Pusat Cemerlang Silat

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

guru aminuddin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pihak pengurusan tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh ahli PSGFM yang beragama Islam. Ramadhan al-Mubarak adalah bulan mulia yang penuh dengan keampunan dan keberkatan yang ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia. Di sini marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan 1436 H ini.

Sempena bulan yang mulia ini, marilah kita memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum.

Selain itu, marilah kita memperkukuhkan komitmen terhadap ukhuwwah yang selama ini menjadi asas kemajuan pertubuhan ini. Ini kerana, kemajuan dan perkembangan PSGFM adalah saling berkait dengan kekukuhan perpaduan yang telah kita bina selama ini sesama ahli dan AJK tertinggi PSGFM.

Allah menyebut tentang puasa Ramadhan pada ayat 183-185 surah al-Baqarah.

Umat Islam di seluruh negara akan menunaikan ibadah puasa di sepanjang bulan yang mulia ini. Malahan tumpuan juga diberikan kepada ibadah-ibadah lain yang disyariatkan khusus dalam bulan Ramadhan seperti menunaikan solat tarawikh, bersahur, beriktikaf di sepuluh malam terakhir Ramadhan dan membayar zakat fitrah.

Allah SWT telah menjanjikan bahawa sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dan menepati malam lailatul qadar, maka mereka akan diberi ganjaran pahala melebihi ibadah yang dilakukan selama 1,000 bulan.

Justeru itu, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H kepada semua muslimin dan muslimat. Sesungguhnya, bulan Ramadhan yang dilalui dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan akan mampu melahirkan mukmin yang bertaqwa kepada Allah SWT.

Sekian,

Majulah Silat Untuk Negara.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=7ae855a84bed903116b6a43dec03f54f3694c83f7a4654dd9395c775df467c061faa16e917d97073f576ed7f20b985a555f534397637b24de6ba0efd9f5ca3203258ace79e51cfb633dd95d9f4e63b4cb5f2295c9b19c18a720d2b2a1bd6959a06b674f94a4e77ece818dd4ff9ff2ccac507f0e03c1c3f59b83bc82ad27197457a69306925e121b00905dc0d67369b6bf237b1c4acf06f9ed524e2eaf4e3ecf4e26cf1d525980a25b5e5bdb00da6cab30a1946d621e4d80d920b639dfdc6c3423e9926cf30bd660a5bcbb66c83dc545193a471c46244b89910d978bc46a2ce432e4431ec351e454abf22805fb8a302a6753e329af6fa75665c90a40134e25d41c137a5d85e7c193f8c9a0d92111a2800bfaf4767ac7a4a716968439cd3e8d86326c35006e8a47a20922597d626a1ae40e08cf8178d82bee855395073af2cdcbba799ff3a8a6a3bfb15749d15f59e3d7acbecf6ca2a38f9a2b99bd56e2f598386c54ef27212dc9f0b6a62d2c2e21ed54bb19b794f46611e89063ab81221d8de4903261c58d87f1407a4178902232d2cc11bb56aa12856896f0480b0e0ee2f25e213da29edbd65e05999dd85b75d62d11f7909094f3fa00658e9619205c434ef6d230a01350914a2ab797704f0e08121c47759d6da4b483a10bf842890d074946f5b309960b83099615d[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *