Pusat Cemerlang Silat

Majlis Makan Malam PSGFM Kali Ketiga Anjuran PCS Malaysia

annual dinner psgfm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia [PSGFM] akan mengadakan Majlis Makan Malam kali ketiga PSGFM-PCS 2013. Jikalau tiada aral melintang majlis ini akan diadakan pada bulan Disember 2013 nanti di Hotel Palace Of The Golden Horses.

Insya-Allah di antara tetamu terhormat yang bakal memeriahkan majlis ini adalah Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar, Pakar Silat PSGFM Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie, Ahli Majlis & Penasihat PSGFM dan tetamu VIP dari Kementerian Belia dan Sukan yang dijangkakan  akan membuat kejutan pada malam tersebut.

Kata Pengurus Pusat Cemerlang Silat Malaysia merangkap Pengarah Majlis Makan Malam PSGFM-PCS 2013, Tuan Guru Mohd Shahiid Elias majlis ini adalah bertujuan meraikan kejayaan majlis tertinggi dan AJK Pusat PSGFM dalam mentadbir pertubuhan secara effisian.

Selain itu, objektif majlis makan malam ini adalah:

1. Merapatkan ikatan silaturrahim di antara Guru Utama PSGFM, Ahli Majlis & Penasihat PSGFM bersama para ahli PSGFM yang berdaftar pada 2013.

2. Meraikan pencapaian para jurulatih yang ditauliahkan mengajar PSGFM untuk tahun 2013/2014.

3. Meraikan pencapian para pesilat PSGFM yang telah lulus dengan jayanya ujian kenaikan bengkung 2013.

4. Meraikan pencapaian Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam selaku Pakar Silat PSGFM yang telah memertabatkan PSGFM di peringkat universiti dalam dan luar negara semenjak 16 tahun yang lepas. Di samping itu, Anugerah Pengurus Silat Terbaik, Anugerah Jurulatih Terbilang, Anugerah Pesilat Harapan & Anugerah Pesilat Terbaik akan diberikan juga pada malam tersebut.

5. Memberi peluang kepada masyarakat luar (jemputan), para ibu bapa dan tokoh-tokoh tempatan mengenali dengan lebih dekat PSGFM, Guru Utama dan para Jurulatih PSGFM yang komited membantu para peminat dan pesilat Silat untuk maju dalam seni beladiri Malaysia ini.

Kepada semua ahli yang berminat untuk menghadiri majlis ini sila berurusan dengan jurulatih anda untuk menempah tiket ke majlis tersebut. Harap maklum.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=bf991a49de2043843850b768552b872733f9d81b4d2908f2abb199f167296c5f62d520b5234c1c7633ecec1a8743d228a63ee6017ae53f5b33fad38b66746c1db5f0ef82e5edfb7bb46de971f0ac458dc04ed974a45168c1b8f3ec32c3f3e1fb4b76b5cc357844471a7275820673543549a68787445a54021e396638fe5f7c36f93cb500df51a33301e4bb576bf42c605331ab0b9442ad1b7f748a8be85b03ec8a0833c5f1b8a9194963672bd83f294fc7c8767884f4d946a96f134676c0fd52d952c9eb73f554d0d19fd5ad4850dff6de6f70dac2bdd9a0f83ea7b17dfad9d367fd4c8defe639845dd50401329c8fff6cb9c65fd6bd62b9079af68a5f27983a50da814e55042f1475699ee0a41dba13c43afedaf4b4331b8de26a12db71c7872cb5359dd936ec2dec1b6bdc50dd3f469c3e90e973f39fbd09c40a9816ece249d527158ef3711f1a89a42d6b4809a24427684b432ee05a2ef3c6f706b33c6f5a56677ccd6721fa129b09c7538f117f18c8ec090908e2aef78a7f33ff7333bedc54d3e11bd7f80402993c2fa36bd182778e17b67938ad33ebdcb06b5167c79e2fb444afa1f59644488509880786e2d8f582016223aaa585f48916e75594be4065547e59d48d274b3192fba474d406c908d3abf6bb79f01e789d84efeece710396d5fbcda259f54dd0f27d0d421225e9b21225e842[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *