Pusat Cemerlang Silat

LAWATAN ILMIAH KE KAMPUNG LANG TENGAH, BANTING SELANGOR

KEMSILAT2012d

Banting, 15 Disember 2012 – Kampung Lang Tengah menerima kunjungan mesra pasukan silat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertujuan untuk mengadakan lawatan ilmiah. Lawatan ini berlangsung selama satu hari dan diisi dengan pelbagai aktiviti. Kem ini juga diadakan sempena projek akhir kokurikulum silat.

Perancangan serta gerak kerja yang teliti membolehkan lawatan ini berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang masalah.

Kampung ini juga menawarkan tempat beristirehat serta tempat persinggahan sementara. Anggerik Desa adalah penginapan desa yang dipilih sebagai tempat berisitirehat sementara.

Penginapan desa ini berkonsepkan ciri-ciri luar bandar dan alam semulajadi. Para pelajar pantas menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran itu.

Lawatan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk meraih pengalaman serta ilmu yang tidak boleh diperolehi tanpa menjelajah dunia luar.

Aktiviti bermula tepat pada pukul 10.00 pagi di mana para pelajar diarah untuk menjawab peperiksaan yang berlangsung selama 2 jam. Pemarkahan diberi sejurus kertas peperiksaan dihantar. Peperiksaan bertulis itu mewakili 10 peratus dalam pemarkahan keseluruhan kokurikulum silat.

KEMSILAT2012c

Pada sesi petang pula diadakan latihan dalam kumpulan yang terdiri dari pelajar USIM, Universiti Malaya (UM) dan beberapa pelajar sekolah rendah dan menengah dari beberapa buah sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi yang turut menyertai kem itu. Latihan itu berupa perancangan serta perbincangan untuk mengadakan aktiviti pementasan silat pada waktu malam.

Para pelajar yang hadir dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada pelajar USIM, UM dan pelajar sekolah menegah dan rendah. Strategi dilihat dapat membantu para pelajar merapatkan hubungan komunikasi di antara para pelajar selain meningkatkan kemahiran insaniah kepada para pelajar yang terlibat.

Perancangan adalah berkisar mengenai persembahan sketsa atau pentomen silat yang akan dipersembahkan oleh setiap kumpulan pada sebelah malam.

Aktiviti ini bersifat amali serta memerlukan kepada latihan fizikal. Para pelajar berlatih mengikut skrip yang dilakar di atas kertas. Para pelajar diberi masa 2 jam untuk melakukan persediaan pada sebelah petang daripada pensyarah yang terlibat iaitu Guru Shahiid dari Pusat Cemerlang Silat, Malaysia.

KEMSILAT2012eAktiviti malam adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu kerana ia diisi dengan aktiviti sketsa atau pentomen yang akan dipersembahkan oleh para pelajar. Barisan para juri adalah terdiri dari guru silat itu sendiri dan ini boleh memberi keselesaan kepada para pelajar untuk membuat persembahan.

Setiap persembahan yang dipersembahkan akan menerima komen para juri serta diberi markah. Setiap kumpulan nyata memberi saingan sesama sendiri kerana mempersembahkan persembahan yang kemas serta mengikut kriteria yang ditetapkan.

Majlis itu diakhiri dengan penyampaian hadiah dan pemberian sijil. Kem ini telah menerima komen yang baik daripada para pelajar dan juga para tetamu yang hadir serta mengikuti perjalanan kem ini.

KEMSILAT2012B

 

 



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=db154416f7572b71a0098d0ad320721064ccddf82e8c4b91df90ec4882a686f2412c9093b98a9e88681b429038f17518b48de18d8ce16ac433088e0e2901b2cffa5f53ec393ecf63e45947174438ed4fde65597f2f34f523f8344c68474d8515ca3613b4f3124e5f5f1503fd074093787dbd4e9f7d6687cd0e8a61b352bdd0f84ba46c97d9a7593b2d71da45a833c889b9e6d0ab37fd8e7b681c5430d42b3ba7a73aa7a22fb8f08fcd65bc978182a0520d6486d3dc171be397bba5ca0c8189772e1e51ca31ad07202f4d646efa6d94515c367384c7bee1d485bcbab402715471c27fc4ce63e61ed7f8daaaf0fc1ee7c8d1f4bb82da4ef10cb71889c4c622644f06cdb9122d36674c77160acd406f7ed9764d5815b995c651d2de0111e073264af2188caefe35a81c1ef2a80bbee75caf957c2f19a3d9c9ff6ed4e2d5780c10d1187be92ffc8b334ca547902b4529d6570833a9a38b549342088b7550adbb2bc2a20f802ca4a1c93c818f9bbb5cf36299f2cc3576521e5107262e41edb8501c1cf213621916ab5fc6ab0e30d5d511aadf075ec25c4030adf87826c941a721f53ec833c45f857dff89c555cd6c271b4902697f8f8562ff09dd5aacd0a657fe4d2116371db8fef4feba9fb784d5cbd7cd6bdbac70759dae77b7ea5bf9e7ac0d8dd164f5f678aec13a962ed02cd49e6db6d7a2c5b6d7a337[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *