Pusat Cemerlang Silat

SILAT OLAHRAGA

Jumaat – pagi meeting bersama rakan-rakan berkaitan isu UM. Kemudian saya terus bersama Guru Shahiid (Pengurus PCS) ke stadium cheras untuk kejohanan silat peringkat kebangsaan. Selesai mengambil keputusan silat olahraga peringkat awal dan suku akhir kami merekod beberapa perlawanan silat untuk tujuan pengkajian.

Tengah hari kami menunaikan solat Jumaat di TM dan makan rojak mamak di masjid TM. Sempat juga memotong rambut dan kembali semula ke stadium untuk aksi sebelah petang.

Amat menarik juga melihat perjalanan pertandingan silat olahraga yang khabarnya habis jam 3.00 pagi untuk pusingan awal. Semestinya para juri dan wasit mempunyai psikologi dan fisiologi yang tinggi untuk bertahan hingga ke waktu itu. Syabas juga untuk para jurulatih yang telah bersedia awal men’conditioning‘kan atlit-atlit mereka dengan latihan hingga lewat pagi sebagai persediaan menghadapi isu di atas.

Termenung panjang seketika saya apabila mengenangkan nasib semasa menghabiskan sepanjang malam di universiti menyiapkan tesis PhD saya  pada tahun lepas di samping berlawanan dengan keadaan malam UK yang amat sejuk.  Diharapkan keadaan ini tidak berlaku lagi selepas ini untuk mengelakkan faktor kepenatan dan kehilangan fokus untuk pusingan seterusnyauntuk semua mereka yang telibat khasnya, atlit.

Amat menarik juga melihat sistem pemarkahan yang secara langsung digantung untuk pengetahuan para pesilat dan jurulatih bertanding melihat keputusan aksi mereka untuk setiap pusingan silat olahraga. Namun sama ada para jurulatih sedar atau tidak sistem ini telah lama digunakan dalam sukan TKD.

Adalah lebih baik juga sekiranya sistem pemarkahan langsung diberikan tanpa perlu menunggu habis setiap pusingan. Oleh itu ujian relibility juga amat penting untuk memastikan sistem ini boleh diterima atau tidak selain memikirkan faktor practicality.

Sebutan silat olahraga digantikan dengan tanding – kerana itu juga konsep permainan silat itu sendiri telah berubah. Sistem pemarkahan juga telah diubah. Jadi sistem latihan dan persediaan atlit juga perlu diubah supaya kena dengan sukan tersebut. Sekiranya kaedah latihan masih sama seperti dulu, maka tidak hairanlah ada pasukan yang jurulatihnya yang dulu dan kini masih orang yang sama – tidak akan meningkat mutu perlawanan dan aksi mereka. Kesian juga melihat masih ada para jurulatih yang masih barada pada tahap yang sama. Tidak mengapalah kerana saya telah menyelesaikan perkara tersebut dalam thesis saya. Insya-Allah akan dibukukan tidak lama lagi dan para jurulatih boleh mendapatkannya.

Semasa di stadium sempat juga disapa juga oleh kenalan lama di samping melihat gaya para pesilat yang hendak bertanding seperti ayam jantan bertaring tajam. Pulang lewat petang bersama hasil rakaman untuk tujuan akademik dan sukan silat khasnya!

Kami bekerja – ANDA bagaimana?

Guru Dr. Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Coaching (UWIC, UK), Master in Sport Science (UiTM, Malaysia) & Bachelor in Science. The World-Recognized Silat Coach, is a top international silat guru that has 10 years of coaching experience in martial art (SILAT). Through his training center Pusat Cemerlang Silat Malaysia, he attracts many international silat students to train and master silat effectively. Within the past 5 years he has focused on research and study in area of silat coaching. He has produced more than 50 black belts students under his training center. Complete information on Guru Dr. Nizam’s product and other services offered is available on his web site. And while there, read dozens of articles an martial arts and sign up for this free ebook and newsletter.

View the original article here



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=efc2f637d4b592da2eacdd85c92878de085799fd661af69303b724f6ba107ad51620c0bb0baafa1ea19a370e6a5824e01a982b2ad21324de7082bfcbcb202e51814dee3cd2624c522d1ae50a4671bca6cc5a8f8541a29d5e0de35f57c7ff01271ec9e68fde9ad90dbdf6a35a2102095bdeda7db3cb81a2c422e019eeb4c5362d13768f71521f1e3b149841807d3b46e05fd5f38d1adc0d3e6738aa97e32478cfb89987e71dd9cf3ffee95909232467ef17af1394eb70eb147b026794baaeb2ce5c0112f34b733b32b915189c7c1a5c2d0424c37e4ab73d76b41e56dd221acbcaae6e508c9b829bb93e47a4cd678ce1dc2d663ad1dce15822ea84ea951ab16d5e2261a4e29c03c419b8dddef0e75664c571c764c45f9d3664b91673ad101db818de58ac82eaca2edf76355eeb274e46a46a006f0d8d2d3b6688848047c3e344984b5b5775a56c3f263e49e372df253cb8de7f51517ac9e97fff4c5f6af31bd82571ecaaebddb6951ba15887ce5843d9ba6fe3d09fc245ce15f639bced6c74d96a17ba1f6e474e83758c1d017332a8bfee4784b026f51382aa042bcaabd34c957241795f12a22c4eae18ddadd411148671c34944a894897f36e4e8d4b1b22cddc48be12e3147c6d5ba0be219b50dd0e29724a31c3593661c3592b0[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *