Pusat Cemerlang Silat

Silat European Tour 2014 : Day 3

banner Silat European Tour 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 telah bermula kelmarin.

Para delegasi dari PSGFM telah memulakan perjalanan yang jauh ini dengan doa dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Semoga segala usaha dan ikhtiar ini dalam usaha mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa mendapat keredaan-Nya. Kini para delegasi Silat Malaysia berada di Rzeszow Poland.

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari ketiga ini:

(Waktu Eropah)

7.00 pagi: Pagi 13 Oktober dimulakan dengan senaman pagi di gimnasium dan sekitar kawasan Hotel Hilton Garden Inn, Rzeszow, Poland.

9.30 pagi: Aktiviti diteruskan dengan melawat sekitar kawasan Hotel Hilton Garden Inn untuk mencari makanan yang halal serta tempat-tempat yang sesuai untuk mengadakan latihan silat.

Guru Dr. Nizam bergambar di tempat penginapan rasmi delegasi Malaysia di Hotel Hilton Garden Inn, Rzeszow, Poland.

Guru Dr. Nizam bergambar di tempat penginapan rasmi delegasi Malaysia di Hotel Hilton Garden Inn, Rzeszow, Poland.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

12.00 tengah hari: Bengkel dan Malam Gala yang akan diadakan dalam masa 2 hari lagi bertempat di Regionalne Centrum Sportowo-Widowiskowe, Podpromie Street 10, Rzeszow. Sekitar kawasan tersebut terdapat kawasan lapang yang digunakan oleh peserta untuk latihan sementara menanti hari persembahan.

Sekitar kawasan Hotel Rzeszow Inn, Poland.

Sekitar kawasan Regionalne Centrum Sportowo-Widowiskowe, Podpromie Street 10, Rzeszow, Poland.

2.00 petang: Selepas makan tengah hari, sekali lagi peserta ke Regionalne Centrum Sportowo-Widowiskowe untuk sesi latihan sehingga lewat petang.

Mantap!

Mantap!

8.00 malam: Selepas solat Isyak latihan masih lagi diteruskan tetapi hanyalah sekitar perkarangan hotel memandangkan suhu rendah di luar hotel boleh menjejaskan kesihatan peserta. Latihan diteruskan sehingga pukul 11 malam dan peserta berehat untuk hari seterusnya.

11.00 malam: Selepas latihan, para peserta persembahan hanya berehat di bilik hotel sambil berbincang idea mengenai pembentangan kertas kerja Silat Malaysia dan bengkel yang akan diadakan nanti.

Peta Poland.

Peta Poland.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=bceefa6808ffe56aff50b8f0885df08cf6e11288557151d63a1a3ca0b5ff9b639afc20ec26d458bd9861fcb44f538f617b9e9a585ffc8460889b3a13dc2874afb2f1b3e4419b7c809c620af62f3898c1f5a07031da9f3cc33ed3e71053eb0934adb24695d7e2236119b78aee5378186d4a2353b99983560460bc603b7826a19dfde95aa9bd4bbf68cc01c9af60e6f854da6fa3dd3715bb8d781e346619d2d517da1517eba82f93ddcfc7e51ce9dc5c851f31013315c2161bc6a590ed7b8d3846e3349054e8d7b9f4b5e7e1335ce04fa67b1d99d1c8b368b6d99af390d5308b7618bbc9977d4603fc600890362852a3e173f94fba2012a82692426c90ff620044133c14e0e4ea9aa88fa37c6c8d4e533419329bab8420d62b58020b5d48026ba088ee40e519648f5ff9bdcbafa8057f5fdc77914d21816838a4a571ea30ee08c77cf949293566545dfeb56aefdeeb29feb06a6c0dd33b3bb40480cbae93e7e6bb3d97d7ebc5d23ee553ac46e2083ba399b70fe44c2722dbca430fb5c65d4bc07e87fb413dc590888d4ba43d5a14d21ff5c6b8a2848ef0be1ed20b4deae2346f961f3fdd8c9183a7ed04c0bb5f1701747cbeff792aa6d1a7dd9705d9bd0d3eaa591ed72fcaf9ae11183699e3dcbf706f05888b0455bc47eb53d06a263ffb42f909a342f90842[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *