Pusat Cemerlang Silat

Pencarian Bakat Silat 2011

Program Pencarian Bakat Silat 2010

Program Pencarian Bakat Silat 2010

Selepas kejayaan PCS menjalankan program bakat pada tahun 2010, Pusat Cemerlang Silat, Malaysia akan melancarkan Program Pencarian Bakat untuk kali kedua. Pencarian bakat bagi tahun ini akan dikendalikan oleh Pakar Silat Dunia di dalam kajian silat antarabangsa iaitu Guru Aminuddin Anuar (Guru Utama PSGFM & Seni Silat Malaysia) selama sebulan mulai 27 Februari 2011 hingga 20 March 2011. Berikut adalah butiran berkenaan program ini:

Jadual Program :

– 27/2/2011 di Dewan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (9 pagi hingga 12 tengah hari)

– 6/3/2011 di Dewan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (9 pagi hingga 12 tengah hari)

– 13/3/2011 di Dewan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (9 pagi hingga 9 malam, pemilihan- sparring).

– 20/3/2011 di Dewan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi ( 9 pagi hingga 12 tengah hari)

Pakaian ialah pakaian sukan. Para peserta akan mendapat sijil penyertaan dari Pusat Cemerlang Silat. Peserta yang terpilih akan diberi pelbagai kemudahan serta biasiswa sukan silat daripada PCS bernilai RM 5000 setahun. Maklumat lanjut mengenai keistimewaan ini boleh diperolehi semasa hari latihan.

Bayaran Untuk Menyertai Program ini Selama Sebulan: RM 100 (selepas 4 minggu ini para peserta boleh menyambung latihan silat setiap minggu dengan bayaran RM 10 sebulan).

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 019-24875755 / 017-3446272

Terima kasih.

KELEBIHAN MENJADI ATLIT PCS (2013 -2018)

  • Dilatih oleh para jurulatih berwibawa bekas kapten pasukan Malaysia, Guru Aminuddin Anuar (teknik dan kemahiran), Juara Kebangsaan, Guru N (sains sukan dan kecergasan fizikal), Juara Kebangsaan, Guru Syahiid (psikologi dan pendidikan).
  • Dibantu oleh para pelajar dan jurulatih PCS yang telah berjaya di peringkat sekolah, universiti dan antrabangsa.
  • Diberi elaun bulanan, tajaan pakaian, khidmat kesihatan dan penilaian akademik dan ko-kurikulum, bantuan pelajaran dan sukan selama 5 tahun sehingga tamat kontrak.
  • Diberi peluang untuk menjalani latihan di pusat-pusat sukan berprestasi tinggi seperti Pusat Sukan, Pusat Silat dan berpeluang menjalani latihan di United Kingdom.
  • Mengikat kontrak dengan PCS selama 5 tahun dengan pelbagai kemudahan dan konsultasi berkenaan kecemerlangan sukan dan akademik.
  • Berpeluang bertanding di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa seperti SUKMA, SEA GAMES, Belgium Open, France Open, UK Open, Nusantara Festival, Asia Pacific dan International Tournament.
  • Tidak membuang masa dengan pelbagai aktiviti berfaedah di luar sana yang mendorong kepada gejala negatif seperti pengaruh dadah, seks bebas, rokok, bohjan dan bohsia, rasuah, kes samun dan pukul, rempit dan lain-lain yang mendorong kepada kerosakan minda dan jasmani.
  • Berpeluang menjalani latihan di PCS dibawah bimbingan pasukan silat yang telah mencipta nama semenjak 30 tahun yang lepas.
  • Elaun RM 5000  sebagai atlit PCS bertaraf dunia.
  • Dipantau oleh Guru Aminuddin, Guru Utama Silat Malaysia yang merupakan waris kepada Pendita Silat Malaysia, Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN (Pengasas Silat Malaysia, Silat Seni, Silat Melayu dan Silat Olahraga Malaysia).
  • Tempat anda di universiti lebih terjamin dengan bimbingan para pakar dan jurulatih yang telah berjaya di peringkat sekolah dan universiti sebelum anda!
  • Peluang menyertai Seminar Seni Beladiri Dunia, di Munich, ( Germany ), Madrid ( Spain ), Milan ( Italy ) dan Manchester ( United Kingdom ).
  • Diberi telefon bimbit percuma ( sehingga nilai RM 2,000 ).
  • Dilindungi Insurans Atlit Sukan Berprestasi Tinggi ( maksimum RM 100,000 ).
  • Jaminan peluang karier Professional Silat Instructor, di Eropah / US.
  • Peluang menyertai “International Silat European Tour”, bersama-sama Team Silat United Kingdom.
  • Adakah anda pernah mendapat peluang sebegini di luar sana? Fikirkan dan renungkan peluang sekali seumur hidup ini! Anda pasti berjuang habis-habisan sekiranya diterima masuk ke program ini!

Antara peserta-peserta yang terpilih dan di dalam pemantauan PCS ketika ini:

Juara 1 dan 2 Kelas 1 Perempuan

Juara 1 dan 2 Kelas 1 Perempuan

“ SILAT ITU SUKAN – SUKAN UNTUK PERPADUAN “

“ 1 MALAYSIA “ – Datuk Seri Najib Tun Razak



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=49a7629077dda96aa08c948a04e1c58f1e7168c517555d23e9e39c1eb7fbe47b578d15913d8eb7fec94fe3b4a7f69c8fa56123a417439b7362c4bf67b58fee60c1604aba67077b66bb6a91410e4efc942f9d091e0ac57a8d39ea4739d852a009f450cadb755f68a9d83a96fec1c6d14c627f3b2766c0824b8642f7c22c59af9ed5eadba6390f20046419dd635246c2b4989a8ddcedb837a3a5c91d0650344cb3754101f9f3b1f0f4bba2df8fb99889b542507c4156bdbda009207ee3bd18cf4b9a0db27543e34e144884f15c9b327db9fa84b696246ec114f94c35245c9587b0c97f8250c94320c4f4ecafb9934c9ebf5b535d60988ff1c708bc898a6fdda0a1a23e0319fcf7868c0e16fdc4adf0b638e6f52ebb167e5b03567fd8f455cf75e213a42b0c8c04e8202f3ea1c2278c6ad6da5915ad5b5eca100b3d9ef9898d8f54da83ae44015aa8260ddcd98cf7dfd44afdad982540623910fb5b71b18f44bb3a4af3934ef9064b7425b978a9dc1d4402326dfde67c180a568e3a67904bbe6d8a4b60e02cf84ff23bd0b6523d43595f750ac5e529f0be3119cf949de401c4a64617445c7fd990034f38a09707b2d2a9dea2e37922b89441608d233712022375aa9e7a351b41bd0e065fefe2733003de87bc10a8d007dd2264492908e24929093e[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *