Pusat Cemerlang Silat

PSGFM Selaku Rakan Strategik Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014

kongres warisan silat melayu sedunia 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak PSGFM berbesar hati mengumumkan bahawa pihak pertubuhan telah mendapat jemputan daripada Sekreteriat Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 untuk menjadi rakan strategik [seni mempertahankan diri Melayu: SILAT] untuk kongres yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 28-29 Oktober 2014.

Pihak PSGFM akan diberikan slot untuk membuat persembahan silat, ruang pameran, jamuan makan malam dan persembahan utama di hadapan YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin.

Jemputan ini adalah susulan daripada kejayaan PSGFM menggondol hadiah persembahan utama di 3rd Martial Arts’ Gala (3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014)  yang telah berlangsung pada 15-17 Oktober 2014 di Rzeszow, Poland.

Kongres kali ini menghimpunkan penggiat seni, budayawan, cendiakiawan, penggubal dasar dan pihak-pihak yang berkaitan untuk bermusyawarah bagi menghasilkan resolusi dan seterusnya, watikah yang mencerminkan pengunggulan Warisan Seni Bangsa.

sidang media psgfm

Jesteru itu, adalah bertepatan dengan motto ‘Warisan Bangsa Diterokai Dihargai’ apabila pihak sekretariat kongres menghubungi PSGFM selaku silat utama – silat melayu asli semenanjung tanah Melayu yang telah terbukti keaslian silat dan kehebatannya sehingga kini.

Kejayaan PSGFM di Poland adalah merupakan bukti kejayaan Silat Melayu bertaraf dunia.

Dimaklumkan bahawa para peserta yang baru pulang dari Poland bersetuju untuk hadir selama dua hari untuk bersama-sama membuat persembahan khas di hadapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia,  YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin.

Tahniah PSGFM!

FATANI NUSA BAKTI

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=5aa5ef907312364d880bf68fd620c78d2c5258b91566d721a5c1882cb5d1f46bed8027b7d08d5db9a2b8a7a98c3dc62533d9bd3ddb1d06fbacd512146c8583bc5432611b75c5ebf69bf404254d22b80c5e610ec840ecfb01d2b317d8a396cd44c981fd103a1a9c80766865aa454d97eaba1a0e763df1f5e94599de801719630460af1034d2bf6c652d3456e897414ea3c45ba226d42e7f9b6ca7831ce288156011dc58b0917a5a9d6b63de5ced8dafa9b177c8b7132cd76bdcf2e167ff2ca45d5a9b417b00d0ca815c3c10e2683fdf56d9bb534e80cae70c22ebe2caf446591a4dd0aa12fc553ba2eb1e2fba821e2975ebffebe9c4a1434c54703f065ec87588331c0d40c60fbe71b4495c66a9b2ffab69bb9549c4dbfa5deac9b7ac34a84921565a85956437aacdfc0b63527a1fd10b0d596fc72d594a32570d56e40fae490a630b3a9b260d9c98841a2b076a1ca4a3438db5c904afee2e8d1c91ad2f0fe09544f0f0d6dcf1d002c39884bd52072679746c2a2052b2b018fc230b6ef66f86c1626d98cabe47227bc7ebf68370ce5d73426bfcb281af72041af55ad5ebeeb8bfc873152eb5ff1d57e934d23bbaa6549d0f1849e048a18c30b4040984801407e77f7fc91ba359e7a436481eb35adecc4f016698f6b06310f8db5561775118319e78594308e92996e4717a1c2a45be12aad0c16adca992921b3292921acb[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *