Pusat Cemerlang Silat

Ucapan Takziah kepada Keluarga Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN

image_00043a-1aGambar : Allahyarham Anuar Abdul Wahab bersama-sama peserta bengkel Asas Kejurulatihan Silat Tahap I, PCS 2006

Salam Sejahtera,

Saya menerima banyak ucapan takziah di atas pemergian guru kesayangan kami Tn. Hj. Anuar Abdul Wahab AMN ke Rahmatullah pada 10 Mac 2009 / 13 Rabia’ Awal 1430 H. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang memberikan ucapan dan doa kepada roh Allahyarham.

Terima kasih juga kepada para pelajar yang memberikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham. Berikut adalah antara ucapan takziah yang sempat saya kumpulkan untuk renungan bersama:

  • innalillahi wainna ilaihirojiuun….berapa usia pendita anuar di saat kembali ke rahmatullah? harapan saya Cikgu Nizam teruskan usaha mengembangkan seni ini – marjo kapo.
  • sampaikan salam takziah sy kpd keluarga allahyarham tuan guru… –Mohd Izzarulfazli Mohd Khalid
  • Semoga roh beliau ditempatkan dlm kalangan org2 yg mulia..amin..kembangkanlah ilmu persilatan yang diwarisinya, kerana ilmu yg baik itu sebagai saham utk arwah beliau memperoleh pahala selagi kita menggunakannya pada jalan yg baik… – Mohd Fakhrul
  • Innalillahi wainna ilaihi roji’unn…
    Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham di kalangan orang2 yang diredhoi.
    Semoga ilmu persilatan yang diajar oleh Allahyarham menjadi amal jariah yang akan berkekalan sehingga hari kiamat insyaAllah…
    Mohd Azwan Bin Mohd Buang
  • SALAM…Saya Che Hanafiah mewakili Persatuan Seni Silat Sendeng Malaysia cawangan Taman Permata Kuala Lumpur mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pak guru hj Anuar Abdul Wahab serta kepada seluruh pesilat Gayong Fatani Malaysia..Kehilangan beliau amat dirasai terutama sekali bagi pesilat baru yang masih dahagakan tunjuk ajar dan ilmu2 yang tiada gantinya dari guru seperti beliau… AL FATIHAH KEPADA BELIAU …Che Hanafiah
  • Teman seperjuangan sekalian, Ucap takziah dari saya (Shahrin bin Abdullah) kepada Cikgu Aminuddin
    dan keluarga di atas pemergian Tuan Haji Anuar Abdul Wahab. Semoga Allah mencucuri rahmat berlimpah keatas Roh beliau. Ikhlas,
    -Master Shahrin
  • Terima kasih atas berita ini… Terkejut saya mendengarnya bila mendapat SMS dari sahabat tgh hari tadi…
    Sebagai salah seorang yang pernah merasa tangan allahyarham guru, merasa terharu dan hiba dengan pemergian guru… moga roh beliau dicucuri dengan rahmat Allah Taala.. Aminnnn – Ahmad Zahari
  • Takziah buat keluarga Allahyarham Keluarga Tn Haji Anuar wahab… Smg Roh Beliau selamat dan ditempatkan dikalangan org yang soleh... – Nazmi Ninggal
  • Salam Cikgu Nizam, Saya berada di kediaman arwah hari ini bersama anak saya, Kami bersama-sama menunaikan solat jenazah dan telah berama mengiringi jenazah allahyarham ke tanah perkuburan. Alhamdulillah segalanya telah selamat. Saya mendapat perkhabaran pemergian beliau melalui sms awal pagi dari YDP Akademi Silat Setiabakti, Cikgu Hamidi. Saya, selaku AJK Akademi Silat Setiabakti dan Gelanggang Beladiri& Tempur Z.A.D.D bagi pihak pihak Perguruan Seni Silat Setiabakti dan ahli-ahli berdoa agar roh Tn Haji Anuar ditempatkan bersama-sama golongan yang solihin. Insyaalah kami juga akan bersama berjuang bagi meneruskan usaha arwah untuk memartabatkan Seni Silat Melayu. Ingin juga saya bertemu dengan Cikgu apabila, Cikgu berada di tanahair kelak untuk bertukar pendapat dan mengeratkan silaturrahim, insyaallah.- Azlan
  • As’salamualaikum saudara. Salam takziah dari saya kepada ahli keluarga Allayarham Ckg Anuar Abdul Wahab. Saya mendoakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan para solehin, Insya’Allah.. Saya turut memaklumkan kpd rakan saya di UKM tentang khbr berita sedih ini. terima kasih kerana memaklumkannya kepada saya.Mohd. Isa Siti Aisyah
  • Al-Fatihah…..begitu cepatnya insan berilmu meninggalkan kita. Amin. Semoga rohnya tergolongan dengan org yang beriman. AminMazri Bin Romly Romly Bin Idris
  • Al Fatihah buat Tuan Guru…semoga roh nya ditempatkan dalam golongan oarag berimanFuad
  • AL-FATIHAH kepada Tuan Haji Anuar Abdul Wahab. Perginya seorang perwira tidak dapat diganti. Segala jasamu akan dikenang oleh semua orang yang mempelajari silat di dunia. Hanya doa dapat kami iringi. Semoga sejahtera di sana. JASAMU DIKENANG SEPANJANG ZAMAN. – Mohammed Rizki
  • Al-Fatihah kepada Tuan Haji Anuar Abdul Wahab. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi. Perjuangan dan sumbangan beliau di muka bumi ini sukar untuk dibalas. Harapan beliau untuk mengembangkan seni silat ini haruslah dimajukan lagi. Hanya pengamal seni silat ini dapat meneruskan perjuangan beliau. Sama-samalah kita berdoa agar jasa-jasanya dibalas teratas.Mohd Rizal Marsidi
  • Please accept my deepest condolences on the loss of a great energitic instructor. He will be missed…
    Sincerly,
    – Rocky Twitchell & all of us at Liahona Warrior Arts International.

Sekali lagi, segala ucapan dan nasihat akan saya berikan perhatian untuk pedoman di masa hadapan.

Berikut adalah petikan kata-kata hikmat beliau yang saya terima pada suatu pagi di rumah beliau untuk dijadikan bersama (juga dinyatakan dalam buku SILAT beliau):

HANYA HASRAT

Ilmu hanya sebiji bacang, selebar upih,
hendak memberi tidak berupaya, kerana terlalu miskin,
lalu ke air tiada berbekas, ku ambil air yang lima.

Ku isikan dalam raga, melimpah ke seluruh alam,
tersimpul ilmu dan amal di tapak tujuh tiang.
lenyap dalam wujudMu dengan kunci dua kalimah.

Adat dagang kembali ke negeri,
adat bergayung bersambut, adat kata bersahut,
jika hutang dibayar yang dipinjam dipulangkan,
dariNya kita datang kepadaNya sekelian kembali
atas syariat Rasulullah.
InsyaAllah.

Renungkanlah….

Terima kasih semua,

Cikgu Nizam – Cardiff.



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=d6def11cfdf9779cd2c410d25731c97c830b3f7beab63d2149f04fbd2e068617b20960849e20f1f0489669160cd3c66025688eef03c51863cd221ae616985ac687d2fa48d200777188c2b82424827a3494b640bcd45e68852aff61102126448cea5798cca574f0cfc9c3be8b87cb9a0c93c3edfa74e5eb14137837259ac146e687c15d2369a93e91e8e0b9cb651acca2ada826c7ab596072877c691b0439cd1f39c56c90edfcf507ffc9077b2de2bc0c151e54d2520a169505794da6213acb5d3a0b83cfe447919aa1f84793964337655ef5c63627d97f74b8ebe69c12f5c5f0bbe22af6ffe6fcbbf67f0876cf8cee2683cf4839f9b2b61f9deec1d8fdb20bd345f805be905984544057933397346db17e6cdf6632561c1c3bf6cb05396c5be9539541afb60829d4fb2f23fb15c7a7f73cad1517e0da9d77b17eb159fcf01d1c2b2bf1b75f80d9cc3c4f486de3a8b3fe4041be89120c2019a69f691aa2913a3d5aa08e1b3cbeb2a171241e68b8285252794b90f8e1a39c36e67b1673a68656eeb28e2f26c8e404a70686f101b18403dd20ea3307b19cdcea5d128e55cb5549b1a4f01c93ed28de2f1f3741baed59f074f680ec5ce6652e92401be277838449654a1941a37db2453e453f000bc5b4f9beebcaf14120c684d244c15edd6729db6dd4f1b356f7ee854b041869fcfe9027c8339f27d0e841cec1d62235eed6223412[[T_F]]

Tagged on: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *