Pusat Cemerlang Silat

Salam Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak Pusat Cemerlang Silat mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua ahli dan peminat PCS yang beragama Islam. Semoga kita dapat menghayati perjuangan Rasulullah SAW dan menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita menjadi seorang Muslim yang berguna.

Sabda Baginda;

من أحيا سنة من سنني، فعمل بها الناس، كان له مثل أجر من عمل بها، لا ينقص من أجورهم شيءٌ

“Sesiapa yang menghidupkan satu Sunnah daripada Sunnah-Sunnahku, lalu orang ramai beramal dengannya, baginya pahala seperti sesiapa yang beramal dengannya, tanpa mengurangkan pahala mereka sedikit pun.”
[Sunan Ibn Majah dan disahihkan oleh al-Albani]

Maka, sekiranya sepuluh (10) orang mula mengamalkan Sunnah nabi disebabkan oleh kita, maka kita akan memperolehi pahala yang sama daripada setiap seorang daripada mereka, kurniaan Allah kerana mereka dapat pahala mereka, dan kita dapat pahala yang serupa, cuma berganda 10.

Oleh itu marilah kita bersama-sama mencontohi akhlak mulia Rasullullah S.A.W. dan mempraktikan segala sunnah yang ditunjukkan Baginda. InsyaAllah.

Lirik Lagu Law Kana Bainana – Al-Habeeb

Ya rabbi qad ghaffilna
Wa kulluna thoma’un
Fi a’fwin wa fi karamin
Wa fi a’taqin
wa jannatin maa’a sayyidil bashar
Nad’u
Nad’uka rabbi minal a’maqi

Law kana bainanal habib
Ladanal-qasi wal-qarib
Min thoibatin qablal-maghrib
Tholiban qurbal habib

Biqurbini-nafsu tathib
Wa tad’ullah fa yujib
Anwaru thoha la taghib
Ballighna liqahu ya mujib

Hudakal-kaunu rahib
Rahmatal-hadil-qarib
Hadithuka-nahurul a’zib
Jiwarukal-ghusnur-ratih
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin

Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik

Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik

Ya habibi ya Muhammad
Ya thobibi ya mumajjad
Anta zul-fadhil muayyad
Jalla man solla a’laik

Puisi Intro
———-
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu…
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam…

Start
—–
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba…

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam….

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=a6fe316cb7fcf74b1575061bd64187a5808cdd5f46e3de6fb9ef7a0507cf84bcc770634041640796faf5efd7475f92e372143df783d66d9f04c67b178e636b082038f11c4666d0f3952b3c61614e88e984f56a507df29d813cd06d9619fd269314c4e052939f88c9f8da791a1d27f40e9398f9f716c4e501679bfea38201cf7d25490d219d01f96de44bb3a6ab2fc5065953172c0958eea3472126c711dd3fc02c6b331494200f898122b63f6f4d43dec2b3957dc42a0bb7bc038f01d945e024867ae071ee1b2be30bfa5baeb47f3a2c8c01be76c003be04cad712bdc40f8453331e11e713b49b650ec0c74656dec2eb81c1a87e19dcb4ccd81ce4b6615b9cd7b9f30704073cfe2ea0d967469a00f977b57aabc89030464b76d0d617c40d19d977207c5336e9b55ccd559f1de945c313651bcd54d903e3fccf42265563afc29f23efc52e03354fe97a03dbedee0e1f4aa607a832f80f1ee0e8ee1b49d0148f9ea273d59052b7b54e9d6014aeaf33982f2aaac749491d79bf9aa841f85f399774894c8d6aab00802ed94d7e06958153fca8e288e82fb360aba014cccea3e655c157767666e35c9a961fdbbc440c17e3271d9cf23c0f971cd40b7d384949d2ee3fedb382c611f43e31ac0288a42b350293900348a75cf048d08a12b771af9d3dc4af9d3c24[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *