Pusat Cemerlang Silat

Silat European Tour 2014 : Day 7

banner Silat European Tour 2014

TERKINI!

red_arrows_whitebg

TAHNIAH di atas KEJAYAAN Pasukan Silat MALAYSIA yang berjaya mendapat Piala Persembahan Terbaik di 3rd Martial Arts’ Gala (3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014)

Piala Kemenangan Pasukan Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari ketujuh.

Para delegasi dari PSGFM  kini telah menunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Alhamdulillah  para peserta dari Malaysia telah membuat satu persembahan SILAT MALAYSIA yang amat baik dan membanggakan di hadapan para delegasi negara-negara lain / seni mempertahankan diri yang lain.

Malaysia telah memenangi Piala Persembahan Terbaik pada tahun 2014. Semoga segala usaha para pesilat Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.

Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014.

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari ketujuh ini:

(Waktu Eropah)

Penantian selama ini telah berakhir kelmarin. Para delagasi Malaysia telah meletak tanda aras di 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts apabila memperkenalkan seni mempertahankan diri SILAT dan mendapat sambutan yang positif. Ramai paya pengkaji dan penyelidik amat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan sehingga dipilih sebagai pemenang pada hari tersebut.

Panel-panel yang terdiri daripada seni mempertahankan diri antarabangsa [International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society] amat mengalu-alukan penyertaan Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie sehingga beliau menjadi tetamu jemputan mengendalikan bengkel Silat di peringkat tertinggi ini.

Amat membanggakan apabila beliau terpilih dalam Hall of Fame 30 orang mahaguru terbaik dunia dalam persidangan kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang bertungkus-lumus selama lebih tiga bulan yang lepas untuk berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan keringat dalam memertabatkan Seni Silat Malaysia selaku seni mempertahankan diri terbaik di dunia. Semoga Allah memberi keredaan di atas segala usaha yang telah mereka berikan selama ini. Amin.

Kini para peserta akan kembali ke Warsaw sebelum pulang ke tanah air.

7.00 pagi: Pagi 18 Oktober masih lagi dimulakan dengan senaman pagi dan sarapan. Selepas berjalan sekitar kawasan hotel, peserta mengemas semua barang dan bersiap untuk bergerak ke ibu negara Poland iaitu Warsaw. Hal ini adalah untuk memudahkan pergerakan pulang dua hari lagi kerana lapangan terbang berdekatan dengan hotel yang bakal didiami.

Aksi Guru Dr. Nizam dan Guru Shahiid di waktu pagi di bandar Rzeszow.

Aksi Guru Dr. Nizam dan Guru Shahiid di waktu pagi di bandar Rzeszow.

8.00 pagi: Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan Tuan Guru Mohd Shahiid Elias bersama delegasi Malaysia akan menghabiskan sesi pagi melawat kawasan-kawasan utama Rzeszow. Sepanjang tujuh hari yang lepas, segala masa dan tenaga ditumpukan kepada program persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh delegasi Malaysia. Mereka sempat bergambar sambil menikmati udara pagi di Rzeszow.

Awal pagi di bandar Rzeszow.

Awal pagi di bandar Rzeszow.

Pemandangan di Bandar Rzeszow.

Pemandangan di Bandar Rzeszow.

Pemandangan di sekitar bandar Rzeszow.

Pemandangan di sekitar bandar Rzeszow.

Pemandangan di Rzeszow.

Pemandangan di Rzeszow.

Pemandangan di bandar Rzeszow.

Pemandangan di bandar Rzeszow.

Kawasan tumpuan pelancong di Bandar Rzeszow.

Kawasan tumpuan pelancong di Bandar Rzeszow.

11.00 pagi: Para delegasi Malaysia bergerak ke Hotel Rzeszow bersama Fatimah (pelajar Malaysia di Rzeszow) untuk membeli cenderahati untuk peminat-peminat Silat di Malaysia. Di hotel inilah jamuan makan malam 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts telah diadakan.

Guru Dr. Nizam bergambar di hadapan Hotel Rzeszow.

Guru Dr. Nizam bergambar di hadapan Hotel Rzeszow.

Monumen utama di Bandar Rzeszow.

Monumen utama di Bandar Rzeszow.

12.30 tengah hari: Para delegasi berkumpul di perkarangan Hotel Garden Inn, Rzeszow kira-kira jam 12 tengah hari untuk ke Warsaw, Poland.  3 petang untuk menaiki kereta sewa. Para delegasi dijemput oleh Chauffeur (limosin) yang sedia menanti semenjak jam 11.30 pagi. Para pekerja hotel sempat membantu para delegasi Malaysia bergambar. Selepas 6 hari berada di Rzeszow, mereka berasa seronok dengan rakyat Malaysia yang ramah dan pandai mengambil hati para pekerja hotel berkenaan. Lokasi berikutnya adalah Hotel Hamptons by Hilton yang terletak 350km dari Bandar Rzeszow.

Chauffeur Mercedes Vito, Mr. Hubert telah sampai awal di Rzeszow.

Chauffeur Mercedes Vito, Mr. Hubert telah sampai awal di Rzeszow untuk membawa delegasi Malaysia ke Warsaw.

Guru Dr. Nizam, Guru Shahiid dan Fatimah (pelajar Malaysia) bergambar dengan Mr. Rojeszki.

Guru Dr. Nizam, Guru Shahiid dan Fatimah (pelajar Malaysia) bergambar dengan Mr. Lukaz.

We are ready to Warsaw.

We are ready to Warsaw.

5.00 petang: Para delegasi berehat di kawasan tempat rehat selepas 3 jam pemanduan. Jalan raya agak sibuk kerana ramai rakyat Poland keluar pada hari Sabtu berekreasi.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bersama Mr Lukaz, berhenti rehat di kawasan rehat sebelum menyambung perjalanan ke Warsaw.

Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bersama Mr Lukaz, berhenti  di kawasan rehat sebelum menyambung perjalanan ke Warsaw.

7.00 petang: Selepas 6 jam perjalanan peserta selamat tiba di Hotel Hamptons by Hilton. Sesudah solat dan berehat, para delegasi keluar semula ke Bandar Warsaw untuk makan malam. Agak sukar mencari makanan halal di sekitar bandar Warsaw. Namun, para delegasi Malaysia terserempak dengan seorang lagi pelajar Malaysia yang belajar dalam bidang perubatan di universiti sekitar Warsaw. Beliau membawa para delegasi Malaysia untuk menjamu selera di Amrit Kebab yang halal. Makan malam diakhiri dengan janji untuk bertemu Ida pada hari keesokan hari untuk menjelajah kawasan Warsaw pula.

Tiba di Hamptons by Hilton berdekatan Warsaw Frederic Chopin Airport, Warsaw.

Tiba di Hamptons by Hilton berdekatan Warsaw Frederic Chopin Airport, Warsaw.

11.00 malam: Para delegasi Malaysia kembali ke hotel untuk berehat sementara menanti hari yang panjang pada keesokan harinya.

FATANI NUSA BAKTI!

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=b2fcfc59ce3007948847ea74499adff8ec1c85bb7c4758341533c75478fc4dbf72cbd438d36575e20471d1f34dba066df9eae2fc71921db758610f4f5237ec061f8bf1ac027dbc73952ad75ef801aaefbd66c6ae1a659a37811ff7a09ceb6a5bb52c571d95b52b0e8fd679b26b7329bd95908e8de14e44127c5ff0bb3c813280e738a345b17ec2262a90e936c340bbf6859dd128038e2c6ae807a6b57f23b92ad3b9685b85ad6a9c9429ab1a7a587ec688281928d1212f40a556fa4df853aa8e351336172c5e302eae980b0916e55a6ff9e540b75cb9f7ffa76dea5c2e85745535a4996ca80df21fc6be3458651dbc89becb915e45143f046d7a1452b5ed8469a264375c57cb874685b2764a2ef9a06c11cbff8d94e751d04d48e2d84d419f86d046ca10fe00fa8c1a9983984ceb63a26b889a5c8fe078ac32eb70567aa2b9c2fbe52726a52b3642ebd7c64439d8b314797a4c39b323806c4f4786c9949543a5f46a979c19e21001867cd5ef63218d534540f3cf20844fc389e83fb378cf9215ae45a669e8bd3c24897a47ea59eab8ab10dd0e0c35d0436749ec3bd4e076b4eaa29a0e490d84962c5d43b8a8ad307242d2b327c4f91c9a08ac1b022e22c7fb2af8a69fd704e92b463897edd3b17e610b86850a5bb249e55dd04b3cc0587963bfb27963be53[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *