
Melayu yang diamalkan dalam masyarakat Melayu di desa-desa di Semenanjung
Tanah Melayu dan daerah yang bersempadanan dengannya yang dikenali sebagai
silat pulut atau gayung pulut.

Perguruan silat Seni Gayung Fatani antara aliran silat
gayung pulut. Perguruan silat Seni Gayung Fatani Malaysia antara aliran silat
bertaraf anggota badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA
Malaysia).

Maka menjadi tanggung jawab kepada perguruan ini berusaha
membangunkan silat Melayu sebagai memartabatkan silat sebagai seni bela diri
rasmi Malaysia. Bagi tujuan tersebut dan dalam pada itu perguruan ini berupaya
mengekalkan keaslian silat Melayu, yakni kandungan pelajaran silat yang bebas
dari paduan, campuran atau gabungan daripada mana-mana aliran pencak silat,
seni bela diri atau seni mempertahankan diri bukan silat. PSGFM telah berjaya
mengembangkan silat ke seluruh Negara dan beberapa negara di peringkat antara
bangsa.

Bagi mengukuhkan ilmu, kefahaman dan amalan silat, maka diterjemahkan
isi kandungan pelajaran silat Melayu keoada satu kurikulum silat yang telus dab
setara yang dapat digunakan secara bersama.

Dapatkan sambungan lanjut di sini.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=2edf07fa1830f56a05eed4cd18f0cb2b4e725793c04c5c614921769b89410a3539e28dff43e0651be7438dadce48e76a709b8bf84395f41d0faadcfa23edf1090e3671d40eed3509f7986e792d0d4ae0220d62c42fc09810bedf2bb6c5daa12824659d3e57b6f5ec221a39c6e98de0dfb6c66c0c1dd391852971b291b3750f607fcf3e553e7f008941582a85732da0cc7a3d26cc46be0091e3a120bd2ebdbd2e8d238a734263109a3fe682c40d5dedfcdbb09c9d4803fdf3087f52cd22e452edef76a505e95d229fad8fd2b7acc685bc024b8bc7fed664646f252c2a2107768af8972272db3f20505f9d928758044e11ef32c72d4cab042373e26c6665593400dc31962030ec90168854e98b9af15f5b622695e9aa6fc895bac39f535614332d9b8f091a0a8f089656fb8e7130ac987814305e3bdd90f4ca49e20438b41afdcd36a8d3e079c8bcdc88f8cb708db8ad4bf1a5baacbd7ab0b1dd8939a81355f0e6d80a1b366187849af4934367828283af70c639d3779daca61b6d332fe40f3d80f466331b87e664f6e9570a5749333f939d7205c9bf895d504d34ab8115908e48c8bed2b6bac6cdec3d504813f19f16042155b78a785c576de988af6b51f344538802904c2898ab3fcc8bc2ba5f6c33a44da30c76482ae5fa901d1e91c029d27ec6d08c8a2ad890873045908731af[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *