Pusat Cemerlang Silat

Pencarian Bakat Silat 2012 bermula…

Isnin – menyiapkan beberapa tugasan di Universiti Malaya untuk kelas Anatomi dan Fisiologi. Para pelajar boleh berjumpa dengan saya untuk markah mid-sem. Kesempatan terluang digunakan untuk terus menulis kertas kajian keempat hasil data thesis silat saya.

Selasa – Saya bersama pengurus Pusat Cemerlang Silat, Guru Shahiid Elias melawat SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur untuk menceritakan projek pencarian bakat silat 2012. Sekolah ini pernah melahirkan beberapa orang juara Malaysia di peringkat Silat Sekolah-sekolah sebelum saya berlepas ke United Kingdom 2007. Seronok dan bercampur gembira apabila pihak Pengetua sekolah bersetuju untuk memberikan ruang untuk projek ini tidak beberapa lama lagi.

Selepas itu, terus saya bersama pengurus menuju ke Stadium Badminton Cheras Kuala Lumpur untuk meninjau persiapan Kejohanan Silat Peringkat Kebangsaan anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Kuala Lumpur. Begitu meriah persiapan di sana – berpeluang bertemu dengan teman-teman lama. Kami akan berkampung di sana beberapa hari untuk menjalankan beberapa kajian berkaitan Performance Analysis untuk tujuan penerbitan ilmiah. Terima kasih kepada ahli jawatankuasa PeSAKA KL yang memberikan kerjasama untuk menjalankan kajian ini. Kami juga dijemput untuk ke Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan tersebut oleh PM dan Presiden PESAKA.

Kemudian kami bergegas ke  Putrajaya untuk bertemu Ustaz Shahril di JAKIM untuk membuka kelas silat di sana. Atas permintaan ramai kami dijemput untuk membuka kelas silat di sana. Kelas terbuka untuk kanak-kanak, lelaki dan perempuan dewasa. Waktu latihan akan diberikan kemudian dan latihan antara muslimin dan muslimah akan diasingkan. Manakala kelas kanak-kanak akan dijalankan pada hari minggu. Ini bagi membolehkan kami fokus untuk mengenalpasti bakat-bakat yang ada dari awal lagi. Semoga langkah ini akan memertabatkan SILAT di bumi Putrajaya.

Sesudah solat asar kami bergegas ke Sekolah Agama Menengah Kajang untuk mengendalikan kelas silat sessi petang. Jikalau minggu lepas hanya 5 orang mendaftar – minggu ini kelihatan hampir 35 orang telah menyertai latihan silat. Di harapkan para pelajar ini akan mempromosikan silat di sekolah agama tersebut untuk kebaikan semua pihak. Di samping itu, kami telah menjelaskan kaedah sistem latihan yang lebih sistematik dan tersusun untuk memudahkan lagi proses pembelajaran silat di sekolah-sekolah. Sistem ini adalah terkini yang telah saya update bersesuaian dengan perkembangan pengetahuan Sains Sukan terkini – daripada sistem Arwah Guru Silat saya  dan tidak mengubah sebarang kaedah yang telah ditetapkan oleh beliau. Kami menjangkakan para pelajar akan lebih memahami silat dengan mudah dalam masa 7 hari berbanding dengan kaedah pelajaran tradisi dan yang lepas. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan daripada Allah.

Tiba di UM saya terus melihat persembahan anak-anak buah Tiang Hua sempenaa malam kebudayaan 1 Malaysia di dewan Pendeta.

Perjuangan diteruskan…

Guru Dr. Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Coaching (UWIC, UK), Master in Sport Science (UiTM, Malaysia) & Bachelor in Science. The World-Recognized Silat Coach, is a top international silat guru that has 10 years of coaching experience in martial art (SILAT). Through his training center Pusat Cemerlang Silat Malaysia, he attracts many international silat students to train and master silat effectively. Within the past 5 years he has focused on research and study in area of silat coaching. He has produced more than 50 black belts students under his training center. Complete information on Guru Dr. Nizam’s product and other services offered is available on his web site. And while there, read dozens of articles an martial arts and sign up for this free ebook and newsletter.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=6879e6bf5e5ad500f166ac0c40a1f15781de1074ef937f1ab3bead7f3399f35c9fa90932852fc7b5b8053e875a53e8cb5df7132fc53328d582fbe6635f2ba8b7437059e4d38b9c92ac37c9c3998264e9d2963d781a31f415be661f3ce0200fcb0caed33e143cb6ae585e4b842bcfb2c49434a05853dfdbb76bb3ecd23977492a4d813e0b44c1c24b621e60918ea339e66c12d6b16724575b33fa0d0502ce76194532c4cae6b67760d280aaade93c9d113360cff1799e19ed33340e3b47d5889b9dc3fce0bb309c993c3593c5f3741b42bd1d6007c84c9b90a281954fdafc5fb73eb4ff3fb591d42bb7df5fed91b7005815d89d9360a67520f62c57b523ba4c562d5f2a3ae63ac5da8d3553ab2ca62ad7e867dc951457796edfed4cf84eed4dd614bfed309ffb251fd49fde535eb6e23a7bb251038552399977758d5b7c2111b06b89faa1810322afdbf10a01428a215bb26bcb8c315bff976824e6d585121207de451113c667c3a6b8340bde97432734525a12079c01f56c0db4121e1395fc17a7562d5128d872425974c2a118afc224863f815e6c4fc189baf812671f79eb34f8b1a329cb3c2a95867d41a7c446e78ba83088a5461370d83d96889ca0f09ffe1ef34367c71052555b912f32c268a7b8ce5f1c33826b903c84d0a68ed394ac28be7dac28bf9f[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *