Pusat Cemerlang Silat

Majlis Makan Malam Bersama Anak-Anak Yatim Port Dickson

PORT DICKSON: Seramai 65 orang anak yatim diraikan pada Majlis Mahabbah Kasih yang merupakan majlis makan malam bersama Yayasan Anak-anak Yatim Islam, Port Dickson di perkarangan Port Dickson Golf & Country Club pada 21 Disember 2013.

Majlis yang dianjurkan oleh para pelajar yang mengambil kursus Silat Malaysia(CSE 1022) Pusat Kemahiran Insaniah Universiti Sains Islam Malaysia (PKI, USIM) dengan kerjasama Pusat Cemerlang Silat Malaysia (PCS, Malaysia) dan  Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ini turut membabitkan penyampaian sumbangan kepada pihak yayasan tersebut.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran VIP daripada Tuan Guru Mohd Shahiid Elias selaku Setiausaha Agung PSGFM, Tuan Guru Dr.  Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie selaku Penasihat PCS, Malaysia dan Pn Zaharah binti Saadon iaitu Bendahari Kehormat, Yayasan Anak-anak Yatim Islam, Port Dickson. Majlis ini diserikan lagi dengan wakil-wakil dan petugas kawasan yang diketuai oleh En Mokhtar bin Ibrahim (petugas Kawasan Desa & Rusa) berserta wakil  pelajar dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menerapkan aktiviti kesukarelawan di kalangan para pelajar yang mengambil kursus PKI, USIM serta meningkatkan nilai-nilai kerjasama melalui aktiviti luar. Di samping itu juga program ini  bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara ahli-ahli dan badan-badan silat  pelajar dengan anak-anak yatim melalui kempen menderma sambil beramal. Selain itu, majlis ini juga bertujuan mendedahkan kepentingan silat dalam dalam kehidupan seharian serta menarik minat anak-anak yatim untuk menyertai aktiviti silat pada masa akan datang.

“Pihak kami berharap program ini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan ia baik untuk memartabatkan seni silat yang merupakan warisan budaya kita dan meningkatkan pembangunan insan terutamanya untuk anak-anak yang kehilangan ibu bapa mereka. Terima kasih juga kami ucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat kerana sudi menjemput kami dan mengembirakan anak-anak yatim dengan aktiviti cabutan bertuah dan makanan yang menyelerakan.” kata Pn Zaharah.

Pada masa yang sama aktiviti lain yang turut diadakan sepanjang majlis berlangsung ialah cabutan bertuah untuk anak-anak yatim, persembahan silat daripada para pelajar  USIM dan penyampaian cenderamata dan sedikit sumbangan kepada pihak yayasan.

Silat dan Anak-anak Yatim

Silat dan Anak-anak Yatim 2

Silat dan Anak-anak Yatim 3



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=d9c45917f6f27cf01bcebc64e8095be129b6b8dc66f2aa711825785163eaa3e26b06c031560bfafb55934ff3243a0e8032b2911293610e7ba64160a4a71b732df85d49ec073f2d21e43b461f8970d79dcc676b3e08807e8ba24e53d952d8200631eec7ae7ffbd034948782790023ca3fbd5e24cc3ab2c2b000d1d92f97e3b77d71aa5865581a6480a040a5d9264a11206272eca05771fc0c7910396a6095abeaa938a5972285383295f748020449900f6585504d8615b966ad2bb04aacda0d287bf88f7809bc6110e7c555dcb5aa50602dbbb93a2a8898dbf98f0d5bf9fedddc4b587434c14276f81dd890d3bb1dde90a2e87704b59ce3186f3012898288296b2264cc1a62b8b268b3bf5d610fbafc62de13e750e5501e42a4bd0322c0e14c94e530185cfd6a71393d1450167f2fb85c2bf97f32455fcbfd6cd6e0d770054493c8d44274df929160071b22439636d4814b960929a992113b2e54563610a1bf3973eb09c5bf160c60c0a5ac94419bd539f04e1ed7c4d6881094a3765feb8d8dfa0a32cf18d62c60d40c3297df1ba8d00fbd805e4232b779bf90ef83a833791ce79a51ac7f3d7c475129653295194b006b7d81239b58c397e2c876b98c4225d7c103f0649d35ded84caf119a87ceabce166e55f77f6fb94cd31fcdfce58e400f1066f7f59b2ac338942cd0f2d0a20cd2b8b66ed2b8b79c[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *