Pusat Cemerlang Silat

Silat European Tour 2014 : Day 5

banner Silat European Tour 2014

TERKINI!

red_arrows_whitebg

TAHNIAH – TAHNIAH – TAHNIAH di atas KEJAYAAN Pasukan Silat MALAYSIA yang berjaya mendapat Piala Persembahan Terbaik di 3rd Martial Arts’ Gala (3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014)

banner Silat European Tour 2014

[Piala Kemenangan Pasukan Malaysia]

banner Silat European Tour 2014

[Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie menerima hadiah kemenangan pasukan Malaysia]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari kelima.

Para delegasi dari PSGFM  kini telah berada di Rzeszow, Poland. Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat Silat di Malaysia di mana para peserta dari Malaysia akan membuat persembahan SILAT MALAYSIA di hadapan delegasi negara-negara lain / seni mempertahankan diri yang lain.

Dimaklumkan oleh AJK Malam Gala yang bilangan penyertaan telah bertambah disebabkan oleh sambutan yang luar biasa persidangan tahun ini.

Semoga segala usaha para pesilat Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.

Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014.

[Kebanggaan Malaysia! Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (Bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014. Beliau akan mengendalikan bengkel Silat Malaysia selama 1 jam di Hala PODPROMIE.]

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari kelima ini:

(Waktu Eropah)

Hari kemuncak telah tiba di mana pada hari ini, Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed  Shapie  yang dijemput khas oleh panel-panel seni mempertahankan diri antarabangsa [International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society] akan mengadakan bengkel Silat di 4th Workshops of Martial Arts. Tuan Guru Dr. Nizam akan mengendalikan bengkel asas Silat Malaysia kepada para Grandmaster dan ahli seni mempertahankan diri berhubung seni budaya Melayu itu pada jam 2 petang.

Manakala para peserta persembahan Silat Malaysia di 3rd Martial Arts’ Gala akan diketuai oleh Cikgu Safwan Abu Hassan. Kedua-dua program tersebut dijadualkan berlansung di Regionalne Centrum Sportowo-Widowiskowe, Podpromie Street 10, Rzeszow.

7.00 pagi: Para peserta sudah berlatih dan minum pagi sebagai persiapan awal bengkel dan persembahan silat.

Latihan di waktu pagi.

Latihan di waktu pagi.

Latihan pagi.

Latihan pagi.

9.00 pagi: Jam 9 pagi para peserta sudah berada di kawasan Regionalne Centrum Sportowo-Widowiskowe, Podpromie untuk melihat sendiri keluasan gelanggang, kelengkapan dan kemudahan yang disediakan. Tempat ini terletak kira-kira 1 km dari hotel. Semua peserta persembahan berjoging untuk ke tempat tersebut di samping dapat memanaskan badan.Raptai persembahan acara diadakan beberapa kali bagi membiasakan diri dengan gelanggang yang baru. Para peserta berlatih sehingga jam 12 tengah hari sebelum pulang ke hotel mempersiapkan diri untuk acara pada sebelah petang.

1.30 petang: Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie akan dibantu oleh Tuan Guru Shahiid Elias pada sesi bengkel nanti sekiranya lebih daripada 10 orang yang mengikuti bengkel tersebut. Kelihatan Tuan Guru Dr. Nizam sudah bersedia di ruang legar Hotel Hilton Garden Inn untuk ke Hala PodPromie.

Menuju ke lokasi bengkel silat di Rzeszow.

Menuju ke lokasi bengkel silat di Rzeszow.

Ke Gelanggang Kita!

Ke Gelanggang Kita!

2.00 petang: Tepat pukul 2 petang, Tuan Guru DR. Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang dibantu oleh Tuan Guru Shahiid Elias mengadakan bengkel untuk mengajar Silat Malaysia kepada masyarakat luar. Sambutan amat baik kerana melebihi 10 orang peserta yang hadir pada bengkel SILAT. Mereka adalah para jurultaih berbengkung HITAM daripada seni mempertahankan diri yang lain seperti  Judo, Karate, Jujitsu, Bukodo, Kung Fu, Taichi dan Taekwondo. Ramai ahli beladiri lain amat kagum dengan seni kehalusan silat yang mudah dan effektif.

Taklimat kepada para jurulatih seni mempertahankan diri di Eropah.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam memberi taklimat kepada para jurulatih seni mempertahankan diri di Eropah.

Permulaan bengkel dengan Bunga Silat.

Tuan Guru Mohamad Nizam memulakan bengkel silat dengan Bunga Silat.

Para peserta seni mempertahankan diri yang lain mempelajari Silat daripada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Para peserta seni mempertahankan diri yang lain mempelajari Silat daripada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Para peserta mempelajari Silat bersama Guru Dr. Mohamad Nizam.

Para peserta mempelajari Silat bersama Guru Dr. Mohamad Nizam.

Mari belajar Silat!

Para peserta seronak mempelajari Silat!

Kaedah silat mudah difahami oleh peserta seni mempertahankan diri yang lain.

Kaedah silat mudah difahami oleh peserta seni mempertahankan diri yang lain.

Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, baru tahu kehebatan Silat Malaysia.

Belum cuba, belum tahu. Sudah cuba, baru tahu kehebatan Silat Malaysia.

Sebahagian peserta yang mendokumentasi pergerakan dan teknik-teknik silat yang dilatih oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam.

Sebahagian peserta yang mendokumentasi pergerakan dan teknik-teknik silat yang dilatih oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam.

4.00 petang: Pada pukul 4 petang peserta pulang ke hotel untuk mempersiapkan diri memandangkan persembahan di Martial Arts’ Gala akan bermula pada pukul 5.30 petang.

5.30 petang: Para peserta persembahan bergerak ke Hala PodPromie.

We are ready!

We are ready!

On the way to perform silat!

On the way to perform silat!

Bring it on!

Bring it on!

Menunggu giliran persembahan silat.

Menunggu giliran persembahan silat.

6.00 petang: Malam Gala tersebut dimulakan dengan persembahan oleh seni mempertahankan diri dari negara lain. Apabila tiba giliran Silat Malaysia iaitu yang ke sembilan, Alhamdulillah pasukan Malaysia telah berjaya mengondol Piala Persembahan Terbaik di Poland. Manakala respon yang diberikan oleh masyarakat luar terhadap SILAT amatlah baik.

Nur bergambar bersama piala kemenangan pasukan Malaysia.

Nur bergambar bersama piala kemenangan pasukan Malaysia.

Cikgu Safwan bergambar bersama piala kemenangan.

Cikgu Safwan bergambar bersama piala kemenangan.

9.00 malam: Setelah acara tamat kira-kira pukul 8 malam, peserta pulang ke hotel untuk menukar pakaian lalu terus ke Hotel Rzeszow untuk majlis makan malam yang terletak agak jauh daripada hotel yang didiami.

Pasukan Malaysia dijemput ke Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa.

Pasukan Malaysia dijemput ke Majlis Makan Malam Persidangan Antarabangsa.

Majlis Makan Malam.

Majlis Makan Malam.

11.00 malam: Majlis makan malam yang diadakan berjalan lancar dan peserta pulang ke Hotel Hilton pada pukul 11 malam untuk berehat.

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA.

FATANI NUSA BAKTI!

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=422d2ca83fc1e94579b59ab134b222c64c34f78dc0c8e81226d3fde742114406239497aed790e3721e052ae403929e847965d7a0057bbf7766c5f3c3e783b3ad0c4c15f8ad820649faa5a900901176a433b69eb899b67896c158eeff3fcea344ba9250dcbf2db8a8146e47dcd213d6317afeacab8b504165835139a15663378f3ab53d883dba2600a24caef1e9932119cc028115560c718b5bd02d1de8e61dbae425d98fab64f4b1a2a8c3c212a1645350dd5a95d86d0d782be473019ecc27e597d9c773129a30f00b718e40ff23e5bddd44ae72ef29fdeb7e49154ce225f7f8fd2398247b8654ce4726c16e7a23c1ae0db160f42554f27b05679b706240f9d20a4e1aedeaa41d7b83040e0afdc0a9f4b23c4066f1faa0883a0a208b3c6467126544ab44da9fbd8e3d1d202ab1b9833d5e965cb1c6d818475db9735348338bd1cb1299cbd3c08e19d8c0973b1588b3dbb04ee5a9bdc244663c14c15f75bd8b40bf3e4ef3b74afd025f71e1b1fc1445653393353ecccffd64551b475d738875bf768565f070563da18ee20965b934d718549dd26bc9d64d64b5504a81e0cfebc7c58f935f084665bad8d807a38054bf2958d638f4f95bb73ddfdee89132962a58c94e2531d54ce66c408f90e67774e7aa43b814acd09ee052fe897df431897df5ec[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *