Pusat Cemerlang Silat

Silat European Tour 2014 : Day 9

banner Silat European Tour 2014

TAHNIAH di atas KEJAYAAN Pasukan Silat MALAYSIA yang berjaya mendapat Piala Persembahan Terbaik di 3rd Martial Arts’ Gala (3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014)

arrow

banner Silat European Tour 2014

Kebanggaan Malaysia. Nama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie terletak di Poster (bahasa Poland) bersama pakar-pakar seni mempertahankan diri yang lain untuk sesi bengkel pada 16 Oktober 2014.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari yang terakhir.

Malaysia telah memenangi Piala Persembahan Terbaik pada tahun 2014.

Semoga segala usaha para pesilat Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.

Terima kasih kepada semua yang membantu termasuklah:

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM)Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Universiti Malaya, Kuala LumpurUniversiti Teknologi MARA, Seremban 3, Negeri Sembilan.Jabatan Kebudayaan & Warisan Negara, Kementerian Pelancongan & Warisan MalaysiaKementerian Belia dan SukanKelab Silat Olahraga Bandar Baru BangiKelab Silat Universiti MalayaKelab Silat Olahraga Universiti Teknologi MARA, Seremban 3, Negeri SembilanUniversity of Rzeszow, PolandPusat Cemerlang Silat, Malaysia

Tanpa sokongan padu daripada semua pihak yang membantu pasukan Malaysia, amat sukar untuk misi ini ditunaikan.

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari terakhir ini:

8.00 pagi: Seawal jam 8 pagi para delegsi Malaysia sudah berkemas untuk ke lapangan terbang memandangkan tiket pulang adalah pada pukul 12.30 tengah hari. Selepas mengambil sarapan pagi di Hotel Hamptons by Hilton, para delegasi menaiki limosin ke lapangan terbang antarabangsa Frederic Chopin, Warsaw, Poland.

9.30 pagi: Para delegasi tiba ke lapangan Terbang Federic Chopin untuk check-in bagasi. Selepas itu, beberapa orang peserta sempat membeli beberapa keperluan peribadi dan cenderahati untuk rakan-rakan di Malaysia.

silat malaysia 1

12.00 tengah hari: Terdapat beberapa kesilapan teknikal sebelum menaiki pesawat. Pesawat yang ditunggu tidak tiba walaupun sudah jam 11.30 pagi. Mujur Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie menggunakan pengalaman beliau tinggal di Eropah untuk mengenal-pasti permasalahan tersebut. Beberapa orang pegawai bertugas di lapangan terbang tersilap memberi maklumat mengenai pintu boarding para delegasi Malaysia. Tepat pukul 12.30 tengah hari B737-800 berlepas ke Lapangan Terbang Schiphol, Netherlands.

silat malaysia 2

2.30 petang: Selepas 2 jam perjalanan, kapal terbang selamat mendarat di Amsterdam. Para delegasi Malaysia perlu transit di lapangan terbang antarabangsa Schipol selama 6 jam. Oleh yang demikian, peserta tidak keluar daripada lapangan terbang. Para peserta berjalan-jalan di sekitar airport mencari pengalaman baru kerana baru pertama kali tiba di Amsterdam. Selepas makan di restauran, para peserta solat di bilik khas yang disediakan. Manakala Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam dan Tuan Guru Mohd Shahiid berehat di KLM Lounge sementara menanti penerbangan seterusnya pada pukul 8.50 malam.

silat malaysia 3

silat malaysia 4

silat malaysia 7

silat malaysia 6

8.30 malam: Pesawat ke Kuala Lumpur Boeing 777-200 dipenuhi oleh pelbagai bangsa dengan agenda tersendiri. Para delegasi Malaysia sempat berbual dengan penumpang lain semasa boarding. Tepat jam 9 malam pesawat yang membawa bersama delegasi-delagasi Silat European Tour 2014 berlepas ke Kuala Lumpur.

silat malaysia 5

2.30 petang (waktu Malaysia) : Pesawat 777-200 selamat tiba keesokan harinya (hari ke-10) di Kuala Lumpur. Para peserta berpisah dan bertemu kembali selepas seminggu untuk Kongress Melayu Sedunia yang berlangsung di PWTC.

silat malaysia

Selamat Pulang pasukan MALAYSIA!

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=45fcd69f6273eb15ca86b9e0759da5a93f2b5a7da54221cc546cb22045d5437d2493b04dd0a6647619006c64c48c99837662c0a7007c9f75ce0064cbcc95e3199ffaed6bbc8363847728d012c1bd68cbe30edeeab0cf70a67d32566dfdc80890602b96337767343afa5e8164880429637775fac4a51a9fb4839245e023fd24fdce21ec3f6702dcaea8f45fc035b64d207cab27de357ada9e1eaa2736a862029c613181b0b5594833365494d02ded101c08fe0789f657d916ad78d58a4366bf8ea7ae75e6966263d74f5fd1f6055c3df7a8b15df4353e2777814f1a64406c7e59e75fcb7489321d0c41c6697d5bfd13b8e102684d2a476588409c777a47fe864c214033b617cbf884c7014c39a562bf1fdb7aedd6bea7772d8e2777ba5bcea7cf02ac439d9b4999fab9c35720f082fa3e8f3be0063354ca06e08c15215cc04c21d1a0ad10c78d16a9a7ddaa2f811ca8ad7e38919ba56757dbcf3aeaf798b857c3abf7d807971b24f09af0c1cb78005842896e1335690b5876ea8cd16b87ba653a245852fcbddf68a417b4d3b5113641da7c780bc0e6aef3ba221ecc97eee7c725746b3b5f15fc3843afeff98c84460781d25ea93f256ffd2145f5c652a1e6afd7321156c9e0ce611b25478897fd7073fcad44bf13abd0addfc8698f2252fa8f225324[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *