Pusat Cemerlang Silat

Silat European Tour 2014 : Day 4

banner Silat European Tour 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari keempat.

Para delegasi dari PSGFM  kini telah berada di Rzeszow, Poland.

Semoga segala usaha mereka ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari keempat ini:

(Waktu Eropah)

10.00 pagi: Seawal jam 10 pagi semua peserta sudah berkumpul di perkarangan hotel untuk menaiki kereta ke World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts dan IMACSSS International Conference yang diadakan di UR Building D9 yang terletak di Aleksandra Zelwerowicza Street 4, Rzeszow yang terletak kira-kita lima belas minit daripada hotel.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Persidangan Sukan Seni Mempertahankan Diri & Beladiri Dunia 2014, Rzeszow, Poland.

10.30 am: Setelah sampai, peserta mendaftar di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan tag nama dan beg kongres. Selesai pendaftaran, peserta terus ke luar dewan untuk menikmati sedikit sarapan pagi seterusnya meninjau tempat untuk pembentangan kertas kerja pada pukul 4 petang nanti.

Pendaftaran peserta di 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts.

Pendaftaran peserta di 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts.

Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014.

Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014. Beliau akan mengendalikan bengkel Silat Malaysia selama 1 jam di Hala PODPROMIE.

Pendaftaran bermula.

Pendaftaran bermula.

11.00 pagi: Para peserta juga beramah mesra dengan beberapa Majlis Tertinggi Kongres ini yang terdiri daripada beberapa orang dari Poland, Portugal dan juga Turki.

Delegasi Malaysia bersama poster yang tertera nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam.

Delegasi Malaysia bersama poster yang tertera nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam.

2.00 petang: Selepas makan tengah hari, majlis pembukaan diadakan di dewan dan dimulakan dengan ucapan daripada beberapa ahli majlis tertinggi kongres.

Persidangan bermula.

Persidangan bermula.

PSGFM membawa nama Malaysia harum di Poland!

PSGFM membawa nama Malaysia harum di Poland!

4.00 petang: Tepat pukul 4 petang, semua peserta berkumpul di dewan 209 untuk pembentangan kertas kerja Silat Malaysia daripada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamad Shapie di hadapan Grandmaster dan ahli seni mempertahankan diri yang lain. Beberapa soalan turut diajukan kepada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam memandangkan Silat Malaysia pertama kali sampai di sana.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sedang membentangkan kertas kajian beliau.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sedang membentangkan kertas kajian beliau.

Pembentangan Silat oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie di Rzeszow, Poland.

Pembentangan Silat oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie di Rzeszow, Poland.

6.00 petang: Majlis tamat pada pukul 6 petang. Para delegasi Malaysia dibawa pemandu di restauran Muslim yang masyur di Rezszow iaitu Dara Kebab. Kebanyakan dari pekerja di sini amat ramah dan berkenalan dengan delegasi dari Malaysia. Kami dilayan selaku VIP di Dara Kebab.

Mercedes 'JOKER'.

Mercedes ‘JOKER’.

8.00 malam: Para peserta persembahan silat pulang ke hotel untuk menjalani latihan terakhir sehingga lewat malam untuk persembahan pada hari esok.

Dara Kebab Rzeszow, Poland.

Dara Kebab Rzeszow, Poland.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=57267c8262e4e825cedac4f82bae486783ac6d49f34e422f8f0f8b67b09d0aeecc97e4d0dc378dad06e095b4560972ac99535aded19766ef67d81249d9be86f6db7909a6ed58981356aa75823707d8cc052f72059b5017e052c6204ecbb87807140ae374c9a9a8ac5d717bb6c8965e84f9a909dd6568e266cf1742001db34eb58b58c3b914f910fff62cfb10ccb31ec7dab129eb8c45197466520641dd4ffd8dff3c4cfbd3a86d718d270067cc949d307f5aeee378ce51da251cd2895386fae8ab263445b11d860da0aa19b9bba522e05745ca558b0d9d853d49e62f254afe0589c53aefff68962455e4a7c62de8e157f0598ff72d47e1f76e2c728e656855ec965e305a20ac15d9ea96d5105229b870ad8dc968662ffb88124253c81309656419c5f502f51a1979adc91dc772e21816594257e15ac605eb927eb7d603a3ad9e13c25f043c13d2a6cbc53f34310454f0859ea9c1153572aaecfd6fa2bb1bf1c8ff3b312758d01f5946ac08e2d3496f9f271a8d43bdf44d8927024a8e3c4890eb5108364e70ece20d7ab7c0f65aebdf2433c06e6a6252c4bce0a800a20690466c11d5774d6921b467ef18d0406c869713909c3b23cd21d54065dd1474133adc52c031fb9da20c7beadc730936559a85ef6261eebf56ad01b9d09eb658c3ba7270c9ba727128[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *