Pusat Cemerlang Silat

Selamat Tahun Baru 2013

Silat Coach

 

Salam Sejahtera,

Pihak pengurusan Pusat Cemerlang Silat (PCS) Malaysia ingin mengucapkan selamat tahun baru 2013. Semoga anda terus berusaha untuk mencapai segala kejayaan yang dihajati.

Diharapkan para pesilat PCS dapat bekerja keras dalam latihan supaya sentiasa berkeadaan sedia dalam sebarang aktiviti yang dirancang dari masa ke semasa.

– Berikut adalah amanat yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Hj. Anuar Abdul Wahab AMN mengenai apakah tanggungjawab PCS dalam mengembangkan lagi perkhidmatan Silat kepada masyarakat Malaysia dan Antarabangsa. Mari kita renungkan bersama:

Secara ringkas Perkhidmatan Pendidikan Silat Malaysia ke arah melahirkan insan  yang mahir dalam ilmu persilatan atau pendekar yang miliki sikap dan nilai-nilai murni seperti berikut : Sikap Pendekar ialah matlamat atau arah tuju perkhidmatan Pendidikan Silat Malaysia iaitu membina dan melahirkan insan atau masyarakat yang mahir dalam ilmu persilatan yang cintakan ilmu, beramal dengan ilmunya dengan yakin dan mengembangkannya.  Secara umumnya ialah ilmu yang mendatangkan faedah pada zahir dan batin, kususnya ilmu silat. Setiap ilmu dan amal mencerminkan nilai-nilai murni adat dan adab atau sopan santun seni budaya Melayu yang sejajar dengan syarak.  Setiap pendekar silat mestilah seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memenuhi cita-citanya seperti gigih, bijaksana, sabar, tenang, terampil, berani, jujur, amanah, setia, pengasih, takwa, yakin, luhur, rajin dan seumpamanya yang dapat menggunakan ilmu silat atau lain-lain kemahiran tempat yang betul di atas jalan kebenaran untuk keamanan dan kesejahteraan sejagat (Anuar Abdul Wahab, 2008).

Moga Berjaya!

PCS ADMIN

Rujukan:

Anuar Abdul Wahab (2008). Buku Panduan Silat (unpublished article) with permission Tuan Guru Aminuddin Anuar, Dec 2012.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=697fbc8d1ae4c1581cea3fac91270022e911dcb60030728505825d35a170986ba60f87ccc780e99d153faa2e92e064b21f67ae4197a85cd4073a76bfa1cfc64179385324b51526de7c962bb5342961f69fba1dbc436043ca7d3fda640cec28d3f1ebdd43d742fa19208456e0e7306d43599a0707e1a36aaf5fd5230d708e3fe4cbdcfddb77e9a1619ab4427164ef95b993acfd2499168244ef1c7f401cdd0710dcc7063913a8274bc02433262544f77cbfcdbb55d18e4e2bd1d950e6cf526a649e07f94ae0ea7c6c10a043109e82e5ad9db7bcc72f01414a4a5a7b33b87e32a5d24926fbd45283808918d67ef5bac245d5f5cd3adb6f4e27b8d0babd76bc8180a313521a5046a4b1b59a5600f24bc5d8657c2254c1c65445c1c7d918b4c13592f628b7b0b86b18370442ffb0268913e3d1dcee6dcde212ebe3f675dedeed042c0d021a9ecbf273aa3263deea4796d1fc12f299e7614318b64a7c5094ae659b9071936cc219e644de77b9d9308b0a86061005ee6a99cdcd92face5ea35dbb53a070d5354319f4b3cc2a6d38fd092bbd298a72816c41cdfdc342261731922222283a85631c7bbcd5c95e64a7d5c76d3959f95d9f4dd6fb5ffc7f2bfdf338883b3542bb1b60ce22e140cfc35251df09a69d3189d0b130f2cec51f11f6c51f102d[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *