Pusat Cemerlang Silat

Tahniah – Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam

13 Julai 2012, Cardiff United Kingdom –  Syukur dengan kuniaan Allah, dunia silat telah menerima pakar silat pertama di dunia yang berjaya memperolehi PhD dalam bidang kejurulatihan sukan. Kejayaan ini adalah milik bersama seluruh ahli dalam dunia persilatan kerana dapat mempertingkatkan lagi ilmu persilatan dari aspek kejurulatihan sains sukan. Di samping itu, kejayaan ini adalah milik rakyat Malaysia kerana berjaya melahirkan seorang PAKAR SILAT yang menguasai kedua-dua bidang amali dan teori.

Menurut Guru Dr. Nizam yang dihubungi di Cardiff, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas sokongan yang diberikan, PESAKA, para guru dan pesilat di Pusat Cemerlang Silat dan juga individu bernama Anuar Abdul Wahab yang membimbing beliau sehingga ke peringkat ini. Beliau berharap lebih ramai lagi mereka yang berminat mengkaji dunia persilatan akan mendapat motivasi di atas kejayaan beliau ini.

Kajian beliau yang bertajuk ‘ Influence of age and maturation on fitness development, trainability and competitive performance in youth silat‘ telah mendapat pujian daripada pemeriksa luar yang berpendapat kajian pertama dalam bidang combat sport ini berjaya mengumpul bukti-bukti berdasarkan sumber-sumber sukan beladiri lain yang ada di dunia akademik dan menyelesaikan permasalahan berkaitan kaedah latihan khasnya remaja yang terlibat dalam sukan silat. Kajian ini adalah merupakan kajian multi-discipline sport science yang mengguna-pakai kaedah performance analysis (newly developed area regarding game analysis), eksasais fisiologi, sport conditioning, dan juga bidang sport performance (fitness transference to competition).

Selain itu kajian Guru Dr. Mohamad Nizam ini telah dibentangkan di;

1. World Congress of Performance Analysis of Sport 8, Magdeburg, Germany, September 2008.

2.3rd International Workshop of the International Society of Performance Analysis of Sport, Lincoln, London, April 2009.

3. 5th ISN International Sports Medicine and Sports Science Conference 2011, Kuala Lumpur, September 2011.

Diharapkan kepakaran beliau ini dapat digunakan untuk membantu mutu sukan silat di Malaysia seperti di MSN, ISN, kementerian-kementerian, pusat-pusat latihan silat dan beladiri serta pertubuhan-pertubuhan silat yang berhasrat mempertingkatkan mutu sukan pesilat mereka. Beliau yang kini pensyarah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur telah berjaya menubuhkan Kelab Silat UM dan mendapat sokongan penuh pihak universiti dan juga PESAKA dalam memajukan sukan silat di peringkat universiti-universiti di Malaysia.

Pusat Cemerlang Silat amat berasa bertuah dan bangga dengan kejayaan ini. Kami berharap kejayaan ini dapat meningkatkan semangat kepada para pesilat PCS yang sedang belajar di samping bergiat aktif dalam bidang silat. Semoga Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dapat menyambung segala usaha yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab dalam memertabatkan Silat Malaysia di Malaysia dan juga di antarabangsa.

 



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=2a5ed9fd1e7f5920e465ef7137d017168535a792f057d584aeeda7f1a4f7d09fdcea0a7d81643111ec467dc4a3182e29044c506c86706837cdb8c52ce469eed1d7f324fb90c90698e1748a8cdbcd442a93ebfb8d5025c177659b85cdcd999c65fa084123ae1d1938bbbf467990cbc8615255b4cf470939289feb2ad3225e0ffc958a03aee6739ba7ef33b5d93180a45a81ce0de693decf0cf9c04db3c59825b5dc3fe5db3cbbac1e5a292228a919bbc64d7f79877e71015e93ca33a53a20a7c777588a39cfa3f8b3de5c63c874d748a747b019116e6502309222310b3513da196777a496a6c26f033eea9c17e8d00d0026a49a410faa0d84197ff355fe53631112c82c276fe5dce971c579859dc45518e9e7f3ea905651323217e033fd311fceb7d306bd2e198f238e62d9dbcb6c973f24393cf1f5e9bf026e0771cace2ea08c5accbbb590ec224c61e243c866e3fd39a58d3aa7e674d2e0cc8339b895e7e6b654bb9b83b000c5dd9fb3b7badcc5b5693c7139f7d33dc5468829038f71309547ce00113170bd34e53cf3b627a161563aed8e67a3107380b5776f474020a5c63eda23c1e985c7380094d3971e0cb6c7d9223233aae8d87e6a4385fe353825543b08514983fa59bd4123aa25d4eca20577482be4fb911c1f90c128d37fc7d04318b580158f3b13158f3af5[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *