Pusat Cemerlang Silat

Silat Dinobatkan Seni Beladiri Terbaik

“Silat Dinobatkan Seni Beladiri Terbaik”
(C) Hakcipta Anuar Abdul Wahab AMN

Silat adalah seni beladiri bangsa Melayu (Tuan Ismail Tuan Soh.1991). Pada umumnya silat Melayu dalah aliran silat yang diamalkan oleh orang Melayu di semenanjung Tanah Melayu dan daerah bersempadan dengannya.

Bagi mengelakkan institusi ilmu kepahlawanan Melayu dikesan oleh penjajah, maka ilmu seni perang Melayu ini ditampilkan dalam bentuk permainan tradisi rakyat yang menampilkan kemahiran menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri yang dikenali sebagai silat.

Permainan ini berkonsepkan sifar kecederaan di samping menjaga adat tatasusila agar ianya menjadi harmoni. `Bunga Sembah’ atau `Lela Sembah’ dilakukan sebagai hormat tetamu yang kehadiran mereka diraikan.

Permainannya, secara berpasangan, dua pesilat akan berhadapan dan melakukan `pecah langkah’ atau `belebat silat’ mengatur strategi serangbela yang dimulakan dengan `sikap jual’ dan `sikap beli’.

Kedua-dua pesilat menggunakan kaedah yang tidak mencederakan, malah dapat menampilkan kaedah yang sulit dalam bentuk yang menghiburkan.

Permainan tersebut sesuai dengan perkataan silat. `Si elat’ sebagai ganti nama pelaku, `elat’ bermakna usaha mengelirukan, tipu daya, muslihat dan `ilat’ bermaksud kecelakaan, kemalangan atau kerugian.

Silat menjadi permainan yang kerap dipersembah di majlis-majlis rasmi, nikah-kahwin atau kenduri-kendara makan pulut, di mana setiap pesilat yang bermain dihadiahkan sekepal pulut berhias bunga telur, maka dinamakan ianya `silat pulut’ atau `gayung pulut’.

Pada tahun 70an, keluar pula arahan semua kumpulan silat wajib didaftarkan agar dapat bergerak secara sah, maka wujudlah pelbagai nama perguruan silatr dari aliran silat Melayu, di antaranya Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM).

Pada tahun 1983, pertubuhan ini telah diiktiraf sebagai ahli badan pendiri PESAKA Malaysia.

Dengan itu, silat asli tempatan atau seni silat Melayu tradisi semenanjung yang dikenali sebagai silat pulut atau gayung pulut mendapat nama serta bersaing dengan perguruan silat baru yang diciptakan beberapa orang tokoh silat dan aliran perguruan pencak silat.

PSGFM telah mengembangkan kaedah pendidikan silat tradisi `gelanggang bangsal’ yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Rahman Tohir (1816-1839), di Pendang, Kedah Darul Aman. Kandungan pelajaran silat meliputi aspek seni, beladiri, sukan, muzik, silat baku Malaysia dan kerohanian yang berdasarkan seni budaya Melayu bersendikan syarak.

Pada tahun 1976, penulis telah diangkat sebagai Guru Utama. Penulis telah meningkatkan mutu pendidikan silat tradisi gelanggang kepada sebuah kurikulum silat yang telus dan setara. Berdasarkan kurikulum silat tradisi ini (sebelum 1976-1986), menjadi dasar kepada “Kurikulum Baru PSGFM” (1986-2004) dan “Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002”.

Kurikulum tradisi silat gelanggang bangsal mengandungi dua tajuk sahaja iaitu “bunga sembah” dan “tapak empat” (tempur silat).Kurikulum baru PSGFM (1986-2002) pula mengandungi empat tajuk iaitu “bunga”, “jurus”, “buah pukul” dan “tempur silat”.

Kurikulum silat moden piawai 2002 telah mewujudkan sukatan pendidikan silat tujuh tajuk, setiap satu mempunyai tujuh peringkat. Tujuh tajuk ialah “bunga”, “jurus”, “belebat”, “tapak”, “buah pukul”, “tempur seni” dan “tempur beladiri”.

Misalannya bunga merupakan asas kepada gerak dan kaedah silat iaitu tujuh langkah, tujuh kuda-kuda dan tujuh limbai.

Klik Di Sini Untuk Sambungan Artikel..



[[T_F]]Data Leak Prevention – Data Security Solutions – Information Theft Protection, Detection and Prevention Software Productstracefusion_signature=30b527ff246f505886c96cc34589d5d6d32f49fab7bf9f65ada49a91b5645b06b4dfa44124b97734ce35a633ea12c2fa313ebcb23504cd1d38729f3490e89369ef6bd48e3af50d388c32d577e76602d36cb6e9c646ff00de0d42b60d938061e82f5a6e4d114532a84bbed6087bf4d23f110c484a13b7f120f53184b15f2adced8699a80549fbbff2b76aae102331a1c1ea49feafff8b54b6b67f9d1c7f8c91628d97cc71c08387c0ee58ecede6b8e2eb09887fd9052f89e797622bb0ce6bbc26fe9c220fe56fc3c278754c33b2a589cb8049bc8a8dab814b6b6ec7fdeda19ba60df428848a5b5121ff5308f61f5355dd24d2cba6a50442ac3f321b52238c0cb725f78d0c841bb8c5cd47d939d0072b74fc88987f06eda74d790bff613d107b3a10d27b360f6b66b36fc0a429908ca8ef89c9b35dc6c9f4ab9e7e1b3864e787cc6d30b3e9f84bfbe1d09d5a66a115379a632421d95bf14cd8f407a278736c450d9b112bc3c97876c43bdb87a92e904a55300556c68b61321244544249bba6093ad29c702a6ce33e8730ef6d3abae78a70ce21e13895c3ac6f2feaa55cb8a13a13c2273df697b8847cb6e5fb76cb8edbe36c11999ae474fbab875f99e219c91f962e0d878158be30a253d9ff406e61f24e7dbb2c9c91000390ddf4cf63dbd0b8d2dfb249556b8549556a63[[T_F]]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *