Pusat Cemerlang Silat

Silat Itu Mesti!

Oleh : Dr. Silat

“Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu yang bersendikan sayarak menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatria yang luhur”

Anuar Abdul Wahab AMN

Apakah mempelajari silat itu satu kemestian? Mengapa mesti silat? Mengapa bukan yang lain? Apakah mempelajari silat dapat membantu anda daripada bahaya dan malapetaka? Berikan sebab-sebab mengapa saya perlu mempelajari silat? Adakah terdapat sebab-sebab lain selain daripada mempertahankan diri.

Sebab 1Silat Warisan Negara. Silat itu adalah warisan bangsa MALAYSIA. Maka adalah wajar sekiranya mempelajari Silat didahulukan dibandingkan yang lain. Seperti slogan yang sering dilaungkan oleh para pemimpin negara ‘Gunakan barang buatan Malaysia’¬† iaitu mendahulukan barang negara sendiri berbanding yang lain. Soal boleh tidak mempelajari seni beladiri lain adalah soal kedua. Mendahulukan barang kita dahulu berbanding yang lain adalah satu sikap yang mulia sebagai rakyat negara Malaysia.

Sebab 2 – Silat itu Beladiri. Mempelajari silat akan membantu anda mengenai pelbagai perkara yang terkandung dalam seni mempertahankan diri. Paling menarik adalah anda bakal mewarisi Silat yang telah diamalkan bertahun-tahun oleh pendekar-pendekar hebat seperti Mat Kilau, Hang Tuah dan lain-lain. Anda akan mempelajari disiplin bersilat serta nilai-nilai murni yang terdapat dalam Sikap Pendekar itu sendiri. Anda berpeluang mempelajari selok belok mempertahankan diri dari segi fizikal dan mental. Pengetahuan menilai sesuatu keadaan mendesak akan dilatih dalam mengelakkan pergaduhan dan pertelingkahan. Malang tidak berbau – dan kita tidak akan mengetahui bila kita akan diuji tetapi ilmu pengetahuan menilai sesuatu sebab dan akibat itu amat berguna dalam diri seorang Pendekar itu.

Sebab 3Silat Cegah Jenayah. Statistik menunjukkan bahawa mereka yang tidak mempelajari seni beladiri khasnya Silat adalah mangsa-mangsa jenayah di Malaysia. Mangsa-mangsa ini adalah daripada kes-kes berat seperti rogol, ragut, rompak dan samun, pukau, bunuh dan lain-lain. Silat melatih anda mengelak daripada berlaku keadaan begini. Perkara pertama yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana untuk mengelak daripada diragut atu dirogol.  Menjauhi tempat-tempat yang mudah diganggu dan dikacau. Jadi ilmu pengetahuan inilah yang akan anda pelajari apabila mempelajari bersilat. Di samping itu juga aktiviti silat membantu mengikis segala penularan gejala negaif di kalangan pengamal silat itu sendiri seperti dadah, seks bebas, vendalisme dan sebagainya. Falsafah dan Sikap Pendekar silat mengajar mengasihi diri dalam erti kehidupan dunia dan akhirat.

Sebab 4Silat adalah Sihat. Mempelajari  silat akan memperbaiki tahap kehidupan anda. Senam Silat akan membantu memperbaiki kelembutan dan kelenturan tubuh badan anda. Di samping itu juga anda akan memperbaiki tahap kardiovaskular jantung anda. Silat membantu dalam segala aspek kesihatan sama ada kekuatan mahupun kelembutan tubuh badan.

Sebab 5Silat Untuk Semua. Sememangnya benar ilmu persilatan itu adalah berasal daripada bangsa Melayu yang gagah berani yang diwariskan zaman berzaman. Ilmu persilatan Melayu mencapai kemuncaknya di zaman kegemilangan Melayu Melaka. Namun zaman berubah. Empayar bertukar. Negara berubah. Ilmu persilatan menghadapi globalisasi di alaf baru. Silat kini tidak hanya untuk bangsa Melayu. Silat itu bersifat universal. Global. Terbuka untuk semua. Tidak kira Melayu, Cina, India, Eropah dan lain-lain boleh mewarisi dan mengamalkan ilmu silat seperti ilmu yang lain dan menghormati adat dan budaya Melayu yang bersendikan Islam itu sendiri. Silat kini dikuasai oleh bangsa Eropah yang gigih mempelajarinya di bawah bumbung PCS. Silat terbuka untuk semua!

Sebab 6Silat Melatih Bijaksana. Silat melatih pengamalnya bertindak bijaksana dalam apa sahaja keadaannya. Tidak kira dalam keadaan aman mahupun terdesak sikap ini adalah amat penting dalam menentukan hala tuju arah kehidupan pengamalnya itu sendiri. Silat melatih para pengamalnya untuk mempertingkatkan martabat diri dan pemikiran melalui pengamalan-pengamalan hidup yang sihat dan positif. Secara tidak langsung ini akan mempengaruhi minda sesorang pengamalnya dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.

Sebab 7Silat itu Keusahawanan. Silat adalah satu bidang perkhidmatan yang mendatangkan faedah kepada semua yang terlibat. Tidak kira sama ada kepada pengguna mahupun pengamal, bidang perkhidmatan silat membuka peluang kepada semua pihak yang berminat untuk menyumbang tenaga dan kemahiran. Silat adalah eset bangsa dan negara Malaysia. Silat adalah sumbangan bangsa Malaysia kepada tamadun dunia.

silat-training-3

Mempertahankan diri itu wajib tidak kira lelaki mahu pun perempuan. Pembelajaran Silat dapat membantu para remaja menjauhi gejala negatif.

silat-training-7

Silat itu Sihat serta mempertingkatkan disiplin para pengamalnya.

ses

PCS membantu secara langsung golongan pelajar istimewa dalam mempertingkatkan lagi psiko-motor para pelajar berkenaan.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=c7f19b1dfc5c2764a5022e3631af48faa3ece594827ba368492007a33a5769d6da015ec37e296af804ea5eb9cafe078e7b7e189bea7607f2ac4b31d9c00e12ed4cd59237ed0ad6ea147b845ac2ad3703e1e69c978408f7fab50fffe9c1c7290f36fbe85cf456779dc5e04ab60b9a6fb6f47625c2fed8296c0ac8d1c69eed3e053b5ea7597a37261d267ad14eab1843aef1f9dba53ff45432801f3bc10679490678d0aa8012e4ec51c3520224a363a663ce90ef8cc358d32846bac9db04cde839069c8f0578196cec5d81d17c23fceeb8377ba87e777852fcd9f60967ac683bda1ae7470fc6d2e9263d70477c15fa6c2aa535e63daa0680668179433efdca0e326601e81469b3bff5ec9c29a83d3095203d39e7f2a83ed26880e929f3a9a5cda2e07e848ac5dd4b7dc65b9cf0fbdd82942063740b18425b5f2e42298edf24ac985354017a524bf0b613055a7be3a5cfdd3d3384b6d94d257956871995aa7f36e681b5f9e979123da054cdac15b3ced61521d40c74c9774bb3a6fef365ba8f5388b385279e20ffcdee70281b59b3ff3ed84a91591015ab8d65f4d681cfec335151e24a0c1e6220bcdb67d70551ff2401801cbb211b5097bea4d8616af0ef95aac9061973fefd7223ca319d25d0958d5d696740fa8f6740fb5b[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *