Pusat Cemerlang Silat

Laporan Percuma : Sikap Pendekar

Falsafah Pendidikan Silat atau Sikap Pendekar

‘Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam
ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya
Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul
demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta
berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.’

Anuar Abdul Wahab AMN

Silat merupakan ilmu mempertahankan diri bangsa Malaysia. Ilmu ini diwarisi
secara turun-temurun selari dengan kewujudan manusia yang digelar sebagai
‘orang-orang Melayu’ di dunia ini.

Proses pembelajaran, pengamalan sama ada dari segi fizikal, mental dan
kerohanian melalui gerak-gerak silat mahupun falsafah-falsafah silat mesti
diteruskan oleh generasi hari ini bagi membuktikan bahawa masyarakat
Malaysia mempunyai jatidiri yang tersendiri khususnya melalui persilatan.

Oleh itu dalam usaha memelihara dan mengembangkan Silat, proses
pembelajaran seharusnya bermula sejak kanak-kanak lagi agar masyarakat
Malaysia mengetahui bahawa Silat adalah hak dan kepunyaan mereka.

Justeru itu, tidaklah menjadi suatu bebanan dan kesalahan jika Silat diajar di
sekolah, universiti, kolej, dewan orang ramai, pusat latihan tidak kira sama
ada di dalam ataupun di luar negara supaya Silat mampu bersaing sama
hebatnya dengan seni mempertahankan diri yang ada di dunia ini.

Namun begitu dalam kita mengejar dan mencapai matlamat bersama perlulah
kita ingat terdapat beberapa perkara yang perlu kita semai dalam diri setiap
pesilat supaya mereka tahu dan faham tanggungjawab mereka sebagai
seorang pesilat dalam mempraktikkan ilmu seni mempertahankan diri Silat
pada masa, waktu, ketika dan tempat yang betul.

Di sini diperturunkan ‘Sikap Pendekar’ supaya setiap pesilat sedar mengenai
tanggungjawab masing-masing dalam menjadi seorang pesilat yang terbilang
tidak kira walau di mana sahaja anda berada.

Di atas terdapat 20 perkataan yang perlu dihayati untuk membentuk nilai
murni Sikap Pendekar. Pendekar merupakan insan yang bijaksana atau
‘dekar’ dapat memanfaatkan akal dengan budi bicara untuk melakukan
tindakan.

Pendekar sebagai pewaris atau tenaga utama pembangunan dan
pengembangan Seni Silat. Mereka berkewajipan dan bertindak sebagai
pendidik, pemimpin, pakar, pengurus, pentadbir, pelatih, perancang, penilai,
pembimbing, penasihat dan sebagainya.

Dapatkan sambungan laporan ini di sini.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=87f16450b0b73a879f092b23af4e1ca6dfdf39abf6bc90fd5ed979ed741074a52c418976174cfdbc4f267e7ca44e428568f776d4a67542f817e4d86da546684ffa93d419a4c3c18efd926f0f66d8b163b785725dc96739cce509fc9e1a9767417d2980e9389ca973d3fcc5394204563d38fe0bd46c27c4a243e0301d69850cb8a116f02ab687785172ff65956bc6ce351a5fac92f8f413c362d171311719f7134992a0978a8821f811c4c6e005c290870cf102f650af26d5529f63cee59cf83b06cc8ef818c618dcae3d3ca8bec3951d53a3ecae0e3f188f6ba50eba0fa3c03620790e1cb597b844a7c3a026253338abc68fd27687322693253cfb8c76a3b9c330ef66d376dc964979b4454a535638fb75dcbebbb70fd195b4fedcefa5219ebd0396a3d021a003b73aeb5ae7ad767e476b1d419bf4040d88a623555871949a5a4e0d1109606f87c6894893014913c48a47446a2f85943152597138fe5082f587993134975c96480a1ac594fd9d4ecabd3575a049aed3f5aac3dca62a4811ab476a25eae4dcb23c1c0db2142f74025bc0dd16eb287a3a00166e227dd25e0c47ac3ac307a5bf3bf366b53df21292be5445c15e4ee9f11f308792b70bc6a6c1e80e8012e3694ff0df2da4bea9dbe58748573db0b33c6d847fd36bd001f4681fe7012eefe7012f0d[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *