Articles from www.cikgunizam.com
Assalamualaikum,
Salam sejahtera. Laman web ini akan memberikan anda segala perkembangan terkini silat melayu yang sedang berkembang dengan baiknya di eropah ini. Latihan di Malaysia sedang memasuki fasa off seasons.
Manakala di eropah kami baru sahaja memulakan kembali latihan kami setelah bercuti panjang semasa musim panas yang lalu. Semalam adalah latihan minggu ke 5 kami di UWIC, Cyncoed. Latihan bersama Yusuff one-on-one memberikan kelebihan kepada beliau untuk menguasai silat melayu dengan baik.
Tambahan beliau mempunyai basic beladiri yang baik dalam jeet kune do, kick-boxing, kung-fu dan krav maga. Jadi latihan bunga sembah sememangnya memberikan kelebihan kepada beliau. Ini kerana latihan bunga sembah memberikan kefahaman gerak seseorang itu dalam menangani serangan lawan. Jadi dalam 3 minggu pertama memang saya memberikan penekanan bunga sembah kepada beliau mengenai ‘the basic of bunga sembah’.
Teringat saya kata-kata guru aziwahija “memang diorang tak tahu apa itu bunga sembah, tetapi apabila mereka telah menguasainya memang mereka tak tinggal dah!”. Jadi Yusuf memang seperti orang di sarung bantallah. Belajar separuh mati. Memang saya tak bagi peluang punya.
Kebetulan balik dari training saya singgah di Chicago Bulls (restoran kebab). Berborak dengan owner kedai tersebut. Kebetulan beliau bertanya mengenai saya – saya memberitahu beliau saya merupakan jurulatih self-defense di Universiti of Wales Institute Cardiff – apalagi sorang lagi di sarung bantal. Bulan depan beliau akan menghantar 2 orang anak beliau menjalani latihan di sana. Ramai yang sedemikian di sini. Gila Ilmu. Ramai students saya yang hadir bukan orang melayu tetapi foreign people. Rasanya lebih mudah mengajar mereka berbanding orang melayu (dari segi komitmen latihan). Mereka tekun. Kalau saya suruh buat latihan gerak 1 ke 2 – ITULAH latihan yang mereka akan ulang, ulang, ulang sampai dapat. Bak kata orang ‘genggam bara api sampai jadi arang’. Memang itulah yang saya ajarpun. Mudah dan effektif (telah saya terangkan dalam ebook silat melayu). Bukan banyak pun diajar. Bunga sembah jer! Dalam 3 minggu dah hafal, dah faham, dah boleh apply teknik dan sambut serangan. Belum saya ajar jurus dan buah lagi. Tetapi itulah Silat Melayu. Hebatnya bukan pada fizikal seseorang tetapi kepada ilmu silat tersebut.
Kadang-kadang puas dilatih budak2 di Malaysia – Buat dek jer. Jangan ketinggalan sudahlah!
Teringat si Yusuf pernah belajar jeet kune do – saya selitkan sedutan movie pengasasnya Bruce Lee.
Related Blogs
- Online PhD UK-University of Wales Institute Cardiff | Online PhD Degree programs
- SIlat Suffian Bela Diri – Empty Hands Seminar, Italy 2008 | Best Tutorials, Tips, Tricks For You
- Silat Suffian Bela Diri – Destroy your Opponent (read description) | Stock Market News
- Silat Suffian Bela Diri – Takedowns, Locks and Machete | Kung Fu Training
- Silat Suffian Bela Diri – Kerambit – counters & takedowns | Firearms
- Silat Suffian Bela Diri – Traditional Bruneian Kuntau | Legal Arena Blog
- Silat Suffian Bela Diri – Knife Defense & Disarm | Jiu-Jitsu Techniques Videos
- Silat Suffian Bela Diri – Nerve Point Constriction – Milan, Italy Seminar | Martial Art Services
- Deddy Corbuzier Melatih Beladiri wing chun | New OES is SEO
- Parlimen Eropah menyeru supaya menghentikan pengusiran ahli-ahli parlimen Baitulmaqdis at Palestinkini.info
- GearTinggi: Mak Uia, Baii, Amid, Pipi! » Toyota Prius: 200k Di Eropah!
- Penduduk Eropah cari udara dingin | Berita Harian Online
- Maradona: Amerika Selatan Sukar Saingi Eropah | Free Malaysia Today – Bahasa Melayu
- 9 Pemain Bola Eropah Yang Beragama Islam « Blog Peribadirasulullah
- REAL WORLD VIOLENCE – INTERVENING « United States Krav Maga Association Blog
- Benefits of Krav Maga | Worldprofit Articles
- Free Article Directory » Plus points of Krav Maga
- Commando Krav Maga – COMPLETE SET[DvDRip XviD][PDU][HuntR] Movie torrent | Torrent Avi, Movie Releases, Torrent Movies
- Human Weapon – Krav Maga – Part 3 of 5 – BLEEDtheSOUL
- Apa Yang Dilakukan Presiden Amerika Barack Obama Saat Liburan Musim Panas? – petiknews.com



